Wednesday, December 9, 2015

Hati Seorang Perempuan

Assalamualaikum. Perempuan ni dikenali dengan sifatnya yang lemah lembut, manja, sopan dan mudah tersentuh hati. Ada juga perempuan yang mempunyai sifat keras hati, degil dan ego tetapi walaupun memiliki sifat-sifat begitu perempuan takkan lepas dari sifat manjanya yang semula jadi yang ada dalam diri mereka. Perempuan ni walau garang laa macam mana pun, manja dan lembut hati dia tu pasti ada punya. Kadang-kadang orang lelaki ni bukannya dia tahu bila masa perempuan tu merajuk ke marah ke apa ke. Haihhhh.

Kekuatan perempuan adalah pada kesabarannya. Dia takkan mudah mengalah untuk mempertahankan orang yang dia sayang.
Nanti jika kesabarannya hilang, pasti dia akan 'marah'. Jika marah dia pendam, pasti dia akan 'menangis'..
Jangan biar dia menangis, kerana ketika air matanya menitis, sebahagian jiwa pergi bersama air mata itu. Jiwa yang mungkin takkan kembali.



Itu lah perempuan. Tak lepas dari air mata. Dia gembira pun menangis, dia sakit pun menangis, rindu pun menangis dan kalau dia dalam kesedihan memang sah-sah la dia akan menangis. Sanggup ke lelaki sakiti hati seorang wanita yang begitu tulus sayangkan anda? Cuba fikir baik-baik. Seorang perempuan yang pernah kecewa, takkan begitu mudah menyerahkan hatinya pada sembarangan lelaki tetapi jika dia sudah betul-betul bersedia untuk membuka pintu hatinya dia sedia menerima seorang lelaki itu walau macam mana perwatakan lelaki tersebut. Jadi, tolonglah hargai perempuan seperti itu. Tu pun susah ke? Dia tak mengharapkan wang ringgit ataupun harta benda cuma yang dia harapkan adalah kasih sayang dan perhatian. Itu sahaja. Takkan tu pun rasa susah. 

Perempuan ni hati dia nipis je. Senipis kulit bawang. Sekali terluka bukan mudah nak pulih. Makan masa. Perempuan yang mempunyai sifat peribadi yang lembut, penyayang dan baik hati ni akan lagi mudah rasa terluka. Tolong lahh paham. Haihhh. Dia takkan cakap dia sakit hati sebab dia tak sanggup nak bergaduh dengan orang dia sayang. Lagi baik dia simpan dan pendam sorang diri. Tidakkah itu menyakitkan? Yesss, memang sakit. Sakit sangat. Menusuk oiii. Jangan ambil mudah. Bila seorang perempuan tu dah 'move on', anda akan nampak perubahan dalam diri dia. Mungkin dia akan jadi keras hati, degil dan ego. 

Cubalah selami hati perempuan ni baik-baik. Jangan cepat nak mengalah bila orang kesayangan anda tu merajuk ke nangis ke. Cuba pujuk elok-elok. Cakap baik-baik. Jangan main sembur je. Perempuan ni kasar la macam mana pun dia tetap mahu di layan dengan lembut dan halus. Lebih-lebih lagi dengan orang yang dia sayang. Paham ke tak ni? Hishhh.. Oklahhh. Babai.. 


7 komen

ada betulnya...sama juga seperti hati seorang ibu...agak lembut....

Btul sangat..hm...hm...sila fahami hati kami :)

Bukan senang nak pulihkan balik jiwa yang hilang tu.. ;)

perempuan ~ dlm lembut ada kerasnya.
dlm senyum ada marahnya.
dlm diam ada guraunya...
lelaki kena faham :)

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon