Istiadat Konvokesyen UITM kali ke 82- Sidang 4

6:19:00 PM 0
Assalamualaikum. Horeyyy. Alhamdulillah. Maka dengan ini rasminya Zati bergelar alumni UITM. 5 tahun setengah menimba ilmu di UITM, banyak yang sudah Zati pelajari selama menjadi warga UITM. Pada 11 Mei 2015 baru-baru ni, Zati telah pun mendapat Ijazah Sarjana Muda dari UITM. Alhamdulillah, dapat juga naik pentas untuk menerima sijil degree. Terlalu banyak cubaan dan dugaan yang sudah harungi sepanjang bergelar pelajar. Rasanya tak perlulah Zati ceritakan lagi sebab sudah Zati ceritakan dalam entri ini. Boleh singgah pada entri berkenaan yerr. Hehehe.

Zati cuma nak share moment indah sepanjang sidang konvokesyen itu berlangsung baik sebelum semasa atau selepas istiadat konvokesyen. Tetapi jangan salah faham pulak yer. Gambar atas stage tu adalah gambar dari fotografer UITM ok. Takut nanti ada pulak yang datang bash Zati pasal heboh budak UITM selfie atas stage semasa istiadat konvokesyen berlaku. Hahaha. Dan Zati jugak tak nak sentuh pasal tu. Cuma Zati nak cakap tak payah la nak bandingkan UITM dengan universiti lain. Setiap universiti ada protokol dan undang-undang masing. Kita sebagai pelajar haruslah mengikuti setiap peraturan yang dikenakan. Ada faham?? 

Konvokesyen kali ni pun mak ayah Zati tak dapat hadir jugak. Sedih tu ada la jugak tapi nasib baik kali ni Zati tak nangis dah dalam dewan. Mungkin keadaan yang begitu kalut sehingga membuatkan Zati terlupa tentang hal itu. hehehe. Apa pun  Zati bersyukur sangat sebab dapat jugak menamatkan pengajian mengikut tempoh yang sepatutnya. Setelah berpenah lelah dan menahan tangis untuk sekeping sijil. Alhamdulillah. Terima kasih buat pensyarah UITM yang banyak membantu Zati dalam pelajaran dan memberi semangat ketika Zati jatuh dulu. Sesungguhnya terlalu banyak jasa kalian yang tak mampu Zati balas. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian. 

Sekian sudah untuk kali ni. babai.














\


Degree Konvokesyen

Degree Konvokesyen

10:56:00 PM 5
Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik rupanya Zatie dah tamat belajar. Nak konvo dah. Tarikh 11 May 2015 adalah tarikh yang ditunggu oleh bakal graduan Fakulti Sains Komputer dan Matematik UITM terutamanya adalah graduan dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik).


Banyak dugaan dan cabaran yang sudah Zatie tempuhi sepanjang bergelar mahasiswi. Jatuh bangun sedih gembira ketawa menangis dan macam-macam lagi yang sudah Zatie rasakan. Sejujurnya, Zati pernah rasa nak quit sebab Zati rasa dah tak boleh nak tahan dugaan sebagai pelajar degree. Tetapi Zati cuba cari kekuatan dan semangat untuk teruskan juga degree ni sampai habis. Bukan senang ok. Bukan senang nak jadi tabah dan kuat. Bukan senang untuk Zati pulihkan balik semangat Zati untuk habiskan ijazah ni. Pointer yang jatuh teruk membuatkan Zati hilang semangat. Putus harapan seperti patah sebelah sayap. Bila Zati tengok kawan-kawan Zati kecewa sebab pointer diorang jatuh teruk tetapi tidak lah seteruk Zati. Pointer Zati ketika itu ibarat nyawa di hujung tanduk. Nasib baik masih punya harapan untuk diselamatkan. Namun, dari situ lah Zati belajar erti ketabahan dan kesabaran. Zati keraskan hati Zati. Zati tahan airmata dari menangis walaupun hakikatnya hati ni tidak lah terlalu kuat menahannya.

Zati bersyukur sebab Zati mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan nasihat untuk Zati. Pensyarah-pensyarah UITM Kota Bharu yang banyak bantu dan bagi semangat kat Zati. Sesungguhnya terlalu banyak jasa kalian sepanjang Zati bergelar seorang pelajar ijazah UITM KB. Adik-beradik Kelab Inspirasi, family DLCC dan khususnya rakan-rakan sekelas yang sentiasa membantu Zati dalam pelajaran. Walaupun ijazah yang bakal Zati terima ni tidaklah sehebat rakan-rakan Zati yang lain, tetapi inilah hasilnya. Siapa tak sedih bila tengok orang lain dapat grad dengan berbintang-bintang pakai selempang sedangkan Zati tak mampu nak gapai bintang itu. Huhuhu. Apa pun tahniah buat semua para graduan UITM yang bakal berkonvo. Tahniah buat semua. Kita sudah berjaya hingga ke tahap ini. Jangan terlalu fikirkan kenapa kita tak dapat apa yang kita inginkan, apa yang kita kejarkan kerana ada lagi insan yang tak mampu memiliki apa yang kita miliki sekarang. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang.

Sekian sudah dari Zati. Babai..


First time update guna smartphone.. Hehehe