Akulah Balqis

9:03:00 PM
Assalamualaikum.. Haiii semua. Semalam drama Hello Mr Perfect habis dah. Sape tengok? Rasanya cam ramai je tunggu cerita tu. Ye dakkk? Hehe. Zati tengok kejap je. Yang akhir tu tak sempat nak tengok. Solat maghrib nakkk oiii. Hehe. Ampunnn. Huhu.. Tamatnya Hello Mr Perfect semalam sudah tentu ada drama baru kan. Drama terbaru yang mengisi slot Akasia kali ni ialah Akulah Balqis. Drama ni bukan dari novel yerr. Jangan dok cari novel la pulak ekkk. Hehe.. Akulah Balqis menampilkan adik Puteri Balqis selaku pelakon utama di samping Nabila Huda, Aeril Zafrel, Nazim Othman dan Nadia Brian. Zati sempat jugak tengok episod pertama hari ni dan ternyata tidak mengecewakan. Episod pertama pun dah berjaya buat kita ni banjir air mata. Sedih bebbbb. Lakonan adik Balqis memang tidak mengecewakan. Lagu Semua Tentang Kita nyanyian Asfan merupakan lagu tema bagi drama ni dan lagu ni jugak adalah lagu kegemaran zati.. Hehe.. 




Akulah Balqis’ mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup.

Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafrel) dan Seri (Nabila Huda) sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis.

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba, satu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya.

Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana? 

Jangan lupa untuk saksikan drama Akulah Balqis di Slot Akasia TV3 pada jam 7.02 malam. Pastinya drama ni sarat dengan kisah pengajaran yang patut di jadikan iktibar untuk kita semua. 

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
Sheila Adziz
AUTHOR
November 18, 2015 at 9:16 PM delete

x dan nak tgk citer.... semua best...

Reply
avatar
kak gojes
AUTHOR
November 21, 2015 at 3:15 PM delete

episod 1 dah buat kita rasa nak nagis sama...bagus pelakon cilik Puteri balqis ni

Reply
avatar
aswaleyla
AUTHOR
November 24, 2015 at 11:43 AM delete

kita suka balqis tu belakon. real sangat

Reply
avatar
December 17, 2015 at 8:07 PM delete

lakonan puteri balqis memang trbaik

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon