Kenangan Terindah 2015

11:57:00 PM
Assalamualaikum. Kejap je masa berlalu. 2015 sudah sampai ke penghujungnya. Banyak memori tercipta sepanjang tahun 2015 ni. Ada memori terindah ada juga memori yang tak berapa nak indah. Pendek kata ada juga la sesuatu yang buat zati sedih tu. Tipu lah kan kalau takde. Ada juga peristiwa yang tak terduga dalam hidup zati sepanjang tahun ni. Tapi apa yang boleh zati katakan perjalanan hidup untuk tahun ni Alhamdulillah ok semuanya. Tak banyak sangat perkara sedih cuma jatuh tersungkur menangis meraung tu ada laa sikit. Maklumlahh, tahun 2015 ni merupakan tahun pertama buat zati untuk belajar menjalani kehidupan selepas tamat belajar. Tiada lagi status seorang pelajar. Status seorang penganggur ada laa. Jadi untuk entry kali ni zati nak buat sedikit throwback sepanjang perjalanan hidup zati untuk tahun 2015 ni. 


Permulaan awal tahun 2015 sedikit meruntun jiwa. Pasti anda masih mengingati peristiwa banjir yang melanda Kelantan akhir tahun 2014 yang lepas. Zati sambut tahun baru kat hospital. Kalau nk di ingatkan balik waktu tu memang nak menangis sebab tak sanggup dok hospital lama-lama. Padahal bukan zati yang sakit tapi mak saudara zati. Nak balik ke rumah sendiri pada waktu keadaan rumah belum mengizinkan untuk kami pulang ke rumah. Jadi, bertabah lah zati tinggal kat hospital tu selama seminggu. Dah dapat pulang ke rumah kena bertungkus lumus siapkan report akhir untuk habiskan degree. Yang ni memang mencabar mental dan fizikal zati. Bersengkang mata jugak untuk siapkan report akhir tu. Maunya menangis tak berlagu zati waktu tu. Tapi harus di tahan juga. Paksa kuatkan hati sebab itu adalah perjuangan akhir zati sebagai seorang pelajar. Lepas tu zati dah bebas. Yeayyyy. 

Tamat belajar mestilah kena berusaha cari kerja pulak. Macam-macam interview zati cuba tapi nasib tak menyebelahi zati. Mungkin belum rezeki belum berpihak pada zati tapi zati tak putus asa. Cuba lagi dan cuba lagi. Sampai la nak masuk bulan Ramadhan pun masih belum dapat kerja. Jadi masa tu zati putuskan untuk berehat seketika mencari kerja. Goyang kaki la dok rumah. Makan minum mak ayah tanggung tapi masa tu memang tertekan jugak la sebab masih belum mampu nak bantu keluarga. Huhuhu.. 

Kenangan terindah juga tahun ni adalah zati dapat join Kelab Blogger Ben Ashaari dan berpeluang menyertai program bersama mereka. Memang zati dah lama teringin nak join KBBA. Dari zati mula berjinak-jinak dengan dunia blogger lagi zati dah pasang angan-angan nak join tapi masa tu belum ada rezeki. Paling penting mestilah dapat jumpa Ben Ashaari..hahaha.. Tolong jangan gelakkan kite ok. Hehe. Malu pulak nak publish entry ni. Ehhh. Hahaha..



Mana-mana yang takde dalam gambar tu bukannya anda tidak penting. Penting jugak tapi gambar banyak hilang dah. Laptop rosak. Masuk hospital. Sesetengah gambar je masih ada dalam fon zati. Huhuhu. Kenangan terindah juga apabila zati berjumpa seseorang yang berjaya buat zati lupakan kenangan silam tapi tak nak tunjuk gambar jugak. Biarlah rahsia. Cukuplah ini sahaja hint yang zati bagi. Walaupun gambar awak tak terselit kat situ tapi gambar awak terselit dalam hati saya. Ehh. Hehehe.. Ok lahhh. Selamat Tahun Baru. Jumpa lagi untuk entry tahun depan. Babai..

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
Inani Hazwani
AUTHOR
January 3, 2016 at 11:23 AM delete

Semoga 2016 lebih banyak momen terindah :D

Reply
avatar
Fyda Noh
AUTHOR
January 5, 2016 at 12:15 AM delete

Selamat tahun baru..
Tahun 2015 tinggalkan sebagai kenangan & pengajaran..
Cipta lebih banyak memori indah tahun 2016 :)

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
January 8, 2016 at 2:51 PM delete

alaaaa... join KBBA je ke yang best.. join EFG tak best ke...??
*flip-flip shawl*

hehehehehee... :)


p/s : nak jugak tgk gambar si dia yang terselit di hati tu.. ewahh.. ewahhh..!! :p

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon