Yus Jambu Meninggal Dunia

10:45:00 AM
Assalamualaikum. Pagi ni kita semua dikejutkan dengan berita kematian pelakon dan pelawak yang hebat Yusri bin Edo ataupun lebih dikenali dengan panggilan Yus Jambu atau Pak Yus akibat sesak nafas. Zati pasti ramai yang tidak percaya dengan berita kematian Pak Yus ni kan. Sama la zati pun. Pagi ni zati bukak whatsapp dan ada memaklumkan Pak Yus telah meninggal dunia pada jam lebih kurang 12.15 tengah malam di Hospital Selayang. Semalam zati tidur awal sikit. Jadi tak tahu la perkembangan lewat tengah malam.. Hehe..



Kita semua pasti akan merindukan lawak jenaka beliau. Zati suka tengok lawak jenaka Pak Yus walaupun kadang kalanya banyak yang merapu tetapi lawaknya mampu membuatkan kita tertawa. Setiap kali tengok Maharaja Lawak Mega ataupun Super Spontan, pastinya lawak dari Pak Yus amatlah ditunggu. Kehilangannya pasti dirasai oleh semua peminat genre komedi terutamanya. 

Jika anda selalu mengikuti persembahan lawak Pak Yus, pasti akan mengingati trademark beliau. "kemon" "manchester city" "yaya torae" dan macam-macam lagi lah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan yang beriman. Al-Fatihah.. 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Amanda Suria
AUTHOR
November 30, 2015 at 11:18 AM delete

Speechless...terkejutnya...

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon