Sunday, September 13, 2015

Bukan Isteri Sempurna

Assalamualaikum. Nak jadi isteri sempurna ni bukannya mudah. Banyak benda yang perlu dilakukan oleh seorang isteri untuk puaskan hati suami. Tetapi di mana letaknya kesempurnaan seorang isteri jika si suami tidak berusaha untuk melengkapinya. Ehh, dah kenapa tiba-tiba meroyan pas isteri bagai ni. Zati belum kawen kot. Takde pengalaman lagi sebagai seorang isteri. Hahaha. Sebenarnya tu tajuk drama terbaru TV3 yang mengisi slot samarinda jam 10 malam setiap selasa hingga rabu.  Drama ni merupakan adaptasi dari novel Bukan Isteri Sempurna hasil karya dari Tulip Ungu terbitan Kaki Novel. Drama ini dibintangi oleh Dazrin Kamarudin dan Atikah Suhaime selaku pelakon utama.


Bukan Isteri Sempurna mengisahkan Nina yang telah diperkosa oleh Danish sehingga dia mengandung. Perkara itu telah diketahui oleh Dato Zainudin iaitu papa kepada Danish. Danish telah dihantar ke luar negara oleh Dato Zainudin bagi menutup perkara yang dilakukan oleh Danish tetapi Arman iaitu saudara kembar Danish pula terpaksa menggantikan tempat Danish untuk menjadi suami Nina. Arman setuju menjadi suami Nina walaupun dia tak pernah mempunyai perasaan terhadap Nina. Selepas Nina keguguran, Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri.. Dia tidak benarkan Arman menceraikan Nina kerana ingin melihat Nina terseksa diperlakukan begitu. Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya, Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya, Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina. Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Zati pun tak tahu kenapa boleh sangkut dengan drama ni. Nak kata sebab pelakon, hero pun bukan lah hero pujaan hati. Kalau sebab novel ermmm tak pernah baca pun novel ni. Hahaha. Tapi lagu tema cerita ni best. Nyanyian Mila dan tajuk lagu juga Bukan Isteri Sempurna. Mungki sebab jalan cerita kot sebab macam suka tengok cerita yang berkaitan kembar ni. Mana la tau satu hari nanti nak dapat calon suami yang ada kembar ke.. ehhh. Hahahaha..Okbaiii..



4 komen

Suka baca novel acik lana ... Maaf jika aku tak sempurna ... seakan sama tajuknya kan!

Tajuk nya sama mcm novel Acik Lana Maaf jika aku tak sempurnakan!

kak ana pun layan gak cite ni zatie walaupun tak berapa minat kat dazrin tu hihi :)

tq for this sharing!!! yayac dari BW UZU ...BW sini....yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya

http://www.yayacendana.com/2015/09/kaio-studio-photographer-videographer.html

tq.... :)

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon