Thursday, October 1, 2015

Hello, Mr Perfect Akasia TV3

Assalamualaikum. Mencari Mr Perfect?? Tapi ada ke Mr Perfect dalam dunia ni?? Ehhh. Hahahaha.. Manusia ni takde yang perfect melainkan Allah. Hehe.. Ok. Berbalik pada tajuk asal yerr. Hello, Mr Perfect merupakan tajuk novel hasil karya Waniey Zakaria dan merupakan drama terbaru mengisi slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama Mencintaimu. Drama terbaru ini dibintangi oleh Fattah Amin, Ruhainies, Ezzaty Abdullah, Raja Afiq DFKL, Dato Eizlan Yusof, Zaidi Omar, Fiza Halim, Kay Maria, Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ammar Alfian dan ramai lagi. Fattah Amin adalah hero untuk drama ni dan Ruhainies adalah heroinnya. Kalau korang perasan kan muka heroin tu nak sama cam blogger femes Lyssa Faizureen kan. Betol tak?? Korang tengok betol-betol.. Nak sama muka diorang. Hihihi..  Zati pun tengok episod 1 semalam sebab memang minat kat Fattah Amin tu. Jadi rasa nak tengok tu ada laa jugak walaupun tak pernah baca novel ni. Hehehe.. Jom selongkar sinopsis Hello, Mr Perfect!


Hello, Mr. Perfect! mengisahkan mengenai Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

Mesti korang pelik kan. Yelaa, si adik tak boleh langkah bendul sebab si abang tak kawen lagi. Kalau kakak tu boleh terima lahh jugakk tapi ni abang.. Lelaki ok. Peraturan baru. Pasni ramai la nak buat camni kan. Yer dokkk?? Hahaha.. Si abang pulak ego gilerr sampai tak nak kawen dan tak percayakan perempuan sebab pernah dikecewakan oleh bekas kekasih. Kesudahannya kita tengok je laaa nanti camne.. Hehehe.. Okbaiii...

2 comments:

  1. memang Layan... Hello Mr Perfect, tapi tengok On line jer....

    Bonde tag Zati...:
    http://www.bondezaidalifah.com/2015/10/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete
  2. wah ... tetiba ada nama lyssa dalam entri ni .hahahhaa

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)