Mencintaimu Episod Akhir

2:53:00 AM
Assalamualaikum. Tamatlah sudah drama sensasi yang menghiasi slot akasia TV3 iaitu drama Mencintaimu. Mesti ramai kan yang tunggu episod akhir cerita tu. Puas hati ke tidak dengan ending dia? Hehehe.. Bagi zati ok laa. Happy ending gitu seperti yang diinginkan oleh peminat drama melayu.. Huhuhu. Zati pun gigih la tunggu nak tengok episod akhir walaupun sebelum ni takde la tengok sangat pun. Kalau rasa nak tengok, baru lah zati tengok cerita tu. Hehehe. Ada ke yang tak sempat tengok?? Maklumlah lewat sampai kat rumah kan. Hehehe.. Takpe.. Demi korang zati cerita la sikit  Mencintaimu episod akhir ni. Tapi sikit je laa yerr.. Kalau cerita semua tak best la pulak kan. Hehehe..


Seperti yang diketahui, Helmi ditangkap atas tuduhan meracun sehingga menyebabkan Juhara, ibu Anis meninggal dunia dan Najiha adik Anis mengalami kerosakan buah pinggang sehingga memerlukan penderma dengan kadar yang segera. Hisyam mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Anis kerana merasakan sukar lagi baginya untuk mendapat kepercayaan dari Anis. Anis menyedari akan silapnya yang terusan menyalahi Hisyam sedangkan Hisyam tidak bersalah dalam hal tersebut. Anis berusaha mencari Hisyam tetapi tidak ditemui di mana Hisyam berada sehinggakan mama dan papa Hisyam sendiri pun tidak tahu anaknya di mana. 

Pada hari pembedahan Najiha, Aimi datang menemui Anis dan memberikan sepucuk surat yang dikirim oleh Hisyam untuk Anis. Anis membaca isi kandungan surat itu apabila dia pulang ke rumah dan menyedari akan sifatnya yang ego dan degil itu sehingga menutup matanya untuk melihat cinta dan kasih sayang Hisyam terhadapnya selama ni. Hisyam terlalu mencintai Anis tetapi kerana ego, Anis mengenepikan perasaan Hisyam dan sering menuduh Hisyam adalah punca semua masalah yang berlaku. Anis sedar akan kesilapannya dan dia berusaha mencari Hisyam.

Setelah sebulan Hisyam menghilangkan diri, dia muncul kembali untuk menemui Fayyad dan Anis. Anis cuba untuk memujuk Hisyam kembali tetapi Hisyam seperti ingin menarik tali. Biasa lah lelaki kan. Taknak kalah dengan ego wanita.. Hahahaha.. Anis mengakui segala kesilapannya yang terlalu percaya pada cakap orang luar berbanding suami sendiri dan berjanji akan membuang segala ego yang ada dalam diri dia. Hisyam memaafkan Anis dan mereka pun hidup bahagia. Tamat. Camtu lah ending dia. Tetapi sape penderma buah pinggang untuk Najiha yerr?? Yang ni korang kena lahh tengok. Macam mana pulak dengan Asyikin?? Hehehe.. Segalanya boleh ditonton melalui tonton.my yerrr.. Hehehe..


Secara keseluruhannya memang dah boleh jangka ending dia camtu. Mesti lah bersatu kembali kan. Yer dokkk?? Hehehe. Tapi apa yang buat zati tersentuh sangat bila Anis membaca surat dari Hisyam yang mana di dalam kandungan surat itu Hisyam meluahkan segala isi hatinya pada Anis yang tidak pernah diketahui oleh Anis. Alahaiii. Yang ni nak meleleh jugak la airmata ku tapi ku tahan. Hihihi.. Kesimpulannya, sebagai wanita tak boleh la nak ego sangat sehinggakan mengenepikan perasaan orang yang terlalu menyayangi kita. Kerana ego, kita jadi buta dan tak nampak rasa sayang orang terhadap kita. Dah macam yuhanis pun ade jugak si Anis ni. Ehhh.. Hehe.. Oklahh.. Babai..


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Azlinda Azman
AUTHOR
September 30, 2015 at 5:32 AM delete

Akk pn suka cerita cinta hehehe

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon