Sunday, September 6, 2015

Wanita dan Emosi

Assalamualaikum. Emosi seringkali dikaitkan dengan wanita. Yer laa. Wanita ni emosi dia kadang-kadang tak stabil. Kadang-kadang dia ok. Kadang-kadang dia tak ok. Ada ketika wanita ni dia gembira, ada ketika jugak dia sedih. Sama la macam zati pun. Kadang-kadang tu bila gembira, memang gembira sangat. Tapi bila sedih hurmmm, hanya tuhan je yang tahu betapa remuknya hati. Bila sedih, mesti jadi nak fikir yang bukan-bukan. Nak fikir benda yang mengarut. Kenapa ekk? Hehehe. Dah nama pun wanita kan. Yang mana mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Jadi tak hairan laa bila seorang wanita sering beremosi ketika marahnya sebab 1 akal tak mampu nak melawan 9 nafsu. Jika zati salah, sila betolkan. Hihihi.


Tapi ni dah kenapa tiba-tiba bercerita soal emosi? Huwaaa.. Sebab sekarang macam sedikit sedih. Kenapa ekk? Hahahaha.. Biasa laa.. Perempuan. Zati ni bila sedih memang akan rasa tertekan sedikit. Kena marah mesti nak nangis. Lagi-lagi kalau kena marah tanpa kita ketahui kesalahan kita. Fuhhh. Memang nak menyirap je rasa. Tapi tak reti nak melawan. Hanya reti menangis. Mesti nak kata zati ni manja kan? Hahaha. Memang manja pun. Perempuan mana-mana pun kalau kena marah memang akan menangis jugak lagi-lagi kalau kena marah dengan orang yang tersayang. Tapi bab kena marah dengan yang tersayang memang takde pengalaman. Tak dapat nak cerita pasal tu sebab takde yang tersayang. Upsss. Hahaha.

Sama jugak kalau orang cuba jatuhkan semangat zati. Memang sakit hati sangat tapi satu je kelemahan zati tak pandai nak melawan. Diam jerr. Mungkin dah terbiasa kot. Yerr laaa.. Kecik-kecik dulu pun kalau orang ejek kita, kita diam je.. Tak reti nak balas. Tak reti nak mengadu. Memang dari kecil suka memendam. Huhuhu. Zati hanya akan bercerita pada orang yang betul-betul zati percaya je sekarang ni sebab dalam hidup ni kita memang ramai kawan tapi bukan semua orang kita boleh percaya. Zati pun kadang-kadang tak percaya jugak kat diri-sendiri. Tak percaya sama ada mampu ke tak buat sesuatu yang kita tak pernah buat.

Tapi zati ni bukan lah seorang yang mudah patah semangat. Biarlah berbakul pun orang kutuk mengata, zati wat bodoh jer... Lantak la apa orang nak kata. Hidup aku. Bukan aku susahkan orang lain pun. Kalau aku nak aku usaha sendiri. Sebab tu zati dah serik nak harapkan bantuan dari orang. zati lagi suka lakukan sendiri. Pengalaman lah yang mengajar zati semua ni. Orang yang tak tahu memang takkan paham apa yang kita lalui. Entahh. Biar lahh. Tak nak ingat dah benda-benda yang menyakitkan hati. Kita kena sentiasa pandang ke hadapan. Jangan asyik nak toleh ke belakang je. Huhuhu..

Ok laa.. Sory kalau merapu hari ni. Hahahha. Okbaiii..



5 komen

Salam perkenalan dari follower ke 665....kuatkan semangat, jangan biarkan orang buat kita sesuka hati, dan abaikan segala ejekan atau kutukan...insya Allah takde masa nak sedih2 lagi :)

Betul tuu. Biarlah orang nak kata apa,

Singgah malam sini dik...akak pula cepat sedih bila orang kutuk2 semangat akak tak kuat tapi nasib baik hubby akak sentiasa ada di samping akak bila di landa masalah...

Salam singgah jalan2 di sini dari segmen yang sama...semoga berjaya....

http://mardiahdiana.blogspot.my/2015/09/segmenbloglist-kekal-theyanaonly.html

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon