Monday, September 7, 2015

Sabar Adalah Kunci Kejayaan

Assalamualaikum. Setiap kali kita merasakan diri kita gagal mendapatkan sesuatu yang diimpikan, mesti kita akan rasa lemah semangat, putus asa dan merasakan diri kita tidak berguna. Tetapi, sedarkah anda yang bahawa semua tu adalah ujian dan dugaan dari Allah? Mungkin kita merasakan yang bahawa kita ni asyik bernasib malang dan tidak baik sedangkan semua itu adalah ketetapan yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya.



Sebagai hamba Allah, kita seharusnya sentiasa bersabar untuk menghadapi sebarang cubaan atau dugaan yang menimpa diri kita. Zati akui, zati sendiri pun kadang-kadang pernah berfikiran yang buruk juga bila ada masalah menimpa. Satu sahaja yang perlu kita ingat dan yang memang sentiasa zati pegang adalah jika kita merasakan apa yang kita lalui itu susah atau sukar, ingatlah ada lagi insan yang lagi bernasib malang dari kita. Lagi teruk ujiannya. Jika kita merasakan hidup kita susah, ada lagi insan yang hidupnya lagi susah. Itu lah yang selalu zati jadikan pegangan.

Sebagai contohnya, gagal dalam peperiksaan. Zati dulu antara insan yang sering gagal. Zati sedih. Tersangat sedih. Tapi zati cuba untuk bangkit kembali. walaupun zati tahu, masa tu zati dah tak mampu nak berdiri setanding kawan-kawan yang lain. Dalam hidup ni tiada yang mustahil jika kita berani untuk menghadapinya. Yang penting sabar dan ikhlas dalam menghadapi ujian. Jatuh itu perkara biasa sebab tak selamanya kita akan berada di atas. Yang penting kita tahu bagaimana cara untuk bangkit kembali.

Ok laa.. Babai..



1 komen so far

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon