Sawadeeka Mak Cun

8:15:00 AM
Assalamualaikum. Ingat lagi tak citer Mak Cun yang ditayangkan di slot lestary TV3 bulan lepas?? Mestila korang ingat kan. Sape tak ingat dengan gelagat mok cun yang mencuit hati tu. Gelak habis kot. Hahaha.. Korang ingat lagi episod akhir Mak Cun hari tu?? Ending dia cam tergantung sikit kan. Semalam ade kisah sambungan Mak Cun ni haaa. Kalau yang dok tunggu cerita mok cun ni mesti korang tengok kan Sawadeeka Mak Cun yang merupakan sekuel dari drama Mak Cun sebelum ni. Zati memang tengok laa cerita ni sebab lawak Mak Cun tu buat segaq butir mata. Gelak sakan naaaa.. Hahaha..



Sawadeeka Mak Cun ni merupakan kesinambungan dari drama bersiri Mak Cun yang disiarkan dalam slot lestary sebelum ni. Mak Cun yang semakin cemburu apabila Pak Akob  Kali ni Mak Cun berjaya memasarkan perniagaan bedak sejuknya ke Bangkok, Thailand apabila ada seorang wanita yang bernama Annom ingin menjadi dealer produk bedak sejuk Mak Cun ni. Apa lagi Mak Cun ni, gembira laa bila ada pihak dari negara luar nak jual produk bedak sejuk dia. Pada masa yang sama, Mak Cun rasa cemburu apabila anak perempuannya, Atul bersetuju untuk berkahwin dengan Pak Akob.  Mak Cun telah mengambil keputusan untuk ke Bangkok bersama Atol bagi menjalankan urusniaga bersama Annom. Malangnya, bila tiba di Bangkok Mak Cun tak dapat menghubungi Annom ditambah lagi mereka sukar untuk berkomunikasi dengan masyarakat sana.

Tetapi mok cun ni tidak berputus asa. Dia usaha jugak nak pergi jumpa si Annom ni walaupun dia sendiri pun tak tahu nak cari Annom kat mana. Setelah seharian kepenatan pusing bandar Bangkok semata-mata nak cari si Annom ni, mak cun dan Atol pulang ke hotel yang mereka duduki. Malangnya, bilik hotel yang mereka duduki telah pun dimasuki pencuri sebab mereka lupa nak kunci pintu. Habis lesap mak cun. Keesokan paginya Mak Cun dan Atol membuat keputusan untuk tinggalkan hotel yang mereka tanpa membayar duit sewa hotel tu. Dalam pada yang sama juga Annom telah pun menghubungi Mak Cun dan ingin berjumpa dengan Mak Cun untuk menjalankan urusniaga bedak sejuk Mak Cun ni. Mak Cun ni bukan main gembira la bila si Annom ni telefon dia. Annom telah membuat perjanjian untuk berjumpa dengan Mak Cun dan akhirnya mereka dapat bertemu setelah Annom berjaya menjejaki Mak Cun dan Atol yang tertidur di kawasan pelabuhan akibat keletihan mencari si Annom ni. Annom telah menempah sebanyak 500 bedak sejuk untuk dipasarkan di Bangkok. Bukan main gembira lagi si Mak Cun ni bila Annom membuat tempahan sebanyak tu dan telah memberi duit deposit kepada Mak Cun sebagai tanda setuju dengan urusniaga mereka.

Mak Cun pulang ke Kokdiang dengan senang hati dan telah disambut oleh Pak Akob. Tapi sekali lagi ending dia seperti bakal ada lagi sambungan nya.  Hahahha.  Pak Akob telah melamar Mak Cun tetapi adakah Mak Cun terima lamaran Pak Akob itu? Korang kena tengok laaa. Hahahha. Panjang lebar dah zati cerita. Nanti tak surprise pulak. Hihihi. Apa yang lawaknya Sawadeeka Mak Cun ni, bila Mak Cun cuba nak bercakap bahasa Thailand dengan receptionist hotel tetapi mereka tidak memahami apa yang Mak Cun cuba sampaikan. Hahhaha.

Bagi korang yang tak dapat tengok semalam tu, boleh tengok kat tonton.my yerr.. Boleh tengok tanpa sebarang gangguan iklan. Baru syokk ooo.. hehehhe. Okbaiii..



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
September 25, 2015 at 9:37 AM delete

memang lawak malam tadi. lagi2 bila duit kena curi dalam hotel.

Rubber tapper, room, money,go out

pak akob ajaq mak right tu kanan. left tu kiri.
mak, right tu betul lah. bukan kanan

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
September 25, 2015 at 10:40 AM delete

Best kann cerita ni, Kelakar

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
September 25, 2015 at 11:25 AM delete

First time akak tgok malam tadi...kelakar plak tgoknya...suka loghat utara

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon