Monday, October 26, 2015

Sampaikan Rindu

Assalamualaikum. Mood malam ni asyik nak dengar lagu jiwang je. Adakah hati kembali berbunga? Jeng jeng. Hahaha. Hati sedang merindukan kampung halaman nun jauh di sana. Alahai. Baru 2 minggu zati oiii jadi anak perantau. Kata hati sado.. Hahaha.. Sebenarnya takde la sado sangat pun. Biasa-biasa je. Ada ketikanya kita akan merasakan hati dan jiwa kita seperti sukar nak lalui sesetengah perkara. Hehe. Zati ok je. Tak payah risau laa. Hepy keje kat sini. Hehehe. 

Tapi kenapa tajuk Sampaikan Rindu? Nak Sampaikan Rindu kat sape yer? Ehemmm. Rahsia. Wekkk. Hahaha.. Sampaikan Rindu ni tajuk lagu laa. Lagu Sampaikan Rindu ni adalah nyanyian dari Izzue Islam duet bersama Sharifah Sakinah yang merupakan OST bagi drama Bunga Merah Punya yang pernah ditayangkan di TV9 beberapa tahun lepas. Tahun bila zati pun dah lupa. Tapi masa tu Izzue belum kawen lagi kot. Hehehe.. Suka dengar lirik lagu ni. Mendayu sangat dan suara Sharifah Sakinah pun best masa nyanyi lagu ni. Korang kenalah dengar yerr. Ok.. Meh zati kongsikan sikit lirik lagu ni yerr. Hehe.



Lirik lagu Sampaikan Rindu

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di mana dirimu

Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti
Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti

Usah di tangis lagi
Usah di rindu lagi
Pasti kita bertemu nanti

Usah di tangis lagi
Usah di rindu lagi
Pasti kita bertemu pasti

Best tak lirik dia? Hanya jiwa yang merindu je memahami lirik ni. Cewahhh. Hahaha. Korang jangan tanya zati rindu sape sebab memang takkan bagitahu pun. Hahaa. Biarlah rahsia.. Hehehe. Zati tak reti nak ucap rasa rindu pada seseorang. Cukuplah melalui lagu dan doa je. Hihihi. Sweet tak? Mohon jangan muntah. Hahahaha.. Korang layan video lagu kat bawah yerr.. Oklahhh. Babai.. 




7 komen

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon