Ciri-Ciri Suami Yang Baik

10:03:00 AM
Assalamualaikum.. Menjadi idaman setiap wanita untuk mendapat calon suami yang baik dan soleh. Sape tak nak oiii calon laki yang baik.. Solat cukup, pandai ngaji Al-Quran, boleh terima segala baik buruk kita.. Huhuhu.. Jangan hanya tengok hensem je weiii tapi perangai macam hantu. Baik tak payah buat laki kalau perangai camtu. Zati pun tak nak kalau laki jenis berperangai hantu gitu.. Buat sakit hati je. Macam mana perangai hantu ehh? Hahaha.. Suka menggatal, suka pukul bini, dan yang sewaktu dengannya.. Hehehe.


Haaa, orang lelaki pun kena la tahu Ciri-ciri Suami Yang Baik. Sudah cukup syarat ke belum ehhh?? Hehehe.. Korang kalau tak cukup syarat camni zati reject je. Hahahaha..Hari tu zati ada gitau pasal Tips Lupakan Orang Tersayang. Kali ni korang tengok pulak bakal suami atau buah hati korang tu memiliki ke tak Ciri-ciri  Suami Yang Baik ni.  Benda ni zati ambil dari ceramah Ustaz Azhar Idrus yerr. Ok. Meh tengok ciri-cirinya:

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)


Harapnya bakal calon suami zati tu ada la memiliki ciri-ciri seperti ni. Ehhh. Aman rumahtangga. Hihihi. Tapi bagi zati apa yang penting cukup laa punya pegangan agama kuat, kewangan yang baik dan dapat terima segala kelemahan dan kelebihan kita. Kewangan penting ke?? Penting laa. Tak semestinya kaya. Dapat bagi makan pakai tempat tinggal untuk bini cukup lerr.. Hahaha.. Okbaiiii... 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

10 komen

Write komen
Faranina
AUTHOR
September 18, 2015 at 10:19 AM delete

Hehe mmg ciri2 yg ideal la nak plih suami..hehe yg pnting jgn panas baran..sikit2 naik tgn mmg jenuh le idop..hehe

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 18, 2015 at 11:14 AM delete

In sya Allah..doa sentiasa minta pada DIA..

Reply
avatar
September 18, 2015 at 9:10 PM delete

Selamat mencari... semoga berjaya... all the best...

Reply
avatar
irra yyan
AUTHOR
September 18, 2015 at 10:24 PM delete

insyaAllah. doa yang baik-baik

Reply
avatar
iffah hussin
AUTHOR
September 19, 2015 at 9:34 PM delete

betul tu...

Doa yang baik, dapat yang baik... InsyaAllah.

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
September 21, 2015 at 1:36 AM delete

insyallah zizie akan dpat laki yang baik

Reply
avatar
September 21, 2015 at 2:26 AM delete

Bukan zizie..zatie laa..haha

Reply
avatar
yaya cendana
AUTHOR
September 21, 2015 at 2:21 PM delete

zati bila nak kahwin..hehehe

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
November 16, 2016 at 12:14 AM delete

Nanti bleh bt checklist nk tengok cukup syarat tak ,ahahaha

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon