Tuesday, December 1, 2015

Hello Disember

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan akhir bagi tahun 2015. Kejap je masa berlalu dengan begitu pantasnya. Bulan depan dah masuk tahun baru. Tahun 2016. Hihihi.  Tapi zati tak nak buat throwback lagi.. Tunggu nanti akhir bulan baru zati buat throwback untuk tahun 2015. Jadi kena laaa tunggu dan sabar yerr adik kakak sekalian.. Hikhikhik..


Namun begitu, seperti yang anda semua tahu bila dah masuk hujung tahun ni cuaca mula tidak menentu. Ada ketikanya hujan dan ada ketikanya cuaca panas. Jadi, jagalah kesihatan sebaiknya yerr. Jangan asyik dok main hujan je. Sekarang pun Kelantan dah pun mula hujan dan persediaan untuk menghadapi banjir juga sudah pun dilaksanakan. Cuma apa yang kita harapkan tahun ni, Kelantan tidak akan mengalami banjir besar seperti tahun lepas. Kalau mengikut pengalaman zati sendiri, memang trauma jugak laa bila setiap kali hujan lebat dan air memenuhi kawasan rumah. 

Haaa, hari ni jugak adalah birthday kawan zati tau. Selamat hari lahir buat kawan baik ku Normal Azrina. Semoga panjang umur, murah rezeki, hidup dilimpahi rahmatNya dan cepat kawen. Hahaha.. Terima kasih sebab sudi jadi kawan kite, tolong bila kite susah dan mohon maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan kita. Semoga ikatan persahabatan kekal ke jannah. Sayang Inaa.. Hihihi.. 


Disember, tolong jangan buat saya sedih dan nangis tau. Jaga hati saya ok..hahaha.. Okbaiii..



4 comments:

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)