Mencintaimu Episod Akhir

Mencintaimu Episod Akhir

2:53:00 AM 1
Assalamualaikum. Tamatlah sudah drama sensasi yang menghiasi slot akasia TV3 iaitu drama Mencintaimu. Mesti ramai kan yang tunggu episod akhir cerita tu. Puas hati ke tidak dengan ending dia? Hehehe.. Bagi zati ok laa. Happy ending gitu seperti yang diinginkan oleh peminat drama melayu.. Huhuhu. Zati pun gigih la tunggu nak tengok episod akhir walaupun sebelum ni takde la tengok sangat pun. Kalau rasa nak tengok, baru lah zati tengok cerita tu. Hehehe. Ada ke yang tak sempat tengok?? Maklumlah lewat sampai kat rumah kan. Hehehe.. Takpe.. Demi korang zati cerita la sikit  Mencintaimu episod akhir ni. Tapi sikit je laa yerr.. Kalau cerita semua tak best la pulak kan. Hehehe..


Seperti yang diketahui, Helmi ditangkap atas tuduhan meracun sehingga menyebabkan Juhara, ibu Anis meninggal dunia dan Najiha adik Anis mengalami kerosakan buah pinggang sehingga memerlukan penderma dengan kadar yang segera. Hisyam mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Anis kerana merasakan sukar lagi baginya untuk mendapat kepercayaan dari Anis. Anis menyedari akan silapnya yang terusan menyalahi Hisyam sedangkan Hisyam tidak bersalah dalam hal tersebut. Anis berusaha mencari Hisyam tetapi tidak ditemui di mana Hisyam berada sehinggakan mama dan papa Hisyam sendiri pun tidak tahu anaknya di mana. 

Pada hari pembedahan Najiha, Aimi datang menemui Anis dan memberikan sepucuk surat yang dikirim oleh Hisyam untuk Anis. Anis membaca isi kandungan surat itu apabila dia pulang ke rumah dan menyedari akan sifatnya yang ego dan degil itu sehingga menutup matanya untuk melihat cinta dan kasih sayang Hisyam terhadapnya selama ni. Hisyam terlalu mencintai Anis tetapi kerana ego, Anis mengenepikan perasaan Hisyam dan sering menuduh Hisyam adalah punca semua masalah yang berlaku. Anis sedar akan kesilapannya dan dia berusaha mencari Hisyam.

Setelah sebulan Hisyam menghilangkan diri, dia muncul kembali untuk menemui Fayyad dan Anis. Anis cuba untuk memujuk Hisyam kembali tetapi Hisyam seperti ingin menarik tali. Biasa lah lelaki kan. Taknak kalah dengan ego wanita.. Hahahaha.. Anis mengakui segala kesilapannya yang terlalu percaya pada cakap orang luar berbanding suami sendiri dan berjanji akan membuang segala ego yang ada dalam diri dia. Hisyam memaafkan Anis dan mereka pun hidup bahagia. Tamat. Camtu lah ending dia. Tetapi sape penderma buah pinggang untuk Najiha yerr?? Yang ni korang kena lahh tengok. Macam mana pulak dengan Asyikin?? Hehehe.. Segalanya boleh ditonton melalui tonton.my yerrr.. Hehehe..


Secara keseluruhannya memang dah boleh jangka ending dia camtu. Mesti lah bersatu kembali kan. Yer dokkk?? Hehehe. Tapi apa yang buat zati tersentuh sangat bila Anis membaca surat dari Hisyam yang mana di dalam kandungan surat itu Hisyam meluahkan segala isi hatinya pada Anis yang tidak pernah diketahui oleh Anis. Alahaiii. Yang ni nak meleleh jugak la airmata ku tapi ku tahan. Hihihi.. Kesimpulannya, sebagai wanita tak boleh la nak ego sangat sehinggakan mengenepikan perasaan orang yang terlalu menyayangi kita. Kerana ego, kita jadi buta dan tak nampak rasa sayang orang terhadap kita. Dah macam yuhanis pun ade jugak si Anis ni. Ehhh.. Hehe.. Oklahh.. Babai..


Resepi Puding Gula Hangus

7:01:00 PM 4
Assalamualaikum. Hari ni tetiba rasa nak kongsi resepi lagi. Resepi dari adik zati sebenarnya... Hehehe.. Kali ni zati nak kongsi dengan korang Resepi Puding Gula Hangus atau pun Puding Karamel. Puding ni adalah puding feberet zati tau..zati memang suka sangat puding gula hangus ni. hehehe.. Jadi kali ni zati nak kongsi dengan korang cara nak buat Puding Gula Hangus ni . 




Bahan-bahan puding

8 biji telur
1 tin susu pekat manis
1 tin air masak
2  sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
Blender jgn sampai berbuih

Bahan-bahan gula hangus:
Setengah cawan gula
Masak di atas api sehingga keperangan..
Sejukkan gula hangus tadi sehingga keras kemudian tuangkan adunan puding tadi ke dalam acuan gula hangus tadi..kukus sehingga masak..


Senang je kan. Takde la susah sangat pun buat puding ni. Selamat mencuba.. babai..



SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

6:01:00 PM 24
Assalamualaikum. Kali ni nak join segmen lagi.. Jom korang join segmen ni sambil menambahkan lagi trafik blog dan kenalan antara blogger..

Klik banner untuk ke blog segmen

Follower blog zati sekarang ialah 702.


Keburukan Makan Tonkeng Ayam

Keburukan Makan Tonkeng Ayam

2:11:00 AM 6
Assalamualaikum. Tonkeng ayam ni ape benda yerr?? Korang penah dengar tak pasal tonkeng ayam?? Zati pun baru tau tonkeng ayam ni adalah bontot ayam atau orang Kelantan panggil monggeng ayam..hahaha.. Feberet zati ni oiii.. Cari benda ni dulu kalau tahu mak beli ayam. Hahaha. Lagi tak tahan tu berebut nak makan benda ni. Hehhehe.. Ada setengah orang tak suka makan tonkeng atau bontot ayam ni sebab mereka rasa cam kotor. Yer lahh kan. Kawasan ayam eyakkk kot. Paham sendiri laa.. Hehehe. Tetapi tahukah anda bahawa ada keburukannya makan tonkeng ayam ni?? Selama ni tahu makan je kan. Tak tahu pun berapa nilai kolestrol yang terkandung di setiap bahagian badan ayam ni. 




Berikut adalah nilai kolestrol yang terkandung pada bahagian ayam mengikut berat ayam:
Dada ayam seberat 38gram mengandungi 6.9mg kolesterol.
Kepak ayam seberat 92 gram mengandungi 34.1mg kolesterol.
Paha ayam sebereat 52gram mengandungi 34mg kolesterol.
Tonkeng Ayam mengandungi .... 300mg kolesterol !!!!!

Sumber - Atlas Makanan : Saiz Pertukaran dan Porsi Edisi ke-2 tahun 2009

Haaa..korang tengok tu. Tonkeng ayam mengandungi paling tinggi nilai kolestrol iaitu 300mg. Persatuan jantung Amerika Syarikat mencadangkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg saja setiap hari.
Oleh itu, anda haruslah beringat-ingat sebelum memakan tonkeng ayam ini. Nanti tak pasal-pasal mendatangkan mudarat pada diri sendiri. Huhuhu.. Oklahhh. Babai..


Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa

6:21:00 PM 14
Assalamualaikum. Zati nak join satu segmen dari sorang rakan EFG iaitu Anis.. Meh korang support segmen dia..


Klik banner untuk join segmen
Nama zati adalah Nik Nor Izzati Binti Nik Suhaide tapi korang boleh kite zati... Simple je laa. hehhe.. Blog zati ni adalah personal, lifestyle, review dan advertorial... Nak join jugak?? Moh lerr join.. Klik banner atas tu yerr.. babai..



Postcards Giveaway by Doodles of Life

12:39:00 AM 5
Assalamualaikum.. Jom join giveaway ni..

Klik banner untuk join..

Hadiah dia adalah berupa sekeping poskad dari Canada. Eksklusif gituuu... Nak tengok poskad nya?? Meh nak tunjuk...


10 keping postcards untuk dimenangi!

Nak jugak?? Join la yerr... Okbaiiii..




Sawadeeka Mak Cun

Sawadeeka Mak Cun

8:15:00 AM 4
Assalamualaikum. Ingat lagi tak citer Mak Cun yang ditayangkan di slot lestary TV3 bulan lepas?? Mestila korang ingat kan. Sape tak ingat dengan gelagat mok cun yang mencuit hati tu. Gelak habis kot. Hahaha.. Korang ingat lagi episod akhir Mak Cun hari tu?? Ending dia cam tergantung sikit kan. Semalam ade kisah sambungan Mak Cun ni haaa. Kalau yang dok tunggu cerita mok cun ni mesti korang tengok kan Sawadeeka Mak Cun yang merupakan sekuel dari drama Mak Cun sebelum ni. Zati memang tengok laa cerita ni sebab lawak Mak Cun tu buat segaq butir mata. Gelak sakan naaaa.. Hahaha..



Sawadeeka Mak Cun ni merupakan kesinambungan dari drama bersiri Mak Cun yang disiarkan dalam slot lestary sebelum ni. Mak Cun yang semakin cemburu apabila Pak Akob  Kali ni Mak Cun berjaya memasarkan perniagaan bedak sejuknya ke Bangkok, Thailand apabila ada seorang wanita yang bernama Annom ingin menjadi dealer produk bedak sejuk Mak Cun ni. Apa lagi Mak Cun ni, gembira laa bila ada pihak dari negara luar nak jual produk bedak sejuk dia. Pada masa yang sama, Mak Cun rasa cemburu apabila anak perempuannya, Atul bersetuju untuk berkahwin dengan Pak Akob.  Mak Cun telah mengambil keputusan untuk ke Bangkok bersama Atol bagi menjalankan urusniaga bersama Annom. Malangnya, bila tiba di Bangkok Mak Cun tak dapat menghubungi Annom ditambah lagi mereka sukar untuk berkomunikasi dengan masyarakat sana.

Tetapi mok cun ni tidak berputus asa. Dia usaha jugak nak pergi jumpa si Annom ni walaupun dia sendiri pun tak tahu nak cari Annom kat mana. Setelah seharian kepenatan pusing bandar Bangkok semata-mata nak cari si Annom ni, mak cun dan Atol pulang ke hotel yang mereka duduki. Malangnya, bilik hotel yang mereka duduki telah pun dimasuki pencuri sebab mereka lupa nak kunci pintu. Habis lesap mak cun. Keesokan paginya Mak Cun dan Atol membuat keputusan untuk tinggalkan hotel yang mereka tanpa membayar duit sewa hotel tu. Dalam pada yang sama juga Annom telah pun menghubungi Mak Cun dan ingin berjumpa dengan Mak Cun untuk menjalankan urusniaga bedak sejuk Mak Cun ni. Mak Cun ni bukan main gembira la bila si Annom ni telefon dia. Annom telah membuat perjanjian untuk berjumpa dengan Mak Cun dan akhirnya mereka dapat bertemu setelah Annom berjaya menjejaki Mak Cun dan Atol yang tertidur di kawasan pelabuhan akibat keletihan mencari si Annom ni. Annom telah menempah sebanyak 500 bedak sejuk untuk dipasarkan di Bangkok. Bukan main gembira lagi si Mak Cun ni bila Annom membuat tempahan sebanyak tu dan telah memberi duit deposit kepada Mak Cun sebagai tanda setuju dengan urusniaga mereka.

Mak Cun pulang ke Kokdiang dengan senang hati dan telah disambut oleh Pak Akob. Tapi sekali lagi ending dia seperti bakal ada lagi sambungan nya.  Hahahha.  Pak Akob telah melamar Mak Cun tetapi adakah Mak Cun terima lamaran Pak Akob itu? Korang kena tengok laaa. Hahahha. Panjang lebar dah zati cerita. Nanti tak surprise pulak. Hihihi. Apa yang lawaknya Sawadeeka Mak Cun ni, bila Mak Cun cuba nak bercakap bahasa Thailand dengan receptionist hotel tetapi mereka tidak memahami apa yang Mak Cun cuba sampaikan. Hahhaha.

Bagi korang yang tak dapat tengok semalam tu, boleh tengok kat tonton.my yerr.. Boleh tengok tanpa sebarang gangguan iklan. Baru syokk ooo.. hehehhe. Okbaiii..



Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha

1:35:00 AM 1
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat Hari Raya Haji dan Selamat Hari Raya Korban buat seluruh umat Islam di muka bumi ini zati ucapkan. 

Gambar dari blogger Syed Alwi


Sempena raya Aidiladha atau raya korban ni, marilah kita mengorbankan segala sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri dan menanamkan dengan sifat mahmudah iaitu sifat yang terpuji. Tak tahu ape sifat mazmumah?? Sifat mazmumah tu seperti hasad dengki, iri hati, bongkak atau sombong yang ada dalam diri. Kalau korban lembu tu, korbankanlah sekali sifat-sofat yang tak elok tu. Jangan asyik nak kondem orang je. Paham ke tak ni??? Kalau tak paham sila tanya cikgu.. Hahahaa.. Tah pape je aku bebel ni. Dah la menaip dalam gelap..Uhukkkkk..

Sempena hari baik ni zati nak mohon beribu kemaafan buat semua pembaca setia blog zati (ada ke?hahahaha) andai sepanjang penulisan zati ada mengguriskan hati kalian. Sesungguhnya zati hanyalah insan biasa yang tak lepas dari melakukan sebarang kesilapan. Makan daging tu ingat la kat zati jugak yerr. Hehehe. Raya korban ni memang zati akan kurang makan daging laa sebab kalau makan banyak nanti nak muntah. Hahahaha..Oklaahh... Selamat Hari Raya Aidiladha..




Wordless Wednesday- Doa Kepada Pengantin

1:25:00 AM 6
Assalamualaikum. 



Sekarang ni musim cuti sekolah dan ditambah lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Pastinya ramai yang tak melepaskan peluang untuk menamatkan zaman bujang. Minggu ni 2 orang kawan sekolah zati bakal berkahwin dan seorang lagi telah pun selamat menjadi isteri orang. Jadi, doa ni khusus buat mereka dan buat anda yang bakal bergelar pengantin... Giliran zati?? Jodoh belum sampai depan pintu.. Okbaiiii..



Gelagat Pelajar Universiti

Gelagat Pelajar Universiti

12:43:00 AM 5
Assalamualaikum. Tetiba cam rindu pulak zaman belajar kat U dulu. Rindu suasana nak pegi kelas, tunggu pensyarah masuk kelas dan macam-macam lagi lahhh. Rindu jugak nak join program U. Rindu nak lepak dengan kawan-kawan. Hahaha.. Haihhh. Macam-mcam laaa.. Hehehe. Tapi semua tu adalah kenangan yang jadi rindu-rinduan bak kata umi. Hihihi..

Zati nak tanye korang la kannn. Kat kelas korang dulu mesti ada macam-macam karenah kawan korang kann. Ade tak yang macam dalam gambar kat bawah ni?? Sila tengok... hihihi..




Korang yang mana ehhh?? Hihihi



Agak-agak korang la kannn, korang yang mane ehhh?? Ataupun dalam kalangan kawan-kawan anda tu termasuk dalam kategori mana?? Zati yakin laaa mesti ada punya perangai kawan korang macam dalam gambar kat atas tu. Betol tak?? Hehehe.. Kalau budak kelas zati ataupun bukan budak kelas zati memang ade lerr termasuk dalam kategori atas tu.

Zati kategori mana ehh? hahahha.. Meh nak bagitau. Zati termasuk dalam kategori kaki berangan, kaki tidur dan kadang-kadang sedikit blurr.. Sikit je la blurr tu. Korang yang mana?? Pilih-pilih. Amat dialukan. Hahhaha.. Saja je nak buat throwback sikit kot-kot ada yang dah tamat zaman belajar tu tiba-tiba teringat balik kenangan dok U dulu. Hehehe.. Okbaiiii..




HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

6:12:00 PM 5
Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire



Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


Lirik Lagu Inspirasi- Hafiz ft Faizal Tahir

9:38:00 PM 5
Assalamualaikum. Setiap orang ada inspirasi masing-masing.. Zati pun ada inspirasi zati sendiri. Inspirasi zati dalam dunia blogging ni tak lain dan tak bukan mestilah Ben Ashaari. Tak kenal Ben Ashaari? Boleh tinjau blog dia. Kalau blogger tak kenal Ben Ashaari memang nak kena terajang. Hihihi.. Tapi zati bukan nak citer pasal siapa yang menjadi inspirasi zati. Zati nak kongsi dengan korang semua tentang lagu baru nyanyian Hafiz Suip bersama Faizal Tahir yang bertajuk Inspirasi. Zati baru tau je pasal lagu ni sebab bekas penasihat Kelab Inspirasi iaitu Puan Che Manisah atau pun zati panggil dia ummi mendedikasikan lagu ni untuk kami iaitu barisan mantan exco Kelab Inspirasi dan juga barisan exco baru Kelab Inspirasi UiTM Seri Iskandar, Perak. Dulu Umi ni jadi penasihat Kelab Inspirasi UiTM Kota Bharu tetapi lepas tu dia kena berpindah ke UiTM Seri Iskandar, Perak. Satu semester je zati dapat bermanja dan menimba ilmu dari dia . Lepas tu dapat bermanja dari jauh je.. Hihihi. Terima kasih umi untuk lagu ini.. Umi adalah inspirasi zati.. heee..

Lagu Inspirasi merupakan lagu yang didedikasi khas untuk Dato’ Siti Nurhaliza bagi menghargai jasa beliau sepanjang 20 tahun dalam industri hiburan. Lagu hasil gubahan Faizal Tahir, dinyanyikan oleh Hafiz Suip ini sangat menyentuh bait liriknya. Nanti boleh laa karok lagu ni pulakk. Tak tahu lirik? Meh nak share dengan korang. hehehe.. 





 Inspirasi - Hafiz & Faizal Tahir

Andai ada berjuta yang datang mencuba
Kau tetap satu menawan hati semua
Selamanya tersemat dalam persada
Cahaya bersinar teristimewa

Inspirasi tetap teguh berdiri
Dalam gelap kau tetap menyinari
Hanya satu persona tiada ganti
Engkau bintang kau tetap menyinari
Engkau bintang kau tetap menyinari

Berlalu bergenerasi terus memberi
Takkan sama tiada ganti tetap berseri
Selamanya tersemat dalam persada
Cahaya bersinar teristimewa

Inspirasi tetap teguh berdiri
Dalam gelap kau tetap menyinari
Hanya satu persona tiada ganti
Engkau bintang kau tetap menyinari
Engkau bintang kau tetap menyinari



Nanti boleh laa tuju lagu ni dekat seseorang atau sesiapa sahaja yang memberi inspirasi kepada anda.. babai..



Istidraj

Istidraj

1:04:00 AM 12
Assalamualaikum. 


Ada orang tak sedar dalam kenikmatan yang Allah berikan untuknya adalah merupakan kenikmatan untuk menambahkan kelalaian. Jadi, jangan la merasa cemburu jika kita melihat kejayaan atau kekayaan orang lain sedangkan dia tidak pernah menjalankan suruhan Allah.

Kita sebagai hambaNya harus lah taat akan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya jika kita tidak ingin ditimpa kesusahan kemudian hari. Sesungguhnya nikmat yang Allah berikan itu hanyalah sementara dan Allah boleh menariknya bila-bila masa sahaja.


Ciri-Ciri Suami Yang Baik

10:03:00 AM 10
Assalamualaikum.. Menjadi idaman setiap wanita untuk mendapat calon suami yang baik dan soleh. Sape tak nak oiii calon laki yang baik.. Solat cukup, pandai ngaji Al-Quran, boleh terima segala baik buruk kita.. Huhuhu.. Jangan hanya tengok hensem je weiii tapi perangai macam hantu. Baik tak payah buat laki kalau perangai camtu. Zati pun tak nak kalau laki jenis berperangai hantu gitu.. Buat sakit hati je. Macam mana perangai hantu ehh? Hahaha.. Suka menggatal, suka pukul bini, dan yang sewaktu dengannya.. Hehehe.


Haaa, orang lelaki pun kena la tahu Ciri-ciri Suami Yang Baik. Sudah cukup syarat ke belum ehhh?? Hehehe.. Korang kalau tak cukup syarat camni zati reject je. Hahahaha..Hari tu zati ada gitau pasal Tips Lupakan Orang Tersayang. Kali ni korang tengok pulak bakal suami atau buah hati korang tu memiliki ke tak Ciri-ciri  Suami Yang Baik ni.  Benda ni zati ambil dari ceramah Ustaz Azhar Idrus yerr. Ok. Meh tengok ciri-cirinya:

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)


Harapnya bakal calon suami zati tu ada la memiliki ciri-ciri seperti ni. Ehhh. Aman rumahtangga. Hihihi. Tapi bagi zati apa yang penting cukup laa punya pegangan agama kuat, kewangan yang baik dan dapat terima segala kelemahan dan kelebihan kita. Kewangan penting ke?? Penting laa. Tak semestinya kaya. Dapat bagi makan pakai tempat tinggal untuk bini cukup lerr.. Hahaha.. Okbaiiii... 


Tips Lupakan Orang Tersayang

Tips Lupakan Orang Tersayang

12:16:00 AM 9
Assalamualaikum. Dalam hidup ni pasti kita akan pernah rasa kecewa ataupun dikecewakan. Setiap orang pasti akan rasa pengalaman seperti ini walaupun sekali. Ada jugak yang kata, "aku tak penah rasa pun dikecewakan. Hidup aku bahagia." Beb, jangan cakap besar ehh. Allah tu kalau nak uji hamba dia ni kejap je tau. Jadi, tak payah la nak cakap besar sangat ehh. Seolah-olah kau nak tunjuk yang kau tu sentiasa bahagia. Apabila kita rasa kecewa dengan seseorang yang kita sayang, sudah pasti kita akan rasa sedih, benci dan sakit hati. Zati tau dan paham sangat sebab zati dah alami juga bukan sekali tetapi berkali-kali. Hehehe. Namun, ada satu perasaan yang mana zati pernah dikecewakan membuatkan zati rasa susah sangat nak terima. Sakit hati dan sedih tu hanya Allah sahaja yang tahu.


Mungkin sukar bagi orang yang kecewa ni untuk terima keadaan ini sebab hati dah terlalu sayang dan cinta, Betul tak? Hehehe. Lagi teruk nak lupakan orang yang kita sayang. Jadi, kali ni zati nak kongsi beberapa Tips Lupakan Orang Tersayang. Zati harap ia dapat membantu kalian.

1. Mohon kekuatan daripada Allah
Kita sebagai hambaNya haruslah sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon kekuatan agar dapat melalui rasa kekecewaan ni. Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya.

2. Perbanyakkan solat sunat dan baca Al-Quran
Sentiasa melakukan solat sunat seperti solat sunat hajat, taubat dan tahajjud. Selepas itu bacalah Al-Quran. Korang kena ingat, Al-Quran itu adalah penyejuk dan mampu menenangkan jiwa yang luka. Jiwa anda pasti akan rasa ketenangan selepas membaca kalam suci Al-Quran.

3. Terimalah kenyataan
Ermm, mungkin susah kita nak menerima kenyataan tetapi itu yang harus anda lakukan. Belajarlah untuk terima kenyataan yang bahawa dia bukan jodoh anda. Yerr, memang susah dan memakan masa tetapi anda harus lah berani untuk melakukannya.

4. Buang segala tentang dia
Yang ni penting ok. Korang kena buang segalanya berkaitan si dia terutama mesej, gambar atau barang pemberian dia. Kalau tak nak buang barang pemberian dia, simpan di tempat yang korang tak dapat nak tengok lagi barang tu. Zati dulu memang delete semua gambar kot. Benda yang berkaitan dengan si dia, zati bagi kat orang lain. Hahahaha..

5. Sibukkan diri
Cuba korang buat sesuatu untuk sibukkan diri seperti join aktiviti kelab atau persatuan, ajak kawan-kawan pegi melancong ke dan apa sahaja yang boleh membuatkan anda sibuk dan anda tidak akan rasa keseorangan. Zati dulu sibukkan dengan pelbagai aktiviti universiti. Semua benda nak join. Hehehe. Tapi itulahh kepuasan sebab bila kita asyik sibuk je, kita takkan fikir pasal si dia lagi.

6. Hindari semua perkara tentang dia
Elakkan perkara yang mengingatkan kita kepada si dia. Contohnya, elakkan pergi tempat yang korang selalu keluar dating. Kalau asyik pegi kat situ nanti lagi susah laa nak lupakan si dia.. Hehehe..

7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Cuba untuk bercerita masalah anda pada orang yang dipercayai. Minta nasihat dan pendapat darinya. Kadang-kadang bukan semua kawan baik kita boleh bagi pendapat atau nasihat pada kita bila kita dilanda kesedihan. Masa ni korang kena pandai menilai siapa kawan yang patut korang percaya dan harapkan.

Semua tu bergantung pada diri masing-masing untuk menghadapi situasi seperti. Mungkin susah tetapi harus lakukan juga. Zati dulu pun memakan masa juga untuk lupakan semua kenangan dan Alhamdulillah zati dapat lupakannya sedikit demi sedikit. Yang penting kuatkan semangat. Allah sudah tetapkan yang terbaik untuk kita. Kita tak tahu tentang itu.

Jodoh yang kita rasakan terbaik untuk kita belum tentu lagi terbaik di sisi Allah. Allah sudah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita.

Fikirlah secara positif. Jangan menganggap kekecewaan ini sebagai kekecewaan yang berterusan. Kita tak tahun, mungkin ada orang lain yang lagi teruk pernah dikecewakan dari kita. Itu yang harus anda ingat dan pegang.  Allah takkan uji seorang hamba itu diluar kemampuan individu itu sendiri.

Lirik Lagu Tema Da'i Pendakwah Millenia

12:03:00 AM 7
Assalamualaikum. Seperti yang semua orang tahu kan, Da'i Pendakwah Millenia telah pun memasuki musim yang baru untuk tahun ni. Kalau korang perasan jugak, tahun ni ada lagu tema baru program ni. Macam tahun lepas, para peserta membuat video dengan merakam kembali lagu nasyid Asmaul Husna. Tetapi tahun ni para peserta berpeluang merakam lagu baru bersama penyanyi nasyid yang semakin meningkat naik iaitu Farid Sanullah. Pertama kali dengar lagu tu zati suka sangat dengan alunan serta lirik yang disampaikan. Sungguh mendalam. Haaa, korang mesti pernah dengar kan lagu tu sewaktu iklan Da'i Pendakwah Millenia disiarkan. Tahu tak tajuk lagu tu? Hehehe.. Ok.. Meh bagitau.. Tajuk lagu tu adalah Lebaran Kejayaan. Jom kita hayati liriknya..



Lebaran Kejayaan- Farid Sanullah & Peserta Da'i Musim Ke-3


Salam terindah salam dunia
Ada kelembutan untuk semua
Lebarkan doa satu suara
Berpaling menuju bahagia

Bersama kita satu saudara
Laung kejayaan tuju sejahtera
Teguhkan iman teguhkan ihsan
Pastikan menanti sinar disana

Dan segalanya demi masa
Moga terbongkar rahsia
Dan kejayaan pasti milik kita

PadaMu yang Esa
Ku serah segala
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi
Dan aku berdoa memohon sejahtera
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi

Aku bersyukur menadah doa
Semua yang terbaik datang darinya
Tunjukkan jalan tuju impian
Moga ada cahaya cinta

Dan segala demi masa
Moga terbongkar rahsia
Dan kejayaan pasti milik kita

PadaMu yang Esa
Ku serah segala
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi
Dan aku berdoa memohon sejahtera
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi

Teguhkan iman ku sahut seruan
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi
Terusku berdoa memohon rahmat-Nya
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi

Subhanallah Alhamdulillah
Maha suci Allahu Akbar

Lirik yang penuh makna jika kita betul-betul menghayati. Ok laa.. Nanti korang leh tengok video lagu ni.. Ok laa.. Babai..





Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015

7:53:00 AM 21
Assalamualaikum. Kali ni kita join segmen dari Puan Pengetua EFG yang comel lotey iaitu Mommy Irra. Hehehe. Segmen kali ni adalah Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015

Klik banner untuk join segmen

Jom tengok syarat-syarat yang perlu dituruti untuk join segmen ni..

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.
2. Letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri.
3. Tajuk Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 dan linkkan ke entri ini.
4. Letakkan satu gambar anda sempena Hari Malaysia. Gambar boleh secara selfie/wefie atau gambar biasa. 
5. Berikan caption ringkas berkaitan gambar tersebut. 
Tu jer. Mudah sangat kan. 
Tarikh tutup penyertaan adalah 16/9/2015 , jam 6 petang. Lebih dari jam 6, mommy dah tak kira.


Dalam syarat ke-4 kena letak gambar kan? Korang nak tengok gambar zati? Hahaha. Gambar kenalah bertemakan Hari Malaysia tak kira lah sama ada selfie atau pun wefie. Malu lah pulak nak tunjuk gambar.. Ok.. Abaikan.. hahaha..



Selamat Hari Malaysia buat Malaysia ku yang tercinta. Sama-samalah kita menghargai tokoh-tokoh perjuangan yang bermatian mendapatkan kemerdekaan untuk Malaysia yang tercinta. Sehati Sejiwa. Selamat Hari Malaysia..


Ok la korang. Jom join segmen ni. Bagi yang nak join tu boleh klik banner kat atas tu yerr.. Babai..


9 Amalan Di Awal Bulan Zulhijjah

9 Amalan Di Awal Bulan Zulhijjah

4:34:00 AM 1
Assalamualaikum. Hari ni kita sudah memasuki bulan Zulhijjah dimana bulan yang terakhir bagi tahun 1436 Hijrah. Ini juga bermakna kita juga bakal merayakan satu lagi perayaan besar bagi ummat Islam iaitu sambutan Aildiladha dan ibadah korban. Namun begitu, bulan ini sangat lah dinantikan buat ummat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji di Makkah kerana mereka bakal meraikan hari kebesaran di kota suci Makkah. 


Pada bulan Zulhijjah ini terdapat 10 hari yang dijanjikan Allah kelebihan khusus berbanding bulan-bulan lain, malah kelebihan nya melangkaui hingga 13 hari iaitu sehingga 13 Zulhijjah.


Nabi s.a.w bersabda: "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari 10 hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). Di hari hari ini Rasululah saw menganjurkan perbanyakkan zikir (tahlil, takbir dan tahmid). Kemudian terdapat hadith khusus mengenai hari yang paling Afdhal iaitu Hari Arafah (9 Zulhijjah). 

Ada 9 amalan yang sangat-sangat di anjurkan untuk di lakukan sepanjang 10 hari / 13 hari bulan Zulhijjah ini. Antara 9 Amalan Di Awal Bulan Zulhijjah ialah:
1. Lakukan amalan wajib di bulan Zulhijjah ini iaitu mengerjakan ibadat umrah dan haji (bagi yang mampu) kerana melakukan umrah di bulan ini dihapuskan segala dosa yang telah lalu dan ganjaran bagi yang mendapat haji mabrur ialah jannah (syurga).
2. Berpuasa pada 9hb Zulhijjah (hari Arafah/Wukuf) kerana berpuasa di hari ini sangat besar ganjarannya. Sabda Nabi s.a.w: "Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang." (HR Muslim)
3. Bertakbir dan berzikir setiap kali selepas solat waktu. Bagi mereka yang mengerjakan haji hendaklah perbanyakkan bertalbiah. Juga di anjur perbanyakkan berdoa.
4. Perbanyakkan BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR dan berhenti melakukan dosa-dosa lain terutama yang telah kita lakukan.
5. Perbanyakkan amalan soleh seperti solat solat sunat, sedekah, berbuat kebaikan, beri nasihat dan panduan ke arah kebaikan dll.
6. Bertakbir di masa masa khusus. Takbir muqqaya - lepas solat (Malam Raya, 10, 11, 12, 13) & takbir mutlak - sepanjang hari.
7. Lakukan ibadat Qurban pada hari hari raya (10, 11, 12).
8. Tidak memotong kuku dan rambut bermula malam 1 Zulhijjah hingga saat lakukan qurban.
9. Bersungguh hendak merayakan hari raya dan hadir solat sunat Eidil Adha.

Marilah kita sama-sama merebut segala kebaikan selagi masih diberi kesempatan olehNya insyaAllah ..


Giveaway: BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties

7:15:00 PM 10
Assalamualaikum. Hari ni nak join giveaway dari Riana Little Cuties.

Klik banner untuk join.

Ok siap sudah.. Nak join jugak? Klik jer banner kat atas tu.. okbaiii..





Hikmah Disebalik Runtuhan Kren Tertimpa Jemaah Haji

Hikmah Disebalik Runtuhan Kren Tertimpa Jemaah Haji

2:11:00 PM 8
Assalamualaikum. Seperti yang kita semua tahu, sekarang ni ummat islam yang mengerjakan haji di Makkah telah ditimpa musibah apabila berlakunya runtuhan kren di Masjidil Haram. Tabung Haji telah pun mengumumkan seramai 5 orang yang terkorban setakat ini dan seorang telah pun selamat dijumpai. Namun begitu masih lagi berbaki 2 orang rakyat Malaysia yang kita tidak tahu khabar mereka. Sama-samalah kita mendoakan semoga mereka dijumpai dalam keadaan yang masih selamat.


Tiada siapa mengjangka perkara sebegini akan terjadi. Ada beberapa keutamaan Jemaah Haji yang menjadi korban tertimpa crane di Masjidil Haram. Dan hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui hikmah dalam masalah ini.Wallahu a'lam. Diantaranya :

1. Meninggal di hari yang mulia, yaitu Jumaat.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ »
Ertinya: "Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya'la, dan Al-Baihaqi).

2. Meninggal kerana tertimpa runtuhan.

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ
“Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal kerana penyakit ta’un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah).

3. Meninggal di jalan Allah, yaitu sedang atau akan beribadah haji.

Abu Hurairah radhiyallahu anhu menyampaikan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam :
مَا تَعُدُّوْنَ الشَّهِيْدَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ. قَالَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيْلٌ. قَالُوْا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ, وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فيِ الطَّاعُوْنَ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيْدٌ
“Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit tha’un2 maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)

4. Meninggal ketika sedang beramal solih.

Hudzaifah radhiyallahu anhu menyampaikan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam:
مَنْ قَالَ: لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Siapa yang mengucapkan La ilaaha illallah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang berpuasa sehari karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang bersedekah dengan satu sedekah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk syurga.” (HR. Ahmad, sanadnya sahih).
Semoga Allah menerima amalan para korban jatuhnya crane di Masjidil Haram dan menjadikan mereka sbg para syuhada.

Innalillah wa inna ilaihi rooji'uun Taqobbalahumullah minas syuhadaa..

Innalillah Wa inna laihi Rooji'un
AL FATIHAH...

(Al-Habib Idrus Bin Abdullah al-Jufri)

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Sesungguhnya mereka adalah insan yang terpilih untuk syahid di sana.


Nak Dapat Derma??

12:38:00 AM 5
Assalamualaikum. Korang nak tau tak? Ada orang yang murah hati nak bagi derma kat zati. Bukan sikit ok. Banyak tau. Boleh jadi jutawan zati ni. Hahaha. Macam tak percaya je kan ada orang nak duit kat zati. Yelaa, penganggur macam zati ni memang laa sangat-sangat memerlukan duit. Bila tau ada orang yang sangat lah baik hati nak bagi derma memang la kita suka kan. Hahaha. Terkejut woiii bukak emel tengok ade yang bagitau nak transfer duit kat akaun kita. fuyoooo. Tak buat keje kot. Tiba-tiba cakap nak bagi duit. Perghhh. Hahahah.. Tak percaya kan? kan .. kan... kan... Hehhee.



Mesti terkejut kan? Hahaha. Zati rasa korang pun mesti ada dapat emel camtu kan. Boleh dikatakan emel camni sentiasa masuk tapi dalam spam laa. Jadi sebab emel ni masuk spam kita tak boleh nak percaya sangat. Boleh dikatakan ada la dalam 2 atau 3 emel camtu. Ayat yang hantar emel tu pun lebih kurang je. Ayah mati laa. Perlukan orang laa untuk jaga amanah ni. Macam kaya sangat kan sampai tak boleh nak simpan harta sendiri sehingga kan baik hati sangat nak bagi kat orang. Hahaha. Kalau korang dapat duit sebanyak tu, nak bagi ke kat orang sesuka hati yang kita tak kenal? Mesti la tak kan.

Jadi pesanan zati, berhati-hati lah yerr. Jangan mudah-mudah je nak bagi detail peribadi kita kat orang yang tidak dikenali lagi-lagi nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank. Bahaya tu. Orang boleh buat jahat kat kita menggunakan nombor ic dan nombor akaun bank kita. Ermmm, tapi alangkah bahagianya kalau ada orang nak bagi derma kan? Fuhhh, kaya beb. Sape tak nak. Tak buat kerja tiba-tiba nak dapat duit. Ibarat bulan jatuh ke riba. Cewaahhhh. Hahaha. Ok laa. Babai..



Bukan Isteri Sempurna

9:02:00 PM 4
Assalamualaikum. Nak jadi isteri sempurna ni bukannya mudah. Banyak benda yang perlu dilakukan oleh seorang isteri untuk puaskan hati suami. Tetapi di mana letaknya kesempurnaan seorang isteri jika si suami tidak berusaha untuk melengkapinya. Ehh, dah kenapa tiba-tiba meroyan pas isteri bagai ni. Zati belum kawen kot. Takde pengalaman lagi sebagai seorang isteri. Hahaha. Sebenarnya tu tajuk drama terbaru TV3 yang mengisi slot samarinda jam 10 malam setiap selasa hingga rabu.  Drama ni merupakan adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna hasil karya dari Tulip Ungu terbitan Kaki Novel. Drama ini dibintangi oleh Dazrin Kamarudin dan Atikah Suhaime selaku pelakon utama.


Bukan Isteri Sempurna mengisahkan Nina yang telah diperkosa oleh Danish sehingga dia mengandung. Perkara itu telah diketahui oleh Dato Zainudin iaitu papa kepada Danish. Danish telah dihantar ke luar negara oleh Dato Zainudin bagi menutup perkara yang dilakukan oleh Danish tetapi Arman iaitu saudara kembar Danish pula terpaksa menggantikan tempat Danish untuk menjadi suami Nina. Arman setuju menjadi suami Nina walaupun dia tak pernah mempunyai perasaan terhadap Nina. Selepas Nina keguguran, Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri.. Dia tidak benarkan Arman menceraikan Nina kerana ingin melihat Nina terseksa diperlakukan begitu. Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya, Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya, Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina. Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Zati pun tak tahu kenapa boleh sangkut dengan drama ni. Nak kata sebab pelakon, hero pun bukan lah hero pujaan hati. Kalau sebab novel ermmm tak pernah baca pun novel ni. Hahaha. Tapi lagu tema cerita ni best. Nyanyian Mila dan tajuk lagu juga Bukan Isteri Sempurna. Mungki sebab jalan cerita kot sebab macam suka tengok cerita yang berkaitan kembar ni. Mana la tau satu hari nanti nak dapat calon suami yang ada kembar ke.. ehhh. Hahahaha..Okbaiii..



Ayam Goreng Tomyam

Ayam Goreng Tomyam

11:10:00 AM 10
Assalamualaikum. Sape suka makan tomyam?? Angkat tangan. Hihihi.. Zati adalah penggemar tomyam. Suka sangat makan tomyam. Tapi kali ni zati bukan nak bagitau cara nak buat tomyam cuma berkaitan laa sedikit dengan tomyam tu. Ehhh. Hahaha. Macam pelik jerr. Zati nak kongsi resepi Ayam Goreng Tomyam. Sedap tauuu.



Bahan-bahan:
1 ekor ayam
3 Ulas bwg putih diketuk
1 biji bwg besar dihiris
2 sudu mkan pes tomyam
10 biji cili api dimasukkn sebiji sebiji atau diketuk
1 batang serai diketuk
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili
1 biji buah tomato belah 6
Garam sedikit gula (optional)
Minyak masak secukupnye
Daun limau purut.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak,goreng ayam hingga masak (jgn terlalu garing).
Ketepikan
2. Panaskan minyak tumis bwg putih,bwg besar, serai,cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
3. Masukkan sedikit air,jus limau,sos cili dan garam
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Boleh dihidangkan.
Resepi dari: Rahsia Hawa


Haaa.. Nanti korang boleh laa cuba buat kat rumah untuk hidangan tengah hari atau malam nanti. Selamat mencuba. Babai...