Akulah Balqis Episod Akhir

9:46:00 PM
Assalamualaikum.. Ramai pulak dok komen kat facebook zati tanya macam mana ending Akulah Balqis hari ni. Hahaha. Tak sangka ramai jugak yang terlepas tengok episod akhir hari ni. Hari ni tamatlah sudah drama Akulah Balqis di slot Akasia TV3. Bermakna esok dah mula cerita baru la kan. Tapi zati bukan nak cerita pasal drama terbaru yang menggantikan drama Akulah Balqis. Zati nak cerita lah sikit macam mana episod akhir hari ni. Episod akhir hari ni memang sweet sangat ok. Cerita cinta lain pun takde la sweet macam episod akhir drama Akulah Balqis ni. Hehehe..


Akulah Balqis Episod Akhir- Milda mulai sedar yang Balqis lebih memerlukan ibu dan ayah kandungnya dan memahami situasi yang dialami oleh keluarga kandung Balqis bila mereka terpaksa berpisah dengan Balqis. Milda menyedari akan hakikat itu selepas dia merasakan sendiri bagaimana kehilangan anak dalam kandungannya akibat dia mengalami keguguran. Milda cuba berbincang dengan Adi agar menyerahkan kembali Balqis kepada keluarga kandungnya. Pada mulanya Adi tidak bersetuju untuk menyerahkan kembali Balqis kepada keluarga kandungnya kerana dia sangat menyayangi Balqis seperti anak kandungnya sendiri. Namun, Milda cuba menasihati Adi agar dia sedar akan hakikat sebenar bahawa Balqis bukanlah anak kandung mereka dan keluarga kandung Balqis lebih berhak ke atas Balqis. Balqis yang terlalu merindukan ibu dan ayahnya berharapa agar Adi dan Milda membenarkannya untuk kembali ke pangkuan keluarga kandungnya.

Adi dan Milda menghantar Balqis pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya. Mereka terkejut apabila melihat Seri yang terbaring akibat lumpuh selepas mengalami kemalangan. Mereka seperti dihimpit perasaan bersalah kerana tidak memulangkan Balqis sewaktu Seri dan Yamin mencari Balqis. Yamin dan Seri tidak menyalahkan Adi dan Milda kerana mereka memahami yang Adi dan Milda sangat menyayangi Balqis. Mereka sedar yang mereka tidak mampu memberi kemewahan pada Balqis seperti mana Adi dan Milda lakukan. Yamin membenarkan Balqis untuk tinggal bersama Adi dan Milda. Maknanya Balqis boleh bergilir-gilir lah nak tinggal dengan siapa. Yang ni memang tersentuh sangat. Zati tengok pun rasa nak menangis. Hehe.. Sweetnya ending drama ni bila akhirnya Milda melahirkan seorang anak lelaki dan mereka ambil gambar bersama. Hehehe. Mereka menjaga dan menyayangi Balqis seperti anak kandung mereka sendiri.

Jalan cerita drama Akulah Balqis ni penuh dengan pengajaran. Jika sebelum ni Adi dan Milda hidup mereka seperti terumbang-ambing dan penuh kelalaian tetapi selepas kehadiran Balqis dalam hidup mereka telah banyak merubah kehidupan mereka suami isteri. Zati harap anda berpuas hati lah dengan story zati ni. Jangan marah yer korang sebab aku citer dalam blog. Hahahaha.. Okbaiii.. 

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
Ainul Mustafa
AUTHOR
December 30, 2015 at 8:48 AM delete

tak pernah tengok cite ni. nampak menarik tapi dah habis dah.huhu

Reply
avatar
adianiez AIDA
AUTHOR
December 30, 2015 at 1:58 PM delete

aida suka ending nyer.
aqish dpt 2 parents.
semua aman. kerjasama...
maaf memaafkan... alhamdulillah.

Reply
avatar
yaya cendana
AUTHOR
January 7, 2016 at 10:05 AM delete

assalamualaikum...yaya dah follow sini....follow back yek...
mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

tq ^_^

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon