Thursday, December 31, 2015

Pembersih Muka Dashing Untuk Lelaki Aktif

Assalamualaikum. Lelaki amat mementingkan penampilan diri untuk sentiasa tampil segak dan bergaya. Muka yg sentiasa berminyak dan penuh dengan jerawat sering menjadi masalah utama serta mengurangkan keyakinan diri. Lelaki yang aktif haruslah sentiasa menjaga penampilan dan kebersihan diri agar nampak lebih berkeyakinan untuk melakukan aktiviti harian. Dashing, membantu golongan lelaki yang sentiasa aktif melakukan aktiviti harian serta tampil dengan lebih yakin dan bergaya. 


Pembersih Muka Dashing Untuk Lelaki Aktif- Dashing jenama terunggul yang mengeluarkan produk penjagaan peribadi untuk lelaki telah memperkenalkan 5 rangkaian produk terbaru pencuci muka khusus untuk lelaki aktif. 5 rangkaian produk terbaru ni telah di inspirasikan dan disokong oleh Manchester City Football Club (MCFC). Rangkaian produk ini dicipta khusus untuk cuaca kulit orang Asia. Kandungannya dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi oleh kaum lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif. Namun, ia tetap lembut pada kulit. 



Anda boleh dapatkan pek pembersih muka Dashing ini dipasaran dengan harga RM10.90 bagi 100g dan RM6.90 bagi 50g. 

Terdapat 5 rangkaian produk terbaru pembersih muka Dashing iaitu:


Whitening Scrub Cleanser merupakan formulasi unik dengan garam laut dan skrubmikro yang mengelupas dan membersihkan kulit untuk memberikan tona kulit sekata. Menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan kulit. Ia membantu membebaskan pori tersumbat dan menghapuskan kotoran dan bintik hitam. Penggunaan harian menyerlahkan tona kulit dan menjadikannya sihat dan tampil lebih muda. 


Extra White Cleanser merupakan formulasi unik dengan 7 tumbuhan Swiss Alpine aktif yang menyeri dan mencerahkan tona kulit. Ia bertindak sebagai pencerah kulit dan mengurangkan kesan tompok hitam akibat sinaran UV. Juga mengandungi mineral mikro, anti-oksidan yang berkuasa untuk meningkatkan perlindungan UV. 


Icy Fresh Cleanser merupakan formulasi unik dengan Air Ais Glasier dan menthol yang menyegar dan melembapkan kulit. Ia membantu untuk memberikan kesegaran yang tahan lebih lama dan sensasi menyejukkan pada kulit dengan mengurangkan kehangatan yang berlebihan. Ia juga membantu mengekalkan kesimbangan kelembapan semula jadi kulit.



Oil Clear Cleanser merupakan formulasi unik dengan Bambu Arang untuk menghapuskan kotoran dan serum berlebihan daripada kulit. Ia merupakan pembersih kulit sempurna yang membebaskan pori tersumbat dengan mengeluarkan toksin jauh dari dalam kulit. Mengandungi Tanah Liat yang membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta kotoran dan toksin. 


Acne Free Cleanser merupakan formulasi unik derivatif Zink yang melawan jerawat penyebab bakteria dan mencegah pertumbuhannya. Tanah Liat membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta kotoran dan toksin. Menghalang berulangnya jerawat dan akne.


Berita gembira untuk para pengguna Dashing. Dashing sedang menganjurkan peraduan di seluruh negara dan ia memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma. Jelajah ini meliputi  3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih akademi. Anda juga berpeluang mendekati para pemain pasukan pertama jelajah di Etihad Stadium serta tidak juga ketinggalan tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016. 

Ia merupakan peraduan menggunakan SMS yang mudah dan anda hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015. 

Anda boleh dapatkan info lanjut berkaitan peraduan ini di lawan sosial berikut:

Facebook: Dashing
Instagram: @dashing_my



1 komen so far

memang bagus.. tgk kulit wajah suami makin kurang jerawat bagai..

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon