Tips Manjakan Kucing

4:50:00 PM
Assalamualaikum. Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Hari ni zati nak korang tahu macam mana nak manjakan kucing. Tapi ni cara zati ok. Lain orang lain cara dia tau. Mesti korang pernah berhadapan dengan kucing-kucing jalanan kan?? Ade yang baik atau jinak dan ade jugak yang garang. Kalau yang garang ni zati pun takut nak dekat. Sekali dia cakar kita maunye berdarah kulit kita. Huhuhu.. Kucing jalanan ni kebanyakannya dia jinak tetapi diorang ni penakut. Yerr laa sebab tak dapat kasih sayang dan belaian manja dari manusia. Kucing pun inginkan belaian juga tau. Bukan manusia je yang selalu inginkan dibelai.

Antara yang patut korang lakukan untuk manjakan kucing ialah selalu bagi kucing makan. Kucing ni dia akan ingat siapa yang selalu bagi dia makan. Sebagai contohnya, masa zati belajar kat UiTM KB dulu ada seekor kucing ni selalu datang kat zati bila zati dok makan. Bila ada kucing datang kat kaki zati, zati pun akan bagi sedikit sisa makanan yang ada contohnya tulang ayam. Begitulah yang zati lakukan setiap kali dia datang kat meja zati makan. Pernah tau dia jalan nak ikut zati pegi kelas.. Hahaha. Tapi separuh jalan. Tak masuk dalam bangunan pun.. Dia dok main kat luar gitu je. Hihihi. Zati cakap kat dia nak pegi kelas. Mungkin dia paham la kot. Hehehe..

Kucing ni jugak suka kita gosok kepala atau leher dia. Masa tu memang dia agak menggedik laa sikit bila orang dah mula belai dia. Zati lagi suka gosok kepala dia. Sebab senang. Hahaha. Pastu kucing pun dok gesel kepala dia kat kaki kita. Kalau kucing yang gemuk pula lagi seronok gosok perut dia tapi ade setengah kucing tak suka kita gosok perut dia. Mungkin dia geli kot. Hihihi. Sambil gosok-gosok tu berbual lah dengan dia. Hahaha. Zati suka tau bercakap dengan kucing walaupun dia tak paham kita cakap tapi dia dengar. Kalau zati stress, zati lepaskan rasa stress tu kat kucing. Hahaha. Kesian kucing-kucing zati.

Selain tu jugak, selalu panggil nama kucing korang tu dengan panggilan manja. Korang letak laa pape nama kat kucing korang tu. Bila dah selalu korang panggil kucing tu dengan nama yang korang letak tu automatik dia akan tau tu adalah nama dia. Tak percaya? Zati ada kucing nama chibiusa. Panjang kot nama dia. Adik zati la tu yang letak. Haha. Tapi kiteorang selalu panggil dia dengan panggilan 'mek usa' ataupun 'usa'. Dah kucing kelate kan, kena la ada 'mek' tu kat depan. Hahaha. Zati selalu panggil dia dengan panggilan tu dan bila dia dengar je suara zati panggil nama dia, dengan pantasnya dia muncul depan zati. Baguskan kucing zati yang sekor tu. Tapi mek usa tu je laa yang zati manjakan. Yang lain kalau zati panggil buat tak tahu je. Bila nak bagi makan baru datang. Hahaha.

Ni laa Mek Usa.. hihihi

Zati harap korang yang takut nak pegang kucing tu boleh laa pratikkan apa yang zati bagitau tadi. Habis takut pun korang gosok-gosok jerr kepala dia. Jangan risau laa. Kucing tak gigitnya. Haiwan jinak takkan gigit sembarangan orang selagi kita tak kacau hidup dia. Ok laa.. babai..



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

9 komen

Write komen
Inani Hazwani
AUTHOR
September 11, 2015 at 8:01 PM delete

Kita geli dengan kucing :p

Reply
avatar
irra yyan
AUTHOR
September 11, 2015 at 8:55 PM delete

Saya tak takut kucing. Hehe

Reply
avatar
Anizz Annisa
AUTHOR
September 11, 2015 at 10:26 PM delete

tetap xberani gak..berani kasi makan je.. kite pon ade kucing yg dtg kat umah.. putih namanye.. hee

Reply
avatar
iffah hussin
AUTHOR
September 12, 2015 at 7:16 AM delete

comelnye Kucing tu.... ishhhh geram tengok

Reply
avatar
September 12, 2015 at 4:39 PM delete

kucing ok... cuma bab berak kencing dlm rumah tu tak menahan...

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
November 27, 2016 at 8:06 AM delete

Dulu mai takut kucing, tp skrg dah berjaya atasi fobia tu, alhamdulillah, jadi sayang betul dengan kucing skrg...Mai ada bnyk jugalah kat rumah ni, hahaha, nasib satu family sayang kucing.

Kucing memang takkan serang orang yang tak mengancam dia. Tu istimewanya si bulus bijak ni...

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon