Izzati Suhaide

A Malaysian Lifestyle Blogger

Monday, November 9, 2015

Anugerah Skrin 2015

Assalamualaikum. Selesai sudah tirai Anugerah Skrin 2015 untuk tahun ni. Zati pun tak melepaskan peluang untuk menonton anugerah yang berprestij ni. Boleh dikatakan pemenang untuk tahun ni memang tak di jangka laa. Tu bagi zati laa. Bagi anda yang menontonnya zati tak tahu laa.. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Ye dakkk? Hehehe. Anugerah Skrin 2015 kali ni telah di acarakan oleh Fara Fauzana dan Awie yang mana satu gabungan agak berlainan. Jika tahun lalu Fahrin Ahmad yang menjadi hos utama anugerah ini tetapi kali ni telah dihoskan oleh Fara Fauzana bersama Awie. Bagi zati la kan, tak berapa gempak sangat. Tak meriah. Macam tak ceria pun ada jugak. Hehe. Tapi Fara Fauzana memang best. Dia sememangnya antara pengacara yang zati kagumi.



Gimik pembukaan Anugerah Skrin 2015 telah dipersembahkan oleh barisan pelakon-pelakon hebat iaitu Engku Ismail, Fathia, Remy Ishak dan Nabila Huda. Bermula dari sebuah video sehingga lah belakang pentas seterusnya ke pentas Anugerah Skrin 2015. Persembahan pembukaan ni memang ada sedikit kelainan. Kreatif. Persembahan ni jugak barisan pelakon tu menyanyi ok. Bukan senang nak tengok pelakon ni bernyanyi jugak. Yerr laa.. Sebelum ni kita hanya tengok mereka berlakon kat tv je kann. Kali ni secara live mereka nyanyi kat Anugerah yang besar macam tu.

Persembahan yang menarik perhatian zati semestinya persembahan Teater Muzikal Mak Cun live di pentas Anugerah Skrin 2015. Persembahan yang cukup bertenaga oleh Erma Fatima, Ummi Aida dan Balqish. Paling best bila Erma Fatima nyanyi lagu tema Mak Cun. Hahaha.. Yang tu memang gempak gilerr. Antara persembahan yang menarik perhatian zati jugak adalah dari Project Band iaitu hasil gabungan Izzue Islam, Engku Ismail, Amir Jauhari, Marsha, Ayda Jebat, Toi, dan Zahiril Adzim dengan membawa lagu Khayalan. Persembahan yang cukup mantap dan bertenaga dari mereka. Lagu Khayalan tu lagu feveret zati kot. Harus lah nyanyi sama kan. Hahahaha..  Datin Alyah bersama Fauzi Nawawi, Liyana Jasmay, Ogy Ahmad Daud dan Khir Rahman bergabungan bagi persembahan penutup dengan membawakan lagu Gemilang sebagai mengiktiraf para pemenang yang memenangi dan pernah mendapat Anugerah Skrin sebelum ni. Fauzi Nawawi nyanyi tu yang menarik perhatian sikit. Suara dia rockk ok...hahaha.. Yang zati bagitahu pasal persembahan tu yang best bagi zati je. Yang lain ok laa.. Boleh laa.. Zati pun tak tengok sangat persembahan lain tu. Hehehe..

Pape pun tahniah buat semua pemenang terutama Drama Hidayahmu Ramadan yang memenangi Drama Rantaian Terbaik. Zati memang dah agak drama ni akan menang sebab jalan cerita dia memang best dan banyak pengajaran dari drama ni. Drama feveret ayah zati ni. Hehehe.. Haaa, Beto Khusyairi jugak
menang bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem untuk filem Gila Baby. Dia memang layak menang. Lakonan dia memang best. Zati suka tengok lakonan dia. Tapi filem Gila Baby tu zati tak tengok lagi. Hihihi.. Nanti la zati tengok yerr. Hehe.. Nak tahu lagi senarai pemenang? Zati sediakan khusus untuk anda yang terlepas menonton Anugerah Skrin 2015. Hehehe..

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2015.
Filem Terbaik: Lelaki Harapan Dunia
Pengarah Terbaik: Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Pelakon Lelaki Terbaik: Beto Kusyairy (Gila Baby)
Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Dendam Orang Mati)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sharnaaz Ahmad (Gila Baby)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ayu Raudhah (Lagenda Budak Setan 3: Kasyah)
Lakon Layar Terbaik: Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Drama Terbaik: Lorong Kecil Ke Syurga
Pengarah Terbaik: Raja Mukhriz (Lorong Kecil Ke Syurga)
Pelakon Lelaki Terbaik: Amar Asyraf (Dari Pintu Neraka)
Pelakon Wanita Terbaik: Sara Ali (Hak)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Izuan Fitri (Penyabong)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Raja Ilya (Lorong Kecil Ke Syurga)
Videografi Terbaik: Penyabong (Jamaludin Yaacob)
Lakon TV Terbaik: Joe Sidek (Lorong Kecil Ke Syurga)
Penyunting Terbaik: Akashdeep Singh (Lorong Kecil Ke Syurga)
Drama Rantaian Popular Media Sosial: Rindu Awak 200% (Creative Skill Solution Sdn Bhd)
Drama Rantaian Komedi Terbaik: Rubber Band (Balang Rimbun Sdn Bhd)
Drama Rantaian Terbaik: Hidayahmu Ramadan (Primeworks Studios Sdn Bhd)
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik:Welcome To The Rail World (Mohd Zahir Zainuddin)
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Wanita Hari Ini: Banduan Akhir (Hazrena Mohamed Kassim)
Rancangan Hiburan Terbaik: The Gadabout Barber (Krishna M. Pathmasingam)
Rancangan Realiti Terbaik: Mentor Legend: Konsert Akhir (Ahmad Shaifullizam Arshad)
Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 29 (Roslina Abdul Rahman)
Laporan Khas Berita Terbaik: Berita Nasional 5: Kondosom Guhod (Farizie Morinding)
Anugerah Teknikal:-Suntingan Terbaik: The Gadabout Barber
Videografi Terbaik: Hip Hoppin’ Asia: The Saga Continues
Penataan Bunyi Terbaik: Mentor Legend: Konsert Akhir
Penataan Cahaya Terbaik: Anugerah Juara Lagu 29
Rekabentuk Set Terbaik: Mentor Legend: Konsert Akhir
Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 29

Tahniah sekali lagi buat semua pemenang. Semoga kemenangan ini akan menjadi pendorong buat penggiat seni untuk menghasilkan lebih banyak filem dan drama yang berkualiti dan berjaya menyampaikan nilai-nilai murni di dalam hasil karya mereka.. 

2 comments:

  1. tumpang lalu
    side income
    safe, easy & free
    register then login
    http://parttimeduty.com/index.php?ref=80808

    ReplyDelete
  2. side income
    safe, easy & free
    register then login
    http://parttimeduty.com/index.php?ref=80808

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)