Mata Bersinar Kerana Contact Lens

7:39:00 PM
Assalamualaikum. Bila tengok gambar zati, ramai dok kata mata zati cantik. Hahha. Cantik ke? Cantik sebab pakai contact lens. Hahaha. Kalau tak pakai lens takdenya nak cantik camtu. Biasa je. Mata anak orang melayu. Bukan anak mat salleh. Hahaha. Ada jugak yang kata, zati ni pakai contact lens sebab nak melawa je ke? Heiii, takde makna ok. Takde maknanya nak bukak mata pastu nak letak benda tu dalam mata sebab nak melawa.. Baik pakai dari dulu lagi sebelum rabun. Zati rabun laa. Rabun jauh. Nak pakai cermin mata malas sebab nak pakai shawl. Kalau pakai tudung bawal baru la pakai cermin mata. Hehehe.



Tanpa lens
Pakai lens
Korang boleh tengok perbezaan mata pakai lens dengan tak pakai lens. Bila pakai lens anak mata kita akan nampak sedikit besar dari yang asal. Haaaa.. Korang boleh tengok la perbezaan tu yerr melalui dua gambar zati kat atas. Korang nak pakai contact lens jugak? Ok laa.. Zati akan beri sedikit panduan atau tips untuk korang beli contact lens.

Bagi korang yang rabun tu, korang perlu tahu sejauh mata tahap kerabunan mata korang. Macam zati ni kiri 175 dan kanan pulak 200. Haaa, mesti pening kan sebab dua belah mata mempunyai tahap kerabunan yang berbeza. Masa zati mula-mula beli lens dulu, tauke kedai tu sarankan pada zati ambik power yang rendah sebab apa zati tak pasti. Tapi terpulang sebenarnya sama ada nak ambik power yang tinggi ataupun rendah. Tengok atas keselesaan mata kita. Hari tu zati pakai power yang rendah tapi sekarang zati pakai power yang tinggi sedikit. Zati pun tak tahu dah berapa nilai power mata zati sebab dah lama tak pegi cek mata. Hahaha. Power contact lens ni dari 0.00-8.00. Jadi buat korang yang memang power tinggi tu takde masalah untuk pakai contact lens ni. Jangan risau yerr.

Contact lens ni ada pelbagai jenis warna dan design. Contact lens pun ada design jugak ok. Korang nak mata korang nampak macam mata kucing, artis korea, mata besar dan macam-macam lagi lahhh.  Dari segi warna ada pelbagai jenis warna jugak. Kalau korang nak mata korang nampak mata asli, korang pilih la contact lens yang biasa iaitu yang takde warna. Jadi bila korang pakai pun, orang takkan perasan sangat yang sebenarnya korang pakai lens sebab mata korang nampak natural. Macam zati tu, zati suka pilih warna brown sebab warna brown ni takde la menonjol sangat macam mata kita ni berwarna gitu. Hahaha. Nak nampak lagi gempak korang pilih la warna biru. Nampak mata mat salleh sikit. Hahahaha.

Beberapa jenis warna contact lens

Contact lens ni ada banyak brand dia tapi zati pun tak pasti brand ape yang elok sebab zati main beli jerr. Teruk kan? Hahaha. Bila zati rasa contact lens tu tak selesa, zati tak beli dah. hehe. Zati selalu beli lens melalui online jerr. Zati tengok kat instagram. Zati suka pakai contact lens tu. Selesa walaupun contact lens tu murah je. Hehehe. Nak tau berapa harga dia? RM20 sahaja termasuk pos. Murah kan. Harga ni lens ni mengikut brand dan warna yang kita nak. Lens ni ada banyak brand. Contohnya Lofa Lens. Zati belum mampu nak pakai Lofa Lens. Nak beli domain pun tak mampu ni kan pulak nak pakai lens dari jenama Lofa Lens. hahaha. Lens ni paling lama boleh pakai hanyalah 3 bulan. Lepas dari 3 bulan, sila tukar lens lain yerr sebab takut nanti bagi kesan pulak kat mata kita. Bahaya tau. Sebab tu lens ni kena jaga elok-elok. Jaga dengan cermat. Ada jugak lens yang boleh dipakai selama sebulan sahaja. Bergantung pada brand contact lens tu.

Brand Lofa Lens.. *Gambar dari google*

Bila pakai lens ade kesan buruk tak? Ada bila kita tak pandai jaga contact lens tu. Mungkin akan bawa bahaya pada mata kita. Jangan biarkan lens anda terdedah kepada persekitaran yang tak bersih bila anda tidak lagi memakainya. Sentiasa simpan ditempat yang bersih. Sebab tu lah sebelum nak pakai contact lens tu, anda harus cuci dulu lens tu dengan pencuci nya. Bukan cuci dengan air biasa yerr.. Contact lens anda tu harus disimpan rapi bersama multi purpose solution. Multi purpose solution tu air yang anda perlu guna untuk cuci contact lens anda. Paling penting jangan simpan lens anda ditempat yang kering. Nanti rosak lens tu.

Bekas simpan lens

Mungkin bagi yang mula-mula nak pakai contact lens ni rasa cam tak selesa sebab kita tak biasa pakai. Zati dulu pun camtu jugak. Asyik nak gosok mata je sebab kita rasa seperti ada sesuatu dalam mata kita. Tapi semua tu perkara biasa. Lama-lama nanti korang akan ok jugak. Jangan risau. Kita mungkin akan rasa tak selesa bila pakai contact lens lebih dari 8 jam sebab contact lens ni seeloknya dipakai selama 8 jam tapi zati kadang-kadang pernah jer pakai lebih dari 8 jam tu. Hahahaha. Korang jugak perlu tahu, bila nak tidur sila tanggalkan lens anda sebab takut nanti lens anda lari dari anak mata. Masa tu memang tercari-cari laa mana lens anda menghilang. Jangan sampai jadi camtu ok. Bahaya. Boleh memudaratkan mata anda. Sama jugak bila nak mandi. Tanggalkan juga tau. Orang kata kalau pakai lens kena tahan mata dari menangis tapi zati penah jerr menangis ketika lens masih lagi berada di mata. Hahahaha. Tentang hal ni zati pun kurang pasti jugak. Mungkin tak nak bagi lens bergerak ke tempat lain kot. hehehe.

Jadi buat korang yang masih baru nak pakai contact lens ni dan ingin mendapatkan contact lens berwarna yang ada power atau tiada power, korang leh tengok kat ig Contact Lens Murah. Zati ada jual pelbagai jenis contect lens terkini yang cantik dan menarik.  Jangan takut jangan risau. Yang penting anda tahu jaga. Itu yang paling penting. Sekian sudah dari zati. Semoga bermanfaat untuk semua. Mohon maaf andai ada silap. Babai..






Artikel Terkait

Previous
Next Post »

12 komen

Write komen
Puan Wawa
AUTHOR
September 6, 2015 at 8:04 PM delete

Wawa takut nak pakai..")

Reply
avatar
serinian
AUTHOR
September 6, 2015 at 10:21 PM delete

saya dah lama x pakai contact lenc ni sebab dah de dah budget utk ni semua....
inshAllah jk diberi rezeki lebih boleh la pakai balik

Reply
avatar
Mirabeads azi
AUTHOR
September 8, 2015 at 9:35 AM delete

Kena pandai jaga in sya Allah tak ape-ape

Reply
avatar
July 23, 2016 at 4:31 AM delete

Xpenah pkai cntct lens.. takot nk cabut ... contct lens dri mate.. xtau mcm mne nk cbot!! 😢😢

Reply
avatar
July 23, 2016 at 4:31 AM delete

Xpenah pkai cntct lens.. takot nk cabut ... contct lens dri mate.. xtau mcm mne nk cbot!! 😢😢

Reply
avatar
hanny akaisha
AUTHOR
July 27, 2016 at 5:02 PM delete

Akak beli lens kt ig mana?

Reply
avatar
Ummul Azkee
AUTHOR
August 20, 2016 at 3:53 PM delete

takut nak pakai hehe..sbb i careless

Reply
avatar
October 18, 2016 at 4:53 PM delete

Thanks Zati. Risau jugak nak pakai.. tp, kena cuba utk jangka masa pendek boleh lah. Hehehe..

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
November 16, 2016 at 12:11 AM delete

Mai pakai lens dari form2 sebab kulit allergi kalau pakai spek lama2 naik gatal tepi telinga..mai selalu pakai brand blincon, mmg best sbb tahan lasak, tapi skrg rasa nk pakai brand wawa zainal punya,hihihi.mampu teringin jelah skrg..

Reply
avatar
Eeca Shyaa
AUTHOR
November 17, 2016 at 5:36 PM delete

cantikkk! teringin nak guna jugak tapi tak berani :o

Reply
avatar
luka amigo
AUTHOR
March 15, 2017 at 4:44 AM delete

bagus juga kalau pakai contact lens, tapi ya harus juga jaga kebersihan mata sering sering by author Peluang Bisnis Indonesia

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon