Tuesday, September 1, 2015

Fakta Menipu Masuk Universiti

Assalamualaikum. Kali ni zati ade sesuatu nak dikongsikan buat adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke universiti. Mungkin adik-adik pernah tengok drama-drama kat tv kan? Mesti adik-adik merasakan best sangat kehidupan sebagai pelajar universiti ni. Jadi hari ni Zati nak kongsikan beberapa fakta menipu bila masuk universiti. Adik-adik perlu tahu ni. Penting supaya bila adik-adik takde la berangan terlalu jauh macam dalam cerita kat tv tu.. Hehehe. Terima kasih pada seorang kawan lama zaman sekolah dulu untuk fakta ni.  Hehehe






Antara fakta menarik yang perlu korang tahu dan sedar;
1. Jatuh buku terus jatuh cinta. Konon dalam drama. Sepanjang kat universitu pen jatuh pun semua malas nak ambik, ni kan pula buku.

2. Banyak masa free.. jadual tak padat masa sekolah. macam kita tgk dlm drama tu.. bawa beg je. Sepanjang kat universiti tak pernah rasa ada masa yang panjang, mesti ada punya discussion sampai malam. Dah subjek bukan 1.

3. Ada lelaki hot yg menjadi pujaan ramai wanita sampai femes satu universiti duk sebut nama dia je. Hurmm.. setakat ni mmg takdelah kat universiti aku macam ni, kalau buat kes memang cepat femes lah. 

Maka hadek2 yang bakal masuk universiti.. akak nasihatkan sediakan ilmu agama yg penting, cari sesuatu yang bermanfaat sepanjang di universiti. Jangan bazirkan duit, dan yang paling penting jaga maruah diri. Alam universiti ni kita akan jumpa dengan pelbagai karenah manusia. Masa ni baru la adik-adik tahu langit tu tinggi ke rendah. Dan mulalah merasakan rindu alam persekolahan. Tak percaya? Tengok la nanti. Akak pasti dik. 

Kita boleh cipta sesuatu yang hebat sepanjang kita di universiti kalau kita usaha inginkan ke arah yang begitu. Jadilah permata yang bernilai walaupun berjuta permata kelilingmu, kau tetap yg bersinar indah.

Sekian sudah bebelan.. Terima kasih.

7 komen

Tambah lagi satu...dalan drama senang je buat keputusan nak g makan kat mana..tapi in real life.. soalan 'nak makan kat mana?' Boleh buat member-member sakit hati...hahahaha

haha zatie ,kuat pengaruh drama ye..kak ana dah follow zatie #636 :)

Done follow ;)

3 poin yg sgt2 betul..huhh.. rindu pulak nak melepak kat utm..

Alhamdulillah... Along dah masuk tahun 3. Setakat ni, semua FAKTA MENIPU di atas, tidak BERLAKU sama sekali di UNI Along.. DRAMA TV....DRAMA sangatlah..ahha

tak rindu pun alam sekolah wek wekk #guraukasar hahaha

HAHAHA memang betul, drama2 ni banyak betul bg harapan palsu kat bebudak..hahaha

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon