Buat adik-adik yang nak memohon rayuan tu perlu fikir apa yang adik-adik minat dan tengok subjek yang adik ambik masa SPM atau STPM dulu. Subjek apa yang paling ok. Dan adik-adik jugak perlu tau universiti apa yang menawarkan kursus seperti adik inginkan. Jangan main isi je bila tengok kursus tu macam best. Selidik dulu kursus yang ingin di mohon. Tanya pada orang yang ada pengalaman seperti cikgu kakak abang atau sesiapa laa yang boleh bagi pendapat. Bagi yang memohon rayuan, kalau boleh elakkan memohon kursus yang telah dimohon sebelum ni sebab peratusan untuk adik-adik dapat tu mungkin tipis.
Yang paling adalah doa dan tawakal.. InsyAllah jika sudah menjadi rezeki adik-adik untuk menjejakkan kaki ke universiti pasti adik akan berjaya jugak.. Apa yang penting jangan berputus asa. Tetapi sekiranya tidak bernasib baik janganlah merasakan adik-adik telah gagal. Kita mungkin tak tahu rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui segalanya.. Buat adik-adik yang berjaya masuk universiti tahniah diucapkan. Alam universiti sangatlah mencabar. Masa tu kita akan rasa rindu pada alam persekolahan kita. Jadi jangan nak terlalu gembira sangat. Bersedia la untuk berjumpa dengan pelbagai karenah rakan-rakan sekelas. Tu baru rakan sekelas belum lagi karenah rakan sebilik.. Memang haru laa sangat.
Walau apa pun jangan mudah berputus asa. Zati sendiri pun pernah juga gagal masa nak mohon degree dulu.. Mohon melalui rayuan jugak. Jadi janganlah letakkan kegagalan masuk universiti tu sebagai kegagalan untuk terus berjaya. Kita tak tahu mungkin yang tak dapat masuk universiti ni akan lebih berjaya dari yang ada degree tu. Semua tu perancangan Allah. Apa yang penting usaha doa dan tawakal. Adik-adik yang dapat masuk universiti tu belajar lah rajin-rajin yerr.. Banggakan ibu dan ayah adik. Biar mereka bangga melihat kita berjaya. Yang penting, jangan lupakan kawan-kawan yang berada di belakang kita..
Sekian sudah sedikit tips dan pesanan. Harap bergunalah yerr. Jika ada salah silap akak mohon maaf..hehehe..
Ok lahh.. Wassalam..
9 komen
Write komenyup, terlepas satu rezeki tak bermakna takde rezeki lain menanti.. malah rezeki yang akan datang itu yang terbaik untuk kita.. ^_^
Replysinggah sambil minum kopi skjp
Replytips yang baik.... semoga bermanfaat buat adik adik yang berkenaan. singgah dan follow blog
Replydua blog tadi KG masuk tip masuk U..yg ni lain sikit tips pohon UPU..musim orang memohon skrg ni kan zati
Reply@kak gojes yang ni pandangan peribadi KG..hehehe
ReplyBlogwalking :)
ReplyBlogwalking :)
Replytips yg bagus untuk adik-adik!
ReplyMaisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)
Tahniah kepada adik2 yang layak masuk universiti..")
ReplyBelajar sambil belajar buat duit ye.. Hehe
Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon