Tuesday, October 6, 2015

Jangkitan Feline Parvovirus Pada Kucing

Assalamualaikum. Hai evelibodi. Hari ni mulakan hari anda dengan senyuman. Hehehe.. Korang ingat lagi tak zati penah bagitahu kucing zati hilang. Tak ingat? Atau pun tak tahu? Boleh rujuk entry SINI.. Hehehe.. Alhamdulillah, kucing zati dah balik. Betapa gembiranya zati bila tengok dia balik tapi masa dia balik tu keadaan dia sangat tidak bermaya dan lesu. Bila zati nak bagi dia makan pun dia tak nak. Risau dan pelik. Masa tu zati fikir mungkin dia termakan haiwan beracun sebab dia memang suka makan benda yang mengarut ni. Hehehe.. Bila diaa balik tu teruss zati kurung dia dalam bilik dan tak bagi keluar sebab takut dia lari lagi. Risau weiii.. Tak pasal-pasal menangis tak berlagu lagi laa aku jawabnya. Hehehe.




Keesokannya ayah bawak si chusaa ni pegi vet sebab kita pun tak pasti dia sakit apa. Rupanya dia bukan keracunan tapi dia terkena jangkitan Feline Parvovirus (FPV) atau pun sejenis ulser pada mulut kucing yang menyebabkan si kucing hilang makan, lesu, monyok dan mulut berbau. Dan sememangnya zati perasan bila mulut si chusaa ni berbau lain macam je. Rupanya dia terkena jangkitan tu. Doktor Vet tu bagitahu, jangkitan yang terkena pada si chusaa ni boleh menyebabkan kematian dan kemungkinan pada hari dia menghilangkan diri tu dia pegi mencari penawar kot. Cuba nak ubatkan dia. Tak sangka si chusaa ni masih kuat dan mampu pulang ke rumah semula. Bila dah bawak pegi vet, memang kena cocok la si chusaa ni dan Alhamdulillah sekarang sudah menunjukkan respon yang positif dan sudah mahu makan. 

Betapa leganya zati bila tengok dia sekarang dah ok dan mula menunjukkan tanda nak bermanja kembali. Hehehe.. Cuma sekarang ni kena sentiasa bagi dia makan ubat la untuk memastikan dia kembali pulih seperti sediakala. Sayang wooo kucing ni sebab dia kucing yang baik dan tak buat perangai. Terima kasih pada korang yang mendoakan semoga si chusaa ni balik dengan selamat. Jasa korang amatlahh zati hargai. Haaaa, buat korang yang ada masalah macam kucing zati ni tolong cepat-cepat bawak dia pegi vet supaya penyakit dia tak berlarutan sebab penyakit ni boleh membawa kematian pada kucing anda.. Ok lahh.. Babai..


4 komen

Zati, kucing mcm ni lah.. kalau dia hilang, maknanya dia sakit, selalu dia menyendiri je... sian dia.. nasib baik zati bawak gi jumpa doc cepat kan.. kasi minum air kelapa sekali sekala untuk bg dia tenaga

bahaya juga kan kalau kucing kena macam ni. dia dah la tau mengiau je. mmg kita xtau la pe sakitnya. tapi alhamdulillah chusaa dah okay and dah balik

comelnyaaa kucing kak jati.moga cepat sembuh syggg

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon