Thursday, September 24, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat Hari Raya Haji dan Selamat Hari Raya Korban buat seluruh umat Islam di muka bumi ini zati ucapkan. 

Gambar dari blogger Syed Alwi


Sempena raya Aidiladha atau raya korban ni, marilah kita mengorbankan segala sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri dan menanamkan dengan sifat mahmudah iaitu sifat yang terpuji. Tak tahu ape sifat mazmumah?? Sifat mazmumah tu seperti hasad dengki, iri hati, bongkak atau sombong yang ada dalam diri. Kalau korban lembu tu, korbankanlah sekali sifat-sofat yang tak elok tu. Jangan asyik nak kondem orang je. Paham ke tak ni??? Kalau tak paham sila tanya cikgu.. Hahahaa.. Tah pape je aku bebel ni. Dah la menaip dalam gelap..Uhukkkkk..

Sempena hari baik ni zati nak mohon beribu kemaafan buat semua pembaca setia blog zati (ada ke?hahahaha) andai sepanjang penulisan zati ada mengguriskan hati kalian. Sesungguhnya zati hanyalah insan biasa yang tak lepas dari melakukan sebarang kesilapan. Makan daging tu ingat la kat zati jugak yerr. Hehehe. Raya korban ni memang zati akan kurang makan daging laa sebab kalau makan banyak nanti nak muntah. Hahahaha..Oklaahh... Selamat Hari Raya Aidiladha..




1 komen so far

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon