Tuesday, September 15, 2015

9 Amalan Di Awal Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum. Hari ni kita sudah memasuki bulan Zulhijjah dimana bulan yang terakhir bagi tahun 1436 Hijrah. Ini juga bermakna kita juga bakal merayakan satu lagi perayaan besar bagi ummat Islam iaitu sambutan Aildiladha dan ibadah korban. Namun begitu, bulan ini sangat lah dinantikan buat ummat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji di Makkah kerana mereka bakal meraikan hari kebesaran di kota suci Makkah. 


Pada bulan Zulhijjah ini terdapat 10 hari yang dijanjikan Allah kelebihan khusus berbanding bulan-bulan lain, malah kelebihan nya melangkaui hingga 13 hari iaitu sehingga 13 Zulhijjah.


Nabi s.a.w bersabda: "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari 10 hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). Di hari hari ini Rasululah saw menganjurkan perbanyakkan zikir (tahlil, takbir dan tahmid). Kemudian terdapat hadith khusus mengenai hari yang paling Afdhal iaitu Hari Arafah (9 Zulhijjah). 

Ada 9 amalan yang sangat-sangat di anjurkan untuk di lakukan sepanjang 10 hari / 13 hari bulan Zulhijjah ini. Antara 9 Amalan Di Awal Bulan Zulhijjah ialah:
1. Lakukan amalan wajib di bulan Zulhijjah ini iaitu mengerjakan ibadat umrah dan haji (bagi yang mampu) kerana melakukan umrah di bulan ini dihapuskan segala dosa yang telah lalu dan ganjaran bagi yang mendapat haji mabrur ialah jannah (syurga).
2. Berpuasa pada 9hb Zulhijjah (hari Arafah/Wukuf) kerana berpuasa di hari ini sangat besar ganjarannya. Sabda Nabi s.a.w: "Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang." (HR Muslim)
3. Bertakbir dan berzikir setiap kali selepas solat waktu. Bagi mereka yang mengerjakan haji hendaklah perbanyakkan bertalbiah. Juga di anjur perbanyakkan berdoa.
4. Perbanyakkan BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR dan berhenti melakukan dosa-dosa lain terutama yang telah kita lakukan.
5. Perbanyakkan amalan soleh seperti solat solat sunat, sedekah, berbuat kebaikan, beri nasihat dan panduan ke arah kebaikan dll.
6. Bertakbir di masa masa khusus. Takbir muqqaya - lepas solat (Malam Raya, 10, 11, 12, 13) & takbir mutlak - sepanjang hari.
7. Lakukan ibadat Qurban pada hari hari raya (10, 11, 12).
8. Tidak memotong kuku dan rambut bermula malam 1 Zulhijjah hingga saat lakukan qurban.
9. Bersungguh hendak merayakan hari raya dan hadir solat sunat Eidil Adha.

Marilah kita sama-sama merebut segala kebaikan selagi masih diberi kesempatan olehNya insyaAllah ..


1 comment:

  1. InsyaAllah.. sama-sama kita amalkan.. mudah sahaja amalannya tapi ganjaran pahala Subahanallah sangat besar..... :)

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)