Friday, December 25, 2015

Novel- Cinta Si Wedding Planner

Assamualaikum. Macam dah lama tak review novel kan. Jadi hari ni zati nak review satu novel yang baru je zati habiskan membaca setelah berbulan-bulan zati beli. Hahaaha.. Sebenarnya novel ni pun bakal diadaptasi ke drama dan akan ditayangkan di TV3 tak lama lagi. Novel kali ni adalah Cinta Si Wedding Planner hasil karya dari Dhiyana. Novel ni pun sebenarnya macam novel-novel yang sebelum ni. Berkahwin atas dasar pilihan keluarga dan bercinta selepas kahwin.. Hehe..


Cinta Si Wedding Planner mengisahkan Zara seorang wedding planner yang terpaksa melupakan cinta hatinya Bazli selepas mengetahui bahawa mereka bukanlah ditakdirkan untuk hidup sebagai suami isteri. Bazli sukar untuk menerima kenyataan yang bahawa Zara tidak akan menjadi miliknya tapi bakal menjadi milik orang lain. Zara terpaksa menerima Fariz bekas tentera yang berhati batu sebagai suami  selepas mendapat pinangan dari Puan Marina iaitu mama Fariz yang sangat menginginkan Zara menjadi menantunya walau dalam hatinya tiada rasa cinta buat Fariz. Fariz sentiasa berusaha untuk memiliki Zara. Setelah 6 bulan berkahwin, usaha Fariz akhirnya membuahkan hasil dan berjaya memiliki hati Zara. Namun pada saat mereka baru mula mengecapi kebahagiaan, cinta pertama Fariz iaitu Shira atau Nadia Zainal muncul untuk menghancurkan bahtera yang baru mereka bina. Zara tidak mengetahui tentang perihal Nadia Zainal itu adalah cinta pertama Fariz sehingga Fariz membuat pengakuan tentang itu. Hati Zara bagaikan ditusuk sembilu apabila mendengar pengakuan dari Fariz. Zara rela mengundur diri dan membawa hati yang luka ke Auckland dimana tempat kakak Zara iaitu Kak Dina tinggal. Fariz penasaran apabila Zara bertindak meninggalkannya. Dengan bantuan Bazli, Fariz berjaya menjejaki Zara dan memujuk Zara pulang bersamanya. Bertambah gembira lagi Fariz apabila mengetahui Zara sedang mengandungkan anaknya.

Nadia berusaha untuk menghancurkan rumah tangga Fariz dan Zara sehingga hampir menyebabkan Zara keguguran. Namun, semakin kuat dugaan yang melanda rumah tangga Zara dan Fariz, semakin ikatan cinta mereka.. Haihhh. Memang sweet sangat. Apa yang jadi pada Nadia? Berjayakah Nadia memporak perandakan rumah tangga Fariz dan Zara? Apa hubungan Bazli dan Zara sehinggakan mereka tidak dapat bersama? Segalanya terjawab bila anda baca sendiri novel Cinta Si Wedding Planner. Hehe. Tak syok la kalau zati cerita semua kan. Tak surprise gituuu. Baca novel ni memang buat zati sengih sorang-sorang jugak laa. Berbunga-bunga hati ni haaa bila baca novel ni. Hehee..

Novel ni juga sudah pun di adaptasi dan akan bersiaran di TV3 pada 30 Disember nanti dalam slot Akasia. Watak Zara tu dimainkan oleh Mira Filzah dan Fariz pula dilakonkan oleh Adi Putra. Menjadi ke tidak? Sama-samalah kita tunggu drama ni bersiaran yerr. Hehe.. Sekian sudah bebelan hari ni. Babai..

1 komen so far

Kalau isteri saya tgk ni .. mesti nak mencari punyalah.

Support saya dalam Contest Review Lynk.my 2015 ye. Terima kasih.

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon