Sunday, September 20, 2015

Lirik Lagu Inspirasi- Hafiz ft Faizal Tahir

Assalamualaikum. Setiap orang ada inspirasi masing-masing.. Zati pun ada inspirasi zati sendiri. Inspirasi zati dalam dunia blogging ni tak lain dan tak bukan mestilah Ben Ashaari. Tak kenal Ben Ashaari? Boleh tinjau blog dia. Kalau blogger tak kenal Ben Ashaari memang nak kena terajang. Hihihi.. Tapi zati bukan nak citer pasal siapa yang menjadi inspirasi zati. Zati nak kongsi dengan korang semua tentang lagu baru nyanyian Hafiz Suip bersama Faizal Tahir yang bertajuk Inspirasi. Zati baru tau je pasal lagu ni sebab bekas penasihat Kelab Inspirasi iaitu Puan Che Manisah atau pun zati panggil dia ummi mendedikasikan lagu ni untuk kami iaitu barisan mantan exco Kelab Inspirasi dan juga barisan exco baru Kelab Inspirasi UiTM Seri Iskandar, Perak. Dulu Umi ni jadi penasihat Kelab Inspirasi UiTM Kota Bharu tetapi lepas tu dia kena berpindah ke UiTM Seri Iskandar, Perak. Satu semester je zati dapat bermanja dan menimba ilmu dari dia . Lepas tu dapat bermanja dari jauh je.. Hihihi. Terima kasih umi untuk lagu ini.. Umi adalah inspirasi zati.. heee..

Lagu Inspirasi merupakan lagu yang didedikasi khas untuk Dato’ Siti Nurhaliza bagi menghargai jasa beliau sepanjang 20 tahun dalam industri hiburan. Lagu hasil gubahan Faizal Tahir, dinyanyikan oleh Hafiz Suip ini sangat menyentuh bait liriknya. Nanti boleh laa karok lagu ni pulakk. Tak tahu lirik? Meh nak share dengan korang. hehehe.. 





 Inspirasi - Hafiz & Faizal Tahir

Andai ada berjuta yang datang mencuba
Kau tetap satu menawan hati semua
Selamanya tersemat dalam persada
Cahaya bersinar teristimewa

Inspirasi tetap teguh berdiri
Dalam gelap kau tetap menyinari
Hanya satu persona tiada ganti
Engkau bintang kau tetap menyinari
Engkau bintang kau tetap menyinari

Berlalu bergenerasi terus memberi
Takkan sama tiada ganti tetap berseri
Selamanya tersemat dalam persada
Cahaya bersinar teristimewa

Inspirasi tetap teguh berdiri
Dalam gelap kau tetap menyinari
Hanya satu persona tiada ganti
Engkau bintang kau tetap menyinari
Engkau bintang kau tetap menyinari



Nanti boleh laa tuju lagu ni dekat seseorang atau sesiapa sahaja yang memberi inspirasi kepada anda.. babai..



5 komen

Bestnyaaaa..Ada mksud tersirat..hehe

eheee...zatii...tq share ni tau...yaya suka ct laaa..hihihihihi

Aik kenapa mai first time dengar ni? Sedap2...Mai pun suka abg ben, abg ben la pernah famouskan blog mai dulu sbb masuk dlm entry blogger pilihan abg ben, masa tu thun 2012...hehehe

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon