Tuesday, October 20, 2015

Jodoh Itu Rahsia Allah

Assalamualaikum. Topik jodoh ni sentiasa hangat diperkatakan oleh golongan muda-mudi sekarang. Bila bincang pasal jodoh atau pasal kawen, mesti akan meleret-leret lah. Dari situ jugak berbagai pendapat yang timbul kerana masing-masing ada pendapat tersendiri. Sama la jugak macam aku. Aku juga ada pendapat aku sendiri dan aku juga ingin dapatkan jodoh yang terbaik dalam hidup aku. Namun begitu, adakah aku layak untuk mendapat jodoh yang terbaik dalam hidup? Sedangkan aku hanyalah insan yang masih merangkak untuk menjadi yang terbaik. 





Ada orang mengatakan pada aku yang aku ni terlalu memilih dalam mencari soal jodoh sebab tu sampai sekarang dok single je lagi. Hahaha.. Adakah aku memilih?? Perlukah memilih? Jawapan aku adalah yesss.. Memang aku memilih tetapi bukan memilih dari segi paras rupa tapi aku memilih seseorang dari segi hati mereka. Maksudnya, adakah mereka betul-betul ikhlas untuk bersama aku? Terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri aku. Ringkasnya adalah yang penting bagi aku adalah keikhlasan serta kejujuran. Aku tak sanggup orang mempermainkan hati dan perasaan aku lagi. Secara jujurnya memang aku serik nak percaya pada cinta seorang lelaki. Fuhhh. Hahaha.. Bukan aku tak percaya atau bencikan lelaki tapi aku perlu pastikan yang aku takkan dimainkan lagi. Serikk weiii. Kalau korang pun mesti serik jugak. Mesti sakit kan perasaan kita dimainkan oleh orang yang kita sayang. Samalah jugak aku pun. Jadi, pada aku istilah memilih itu perlu ada dalam diri aku. Aku harus pastikan yang aku tak salah pilih. Secara jujurnya juga, bukan mudah untuk aku bukak pintu hati aku ni.

Aku pun bukan mengharap seorang lelaki yang ustaz atau pun para agama tetapi cukuplah lelaki itu cukup solatnya dan mampu membimbing aku seorang insan yang lemah ini. Mencari yang terbaik itu memang perlu dan kita juga haruslah bersedia untuk jadi yang terbaik jika ingin dapatkan jodoh yang terbaik. Kerana jodoh kita adalah cerminan diri kita. Apa yang penting adalah doa. Berdoa lah semoga kita dikurniakan jodoh yang baik yang mampu membimbing keluarga untuk ke syurga.

Haaa sebelum terlupa. Hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan ayah dan mak zati yang ke 26 tahun. Semoga ikatan suci terus berpanjangan sehingga ke syurga. Terima kasih sebab menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak mu. I love my family.. Ok..babai..


16 komen

ASSALAMUALAIKUM..morning atie..

jodoh eh??? hot ni..hehheehhe..

akak bertemu jodoh dgn sepupu sendiri dik.. :)

amin...moga bertemu suatu hari nanti

insyaÁllah....
jodoh itu pasti...
cuma kita kena sabar dlm memilih yg terbaik... :)

Insya-Allah..aamin.. Betul jodoh adalah rahsia Allah SWT.

betul. tu rahsia ALLAH. sampai mse nnti jumpe lah tu

masa berkawan kena laha tanya ..solat cukup ke idok?? kawan dengan lelaki yg baik-baik, insyaallah dapat berjodohan lelaki baik.

betiul Jodoh itu rahsia dia..Insyaallah akk doakan Zatie dapat jodoh yang sesuai ;)

In sha allah satu hari nanti akan ditemukan jua dengan orang yang betul2 boleh jadi Imam :)

betul tu sama-sama Doakan untuk Zatie, moga dapat jodoh yg baik...kan Yanie :)

kene tanya betul tu... jangan malu2 nak tanya tau!

InsyaAllah satu masa dan ketika ..akan datang jodoh yg baik2 utk zatie...teruskan berdoa semoga yg datang nnt insan yg boleh bimbing zatie dunia akhirat ya sayang..insyaallah aamin aamin

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon