Peristiwa Banjir 2014

4:03:00 PM
Assalamualaikum. Dah hampir 9 bulan berlalu peristiwa banjir besar yang melanda Kelantan tahun lalu dan sampai sekarang peristiwa itu masih segar dalam ingatan Zati. Bukan mudah untuk lupakan peristiwa yang melanda negeri Kelantan tahun lalu. Tempat tinggal Zati jugak antara kawasan yang terjejas teruk ketika banjir dulu. Alhamdulillah rumah kami ok dan tidak musnah ditelan arus air cuma barang-barang dan perabot banyak yang musnah.

Bila mengenangkan kembali peristiwa banjir tu, memang sedih sebak dan trauma. Setiap kali hujan mesti teringat peristiwa banjir yang melanda tahun lalu. Bukan mudah nak lupa sebab tu adalah pengalaman pertama sepanjang 23 tahun hidup. Sebelum ni tak pernah lagi merasai banjir besar begitu. Setakat air bertakung memenuhi kawasan rumah bila hujan lebat lepas tu air akan surut bila hujan berhenti.. Zati masih ingat tarikh 24 Disember 2014. Pagi tu hujan lebat dan zati pun rasa best sangat tidur pagi tu. hahaha. Dah hujan kan. sejuk pulak tu. Tarik selimut la jawabnya. Mak kejutkan zati suruh simpan kain baju takut-takut nanti kena pindah ke ape kan. Zati pulak sedap kan hati dengan mengatakan, air akan surut bila hujan reda nanti. nak sedapkan hati la kononnya. Bila bangun lepas tu tengok luar rumah, air memenuhi halaman rumah. Tapi zati tak terkejut pun sebab perkara macam tu sering terjadi kat rumah zati bila hujan lebat. Saluran longkang tersumbat. Air tak boleh nak mengalir sebab satu rumah ni pegi tutup saluran tu. huhhhh.

Hadapan rumah
Waktu tengahari, hujan mulai reda dan air surut sedikit. Tetapi dalam pukul 2 petang camtu, air seperti naik kembali padahal masa tu tak hujan pun. Zati makin pelik. Mak pun cakap laa kat dapur air makin melimpah teruk. Zati tak jangka lagi yang masa tu air akan makin naik dan terus naik. Zati masih ingat lagi, waktu zati belum makan pape lagi sebab terkejut tengok. Oleh kerana lapar, zati pun mengarung air pergi dapur untuk masak megi. Hahahha. Dalam pukul 4 macam tu air semakin naik hampir tangga rumah. tapi zati tetap cuba berlagak cool. Pikir air akan surut balik. Mak pulak makin panik. Stress jugak la zati masa tu. hahahha. Mak panik sebab pikir pasal mak saudara zati yang sakit terlantar tak boleh nak bangun. Memang kena orang angkat laa nak bawak dia keluar dari rumah waktu tu. Lepas sahaja solat asar zati siap kemas kain baju yang ada dan yang paling penting adalah laptop kesayangan zati. Hehe. Laptop adalah harta paling penting yang perlu diselamatkan sebab masa tu zati sedang dalam proses menyiapkan thesis,. Fuhhh. Tapi boleh pulak printer ditinggalkan,. Hahahaha. Zati pun keluar dari rumah dengan mengarung air yang masa tu berada paras betis zati dan meninggalkan kucing kesayangan zati. Huwaaaa. sedih kot. Masa tu zati pegi menumpang dekat rumah saudara yang selang beberapa rumah dengan rumah zati. Takde la jauh sangat. Kena jalan kaki sikit. Masa tu depan rumah air tak sampai lagi. Masih lagi kering.

Lebih mengejutkan selepas solat maghrib air sudah pun hampir ke tangga rumah yang zati dan mak tumpang tu. cepat sangat air tu sampai. Dalam beberapa jam sahaja sedangkan waktu hujan dah reda sedikit. Zati mulai rasa tak sedap duduk. Pikirkan nasib kucing-kucing kat rumah. Nangis je masa tu. Sebab tak percaya semua ni boleh berlaku kat diri sendiri dan dalam masa sekelip mata sahaja. Hurmmm. Sekali lagi malam tu kami berpindah ke rumah sebelah dalam lebih kurang pukul 10 malam. Waktu air berada paras paha zati kot. Mungkin kalau kat depan rumah zati air paras pinggang zati sebab kawasan rumah sedikit rendah. Rumah yang zati tumpang ni rumah dia tinggi. Jadi air tak masuk dalam rumah. Hanya memenuhi halaman rumah sahaja. Boleh tengok gambar-gambar kat bawah yerr. Malam tu kami tidur dengan air mata. Memikirkan nasib yang bakal menimpa sebab bekalan elektrik dah terputus. Keliling rumah sudah dipenuhi air ibarat berada di sebuah pulau yang terpencil. Apa yang kami mampu buat hanyalah berdoa semoga kami semua selamat dan tabah menerima dugaan ini.





Gambar-gambar kat atas zati ambik selepas subuh pada pagi 25 Disember iaitu di hadapan rumah yang zati tumpang tu. Gambar tu waktu pagi. Waktu tengahari kereta tu dah nampak bumbung dah. Tenggelam. Ada yang meramalkan air mungkin akan naik lagi. Kami makin panik sebab bantuan seperti susah nak masuk,. Zati pulak semakin takut dan sedih. Sedih memikirkan nasib kucing-kucing kat rumah. Bukan sekor dua ok. 8 ekor terkurung dalam rumah. Sedih sangat sebab takut diorang mati dalam rumah. Pendek kata nangis je la. Hihihi. Lebih kurang 2 hari 2 malam zati, mak dan mak long zati yang sakit tu menumpang di situ. Selepas tu kami dipindahkan ke pusat pemindahan yang terdekat. Sewaktu dalam perjalan menuju ke pusat pemindahan banjir, bot yang kami naiki lalu kat hadapan rumah zati. Masa tu memang tak dapat menahan sebak bila tengok air memenuhi kawasan rumah. Lebih kurang paras jendela laa. sekali lagi air mata bercucuran. Hurmmm. Sedihhh. Sampaikan terlupa nak snap gambar rumah sendiri. Hahahha. Lagipun masa tu henset zati dok dalam beg. Hihihi.

Berada di pusat pemindahan lebih kurang 1 hari 1 malam. Banyak tempat berpindah randah kot. Pendek kata dah macam pelarian. Huhuhu. Pengalaman berada di pusat pemindahan ni memang tak dapat nak dilupakan. Tak cukup air adalah paling utama dan tiada kemudahan tandas atau bilik air. Ada pun satu je tandas. Paham-paham la tempat ramai orang macam tu bila ada satu tandas sahaja. Baunya memang semerbak sangat. Huhhh. Pengalaman yang takkan zati lupakan adalah makan nasi beralaskan daun pisang dan bersudukan daun pisang. Nasi goreng sardin. Sedap la jugak. Dah lapar kan. Makan je la apa yang ada. Ni pun dah kira bersyukur sebab boleh makan jugak. Huhuhu.


Makanan yang disedikan sewaktu berada di pusat pemindahan banjir
Selepas itu zati, mak dan mak long di bawa ke hospital Machang sebab askar yang bertugas kat situ risau bila tengok keadaan mak saudara zati yang sakit terlantar begitu. Tambahan pula kat pusat pemindahan tu bekalan sangat lah tidak cukup.  Jadi mak pun setuju agar kami di bawa ke hospital Machang. Seminggu ok duduk hospital. zati yang tak sakit boleh jadi sakit sebab lama dok hospital. Huhuuhu.. Walaupun air dah surut dan ada setengah keluarga sudah dibenarkan pulang, tapi zati tetap tak dapat pulang sebab keadaan rumah sangat la menduka citakan. Dengan lumpurnya lepas tu air pula takde untuk mencuci segala lumpur tu. Sebab tu la zati dan mak terpaksa jadi penghuni hospital selama seminggu. Bosan giler kot. Kalau korang tahu jugak, masa banjir ni zati dan mak terpisah dengan ayah dan adik-adik lelaki. Sebab masa tu ayah sedang menguruskan rumah kami yang satu lagi. Hurmm. Sebab tu terpisah. Rumah satu lagi pun kena banjir jugak.


Kain baju kami.. huhuhu

Kawasan halaman rumah

Keadaan rumah selepas banjir
Ada yang tanya, banyak dapat bantuan tak? Sejujurnya bantuan dari saudara mara sahaja. Kalau dari sukarelawan ni diorang tak masuk pun sebab rumah zati tu dalam kategori rumah besar atau pun rumah orang kaya laa. Hahaha. Rumah je besar tapi orang dalam rumah tak besar pun,. Kecik jerr. Huhuhuhu. Terkilan jugak la sebab kami kurang dapat perhatian. Tapi nak buat macam mana kan. Syukur ada jugak saudara mara yang membantu hulurkan bantuan. Huhuhu..

Sebenarnya, peristiwa ni sampai sekarang masih zati ingat. Bukan senang nak lupa. Orang ramai dok meramalkan yang banjir akan melanda Kelantan kembali untuk tahun ni tetapi mungkin lagi besar dari yang sebelum ni. Zati harap itu hanyalah khabar angin semata-mata. Huhu. Sama-samalah kita mendoakan agar kita semua terhindar dari musibah ini.. INSYAALLAH..




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
September 3, 2015 at 4:37 PM delete

memang terasa masa banjir besar haritu. memang terkesan dalam hati.

Reply
avatar
anajingga
AUTHOR
September 3, 2015 at 4:46 PM delete

zatie, kak ana yakin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian kan :)

Reply
avatar
irra yyan
AUTHOR
September 3, 2015 at 5:06 PM delete

Tak sanggup nak tengok lagi.. Harap pihak bertanggungjawab bersiap sedia

Reply
avatar
September 3, 2015 at 5:21 PM delete

wahhh teruk ye. dugaan besar buat kak zati dan family.inshaaAllah ada hikmah :)

Reply
avatar
aRz MoHa
AUTHOR
September 3, 2015 at 9:42 PM delete

tak sangka zati mengalami bencana ini....

Reply
avatar
Afidah Azmi
AUTHOR
September 4, 2015 at 12:47 PM delete

tu la kan...umah MIL Fidah tak pernah kena banjir...tup-tup last year terkena ...sampai ke bumbung pulak tu..hope this year tak berulang lagi...sedih dan perit sgt..

Reply
avatar
Myzatul Akma
AUTHOR
September 4, 2015 at 12:58 PM delete

Allahu... pity u... mungkin ade hikmahnya.. :)

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon