Friday, September 4, 2015

Mak Cun Episod Akhir

Assalamualaikum. Sape tengok Mak Cun episod akhir semalam? Pendapat korang best ke tak? Bagi Zati ok laa tetapi ending tergantung jugak. Alahai. Memang drama betol laaa. Episod akhir semalam pun memang lawak bila tengok perangai Mak Cun dan Manisah yang asyik bergaduh tu. Di tambah pula Manisah yang asyik dengki dengan perniagaan bedak sejuk Mak Cun yang semakin laris di pasaran.



Apa yang lawaknya episod akhir semalam apabila Mak Cun mengamuk dan pegi meminang Pak Akob untuk Atol sebab dia malu Atol kena tangkap basah dengan Kamarul iaitu anak Manisah. Mak Cun memaksa Pak Akob untuk menerima pinangannya. Walaupun pada mulanya Pak Akob merasakan Mak Cun ni seperti orang yang tak waras apabila membuat keputusan begitu tetapi Pak Akob setuju untuk menerima pinangan Mak Cun padahal sebenarnya Pak Akob seperti ingin merancang sesuatu.

Atol tidak bersetuju dengan cadangan Mak Cun agar dia berkahwin dengan Pak Akob kerana dia sudah menganggap Pak Akob seperti ayahnya sendiri dan juga Pak Akob tu sangat lah tergila-gilakan Mak Cun. Atol ingin menjodohkan Pak Akob dengan Mak Cun tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Atol membuat keputusan untuk melarikan diri dari rumah bersama Kamarul iaitu cinta hatinya. Mak Cun mula merasa gelisah apabila Atol tiada di rumah dan bertindak keluar untuk mencari Atol. Mak Cun mencari Kamarul di rumah Manisah namun begitu Kamarul juga tiada di rumah.

Sebenarnya Atol dan Kamarul bersembunyi di rumah Pak Akob dan dia merancang untuk menyatukan Manisah dan Mak Cun agar tidak lagi bermusuhan antara satu sama lain. Pak Akob membuat sidang tergempar dan memanggil orang kampung berkumpul kerana sudah dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai orang kampung yang suka membuat fitnah yang bukan-bukan berkenaan Atol dan Kamarul. Dalam masa yang sama juga, Pak Akob cuba untuk menyedarkan Mak Cun dan Manisah agar saling bertolak ansur dan bermaafan antara satu sama lain.

Yang lawaknya Mak Cun ingin menarik balik pinangannya terhadap Pak Akob untuk Atol tetapi Pak Akob enggan menerimanya kerana dia sudah pun menerima pinangan Mak Cun tu dan Atol jugak bersetuju untuk berkahwin dengan Pak Akob. Hahhaha. Kat sini laa tergantung ending dia. Adakah ada sambungan lagi drama Mak Cun ni? Sama-sama lah kita nantikannya. Bagi korang yang terlepas tengok episod akhir semalam, boleh la melayari Tonton.my. Nanti boleh la tengok tanpa ada sebarang gangguan iklan. Hehehe.

Ok laaa.. sekian sudah.. babai..



3 komen

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon