Thursday, September 17, 2015

Tips Lupakan Orang Tersayang

Assalamualaikum. Dalam hidup ni pasti kita akan pernah rasa kecewa ataupun dikecewakan. Setiap orang pasti akan rasa pengalaman seperti ini walaupun sekali. Ada jugak yang kata, "aku tak penah rasa pun dikecewakan. Hidup aku bahagia." Beb, jangan cakap besar ehh. Allah tu kalau nak uji hamba dia ni kejap je tau. Jadi, tak payah la nak cakap besar sangat ehh. Seolah-olah kau nak tunjuk yang kau tu sentiasa bahagia. Apabila kita rasa kecewa dengan seseorang yang kita sayang, sudah pasti kita akan rasa sedih, benci dan sakit hati. Zati tau dan paham sangat sebab zati dah alami juga bukan sekali tetapi berkali-kali. Hehehe. Namun, ada satu perasaan yang mana zati pernah dikecewakan membuatkan zati rasa susah sangat nak terima. Sakit hati dan sedih tu hanya Allah sahaja yang tahu.


Mungkin sukar bagi orang yang kecewa ni untuk terima keadaan ini sebab hati dah terlalu sayang dan cinta, Betul tak? Hehehe. Lagi teruk nak lupakan orang yang kita sayang. Jadi, kali ni zati nak kongsi beberapa Tips Lupakan Orang Tersayang. Zati harap ia dapat membantu kalian.

1. Mohon kekuatan daripada Allah
Kita sebagai hambaNya haruslah sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon kekuatan agar dapat melalui rasa kekecewaan ni. Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya.

2. Perbanyakkan solat sunat dan baca Al-Quran
Sentiasa melakukan solat sunat seperti solat sunat hajat, taubat dan tahajjud. Selepas itu bacalah Al-Quran. Korang kena ingat, Al-Quran itu adalah penyejuk dan mampu menenangkan jiwa yang luka. Jiwa anda pasti akan rasa ketenangan selepas membaca kalam suci Al-Quran.

3. Terimalah kenyataan
Ermm, mungkin susah kita nak menerima kenyataan tetapi itu yang harus anda lakukan. Belajarlah untuk terima kenyataan yang bahawa dia bukan jodoh anda. Yerr, memang susah dan memakan masa tetapi anda harus lah berani untuk melakukannya.

4. Buang segala tentang dia
Yang ni penting ok. Korang kena buang segalanya berkaitan si dia terutama mesej, gambar atau barang pemberian dia. Kalau tak nak buang barang pemberian dia, simpan di tempat yang korang tak dapat nak tengok lagi barang tu. Zati dulu memang delete semua gambar kot. Benda yang berkaitan dengan si dia, zati bagi kat orang lain. Hahahaha..

5. Sibukkan diri
Cuba korang buat sesuatu untuk sibukkan diri seperti join aktiviti kelab atau persatuan, ajak kawan-kawan pegi melancong ke dan apa sahaja yang boleh membuatkan anda sibuk dan anda tidak akan rasa keseorangan. Zati dulu sibukkan dengan pelbagai aktiviti universiti. Semua benda nak join. Hehehe. Tapi itulahh kepuasan sebab bila kita asyik sibuk je, kita takkan fikir pasal si dia lagi.

6. Hindari semua perkara tentang dia
Elakkan perkara yang mengingatkan kita kepada si dia. Contohnya, elakkan pergi tempat yang korang selalu keluar dating. Kalau asyik pegi kat situ nanti lagi susah laa nak lupakan si dia.. Hehehe..

7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Cuba untuk bercerita masalah anda pada orang yang dipercayai. Minta nasihat dan pendapat darinya. Kadang-kadang bukan semua kawan baik kita boleh bagi pendapat atau nasihat pada kita bila kita dilanda kesedihan. Masa ni korang kena pandai menilai siapa kawan yang patut korang percaya dan harapkan.

Semua tu bergantung pada diri masing-masing untuk menghadapi situasi seperti. Mungkin susah tetapi harus lakukan juga. Zati dulu pun memakan masa juga untuk lupakan semua kenangan dan Alhamdulillah zati dapat lupakannya sedikit demi sedikit. Yang penting kuatkan semangat. Allah sudah tetapkan yang terbaik untuk kita. Kita tak tahu tentang itu.

Jodoh yang kita rasakan terbaik untuk kita belum tentu lagi terbaik di sisi Allah. Allah sudah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita.

Fikirlah secara positif. Jangan menganggap kekecewaan ini sebagai kekecewaan yang berterusan. Kita tak tahun, mungkin ada orang lain yang lagi teruk pernah dikecewakan dari kita. Itu yang harus anda ingat dan pegang.  Allah takkan uji seorang hamba itu diluar kemampuan individu itu sendiri.

9 komen

zatie jangan lupakan kak ana kay< satu lagi tips kan makan semut banyak2 boleh lupa kan hihi :)

zatie....jangan sedih....hehee.....xpe....ape pun tnx a lot share info ni

tips lupakan orang yang kita tak suka?hehe nak juga

hehehehee.. Zatie dah boleh jadi doktor cinta ni... :)

Salam.. Haii.. Senarai pemenang telah diumumkan.. Jemput jenguk senarai pemenang ye..
Senarai Pemenang ParodyMe : 1st Giveaway By Dramatic Uniq Please send alamat pos anda melalui email/whatsapp untuk terima hadiah ye... :) tQ.. :)

k.ana, nnti makan semut banyak semua benda lupe

akk pun pernah..akk buat tak tau je..ahha..layan kawn-kawn dlam alam maya..takyah pikir sangat

"Jodoh yang kita rasakan terbaik untuk kita belum tentu lagi terbaik di sisi Allah. Allah sudah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita."

Setuju dengan pernyataan kak zati, benarlah kerana kita merancang, tapi Allah itu sebaik baik perancang. Kalau nak lupakan org ni, selain memohon kekuatan dari Allah, Mai akan hapuskan segala bukti kenangan dengan dia, dan sibukkan diri dengan aktiviti bersama keluarga dan kawan2...nikmati hidup ini.

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon