Nak Dapat Derma??

12:38:00 AM
Assalamualaikum. Korang nak tau tak? Ada orang yang murah hati nak bagi derma kat zati. Bukan sikit ok. Banyak tau. Boleh jadi jutawan zati ni. Hahaha. Macam tak percaya je kan ada orang nak duit kat zati. Yelaa, penganggur macam zati ni memang laa sangat-sangat memerlukan duit. Bila tau ada orang yang sangat lah baik hati nak bagi derma memang la kita suka kan. Hahaha. Terkejut woiii bukak emel tengok ade yang bagitau nak transfer duit kat akaun kita. fuyoooo. Tak buat keje kot. Tiba-tiba cakap nak bagi duit. Perghhh. Hahahah.. Tak percaya kan? kan .. kan... kan... Hehhee.



Mesti terkejut kan? Hahaha. Zati rasa korang pun mesti ada dapat emel camtu kan. Boleh dikatakan emel camni sentiasa masuk tapi dalam spam laa. Jadi sebab emel ni masuk spam kita tak boleh nak percaya sangat. Boleh dikatakan ada la dalam 2 atau 3 emel camtu. Ayat yang hantar emel tu pun lebih kurang je. Ayah mati laa. Perlukan orang laa untuk jaga amanah ni. Macam kaya sangat kan sampai tak boleh nak simpan harta sendiri sehingga kan baik hati sangat nak bagi kat orang. Hahaha. Kalau korang dapat duit sebanyak tu, nak bagi ke kat orang sesuka hati yang kita tak kenal? Mesti la tak kan.

Jadi pesanan zati, berhati-hati lah yerr. Jangan mudah-mudah je nak bagi detail peribadi kita kat orang yang tidak dikenali lagi-lagi nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank. Bahaya tu. Orang boleh buat jahat kat kita menggunakan nombor ic dan nombor akaun bank kita. Ermmm, tapi alangkah bahagianya kalau ada orang nak bagi derma kan? Fuhhh, kaya beb. Sape tak nak. Tak buat kerja tiba-tiba nak dapat duit. Ibarat bulan jatuh ke riba. Cewaahhhh. Hahaha. Ok laa. Babai..



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

5 komen

Write komen
theyanaonly
AUTHOR
September 14, 2015 at 1:04 AM delete

memang sentiasa ada tak pernah tak ada dalam 1 hari. hehe

jemput baca entri
WATERPARK

Reply
avatar
September 14, 2015 at 6:37 AM delete

kan...sape la yg baik sgt tu..hihihi

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
September 14, 2015 at 10:36 AM delete

confirm spam...buat semak inbox jer kan...

Reply
avatar
September 14, 2015 at 12:35 PM delete

anazarin berbicara memang kena berhati-hati dengan email macam nie

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon