Salam Maal Hijrah 1437H

1:40:00 AM
Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam pada tarikh 14 Oktober 2015 kita sudah pun memasuki tahun baru 1427 Hijrah. Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog buruk zati ni. Uhukkk. Dah banyak hari tak update blog maklumlah baru nak mula kerja. Hehehe. Alhamdulillah zati dah dapat kerja tapi kerja biasa sahaja. Tu pun syukur dah ada orang nak ambil zati jadi pekerja. Hehehe.. Tak kisah la kerja apa pun yang penting halal. Yer dakkk dan yang pentinv jangan nak memilih walapun kau ade degree sekalipun. Kerja lah apa saja asalkan dapat membuahkan hasil. Bukan asyik dok kat rumah je. Membuta. Opsss. Hahahaha...



Ok lahhh. Sempena tahun baru hijrah ni, korang ada azam baru tak? Hehehe.. Zati takde azam baru. Bawa yang tahun lepas punya azam. Hahaha.. Walau apa pun azam korang sekalipun, tanamkan dalam diri untuk terus maju kehadapan dan sentiasa berusaha untuk berubah ke arah pemikiran yang positif. Bukan asyik nak pikir negatif je memanjang. Dan yang paling penting ialah korang jugak harus membuang segala sifat buruk seperti hasad dengki, iri hati serta takabbur dalam diri dengan menanam sifat-sifat yang menjurus ke arah kebaikan. Zati gitau ni pun peringatan untuk diri zati jugak. Kita sama-sama saling mengingati.. Hehehe.. 

Oklahh korang.. Tak nak bebel panjang dah.. Babai...


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
PeRdU cINta
AUTHOR
October 15, 2015 at 10:35 AM delete

Salam maal hijrah..kerja elok elok..jaga diri..

Reply
avatar
anajingga
AUTHOR
October 15, 2015 at 1:20 PM delete

salam dua muharam dah hari ni zatie, jaga diri baik-baik ye sayang :)

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon