Monday, August 31, 2015

ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ

Assalamualaikum. Setelah sekian lama tertangguh nak join giveaway dari blog kak Ain aka Dramatic Uniq ni dengan ini zati merasmikan join giveaway ini.. Maafkan zati keran terlambat yerr kak Ain ku sayang. Setelah banyak dia jemput Zati untuk giveaway ni. Tapi zati asyik lupe je nak buat.. Ampun sekali lagi Kak Ain.. Hehehe..

Klik banner join.
Nak tengok parody zati tak?? Ehemmm. Malu pulak nak tunjuk. Tak tahu lahh nampak ke tak lesung pipt macam kak ain tu. hihihi..

Senyum lah andai ada yang melukakan hati mu. Barangkali dengan senyuman itu dapat menyembuhkan kelukaan dihatimu. 

Selesai lah sudah. Sebenarnya malam ni last dah tau untuk join giveaway ni tetapi demi kak Ain, zati gigihkan juga buat parodi ini demi buktikan kasih sayang pada kak Ain. Cewahhh. *Ayat bodek* Hihihi..


Salam Kemerdekaan Yang Ke-58

Assalamualaikum. Salam Kemerdekaan yang ke 58 buat Malaysia ku yang tercinta. Erkkk. *garu kepala* Tema Sehati Sejiwa telah dipilih sebagai tema kemerdekaan tahun ni. Tetapi adakah kita memahami dan mengerti erti kemerdekaan yang sebenar? Apa itu kemerdekaan? Adakah kita sudah merdeka? Jawapannya ada dalam diri kita sendiri.

Pape pun selamat bercuti buat semua rakyat Malaysia yang bercuti hari ni dan hargailah masa cuti anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah bersama keluarga tersayang. Salam Kemerdekaan dari saya Zatie Suhaide..  Salam Sehati Sejiwa.




Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum. Join Giveaway lagi.. Hehehe


Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Sunday, August 30, 2015

Pelancaran Album Shazzwan "Titipan Banduan Muda"

Assalamualaikum. Pada 27 ogos yang lepas, zati berpeluang untuk menghadiri pelancaran album Shazzwan 'Titipan Banduan Muda' bertempat di Hard Rock cafe Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang merupakan penaung bagi Yayasan Raja Muda Selangor dan telah dilancarkan oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. 


Pelancaran Album 'Titipan Banduan Muda' oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mempersembahkan album 'Titipan Banduan Muda'

Album 'Titipan Banduan Muda' adalah berkaitan dari kisah hidup Shazzwan seorang remaja yang bermasalah berjaya menjadi seorang artis hip-hop. Perjalanan hidupnya digambarkan melalui 8 lagu yang terkandung di dalam album ini antaranya ialah Titipan Banduan Muda’ duet bersama penyanyi baru, MAL; ‘Aku Tak Kisah’‘Aku Udah Turun’‘Cakap Dalam Gelap’‘Dosa Menghantui’‘Hidup’;‘Every Single Morning’; and ‘You’re My’ yang menampilkan penyanyi dan pelakon terkenal, Tisha Shamsir.



Bakat anak muda ini digilap melalui program ‘Talent for the World’ yang dianjurkan oleh Yayasan Raja Muda Selangor. Shazzwan telah mendapat didikan  daripada Yogeswaran Veerasingam atau Yogi B yang merupakan artis dan penerbit yang terkenal di Malaysia. 

Album ini boleh didapati di kedai-kedai muzik seluruh Malaysia dan juga boleh didapati melalui aplikasi iTunes bermula jumaat 4 September 2015 nanti. Para peminat boleh mengikuti perkembangan terbaru Shazzwan di Facebook Page: Shazzwan.

Persembahan dari Shazzwan


Team Kelab Blogger Ben Ashaari bergambar bersama Shazzwan.

Saturday, August 29, 2015

Estofa Glow - Produk Kecantikan Yang Boleh Dimakan

Assalamualaikum. Hari ni zati nak memperkenalkan satu produk kecantikan baru yang masih hangat lagi dipasaran iaitu Estofa Glow. Estofa Glow ni merupakan produk yang lain dari yang lain. Estofa Glow ni mengandungi coklat dan juga madu asli.



Mungkin korang takkan percaya yang bahawa Estofa Glow ni boleh dimakan. Yerr.. Boleh dimakan dan selamat digunakan kerana produk ini tidak mengandungi bahan kimia. Bukan calang-calang produk yerr. Bukan setakat pakai di muka malahan boleh di makan juga. Estofa Glow ini sesuai untuk semua peringkat umur. Bermula dari baby yang kecil tu sehingga la nenek-nenek kita pun boleh gunakan Estofa Glow ni.


Estofa Glow ini berkesan untuk memutihkan kulit dalam hanya masa 3 minit sahaja. Tak percaya? Korang boleh tengok video testimoni kat sini. Testimoni ini dilakukan oleh Puan Ezza iaitu pengasas produk Estofa Glow dengan menggunakan tangan kiri Zati sendiri ok. Bukan tangan orang lain tau. Keberkesanannya memang boleh nampak apabila tangan kiri nampak lebih cerah dari tangan kanan. Tangan kita juga akan rasa lebih lembut dan halus selepas menggunakan Estofa Wash ini.


Nampak tak perbezaannya? Tangan Zati sendiri yerr.. Credit to Mommy Irra.. 
Testimoni menggunakan tangan Kak Mas.. 


Cara penggunaan Estofa Glow ni mudah sahaja. Anda hanya perlu titiskan Estofa Glow ditangan dan lumurkan ke muka. Biarkan beberapa minit sehingga kering. Selepas tu gunakan Estofa Wash untuk membersihkan muka anda. Gunakan berterusan selama seminggu untuk melihat keberkesanannya.
Estofa Glow ini juga sesuai digunakan ibu-ibu hamil. Tiada kesan sampingan. Jangan risau ok.

Masih lagi ragu-ragu? Jangan risau. Produk ini 100% bahan semulajadi. Tiada bahan kimia. Bebas dari hydroquinone, Merkuri & parabenSelamat digunakan. Jadi apa lagi, dapatkan segera Estofa Glow. Setiap pembelian 5000 terawal Estofa Glow ini anda akan mendapat percuma sampel Estofa Wash. Macam mana nak dapatkan Estofa Glow ni? Caranya ialah layari facebook Estofa Glow Official atau anda boleh whatsapp ke nombor 019-294 4799 untuk melakukan pembelian. Pada yang telah pun menggunakan produk ini, anda juga berpeluang untuk menyertai percutian ke Krabi, Jakarta, Bali, Bangkok atau China mengikut terma dan syarat yang telah di tetapkan.


Sehari Bersama Blogger Di Zoo Negara - Bahagian 2

Assalamualaikum. Hari ni Zatie nak sambung lagi kisah KBBA DAY OUT di Zoo Negara. Bagi yang terlepas bahagian 1, korang boleh tengok kat sini. Sila-silakanlah yer.. Hehehe.

Setelah selesai melihat Multi Animal Show, kami dibawa menaiki tram untuk mengisi perut di The Wild Restaurant. Sepanjang perjalanan menuju ke The Wild Restaurant, kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan seperti gajah, zirafah, harimau bintang, harimau, singa dan salah satu jugak adalah tikus gergasi. Besar oiii tikus tu. Tibanya di restoran, apa yang zati fikir adalah makanan. Lapar oii setelah penat berjalan. Perut meminta untuk di isi. Hahhaa. Terima Kasih The Wild Restaurant kerana menaja makanan tengah hari kami. Semasa sesi makan tengah hari juga, diadakan juga cabutan bertuah. Tapi hari tu zati tak bertuah. Takde rezeki nak dapat hadiah. Hahaha. Tahniah pada mereka yang bertuah memenangi cabutan bertuah tersebut.
Menaiki tram menuju ke The Wild Restaurant with kak Nina dan Farah.


Makanan yang disediakan. Terima Kasih.
Selesai sahaja menjamu selera, kami dibawa melawat Muzium Lebah dimana kami diberi peluang merasai madu lebah asli tetapiiii zati tak makan madu. Zati ambik je stick madu lebah asli tu. Hahaha. Aktiviti seterusnya ini yang paling di tunggu oleh kami semua iaitu melawat Pusat Pemulihan Panda Gergasi. Teruja sangat nak masuk kawasan panda tu. Sebelum memasuki tempat tinggal panda gergasi tu ataupun namanya Fu Wa, kami diberi taklimat dahulu tentang peraturan yang perlu kami patuhi ketika berada di dalam kawasan tempat tinggal panda tersebut. Apabila dapat sahaja masuk dalam kawasan tempat tinggal panda tersebut, nyaman dan sejuk. Hilang segala peluh yang melekat kat tubuh. Hehehe. Niat dihati nak tengok baby dan mummy panda, tapi kami dapat tengok papa panda je iaitu Fu Wa. Baby dan mummy kena kuarantin lagi. Tempoh berpantang kot. Hehehe. Kesian Fu Wa kena takde nak bermain. Nak nangis pulak bila tengok dia kena main sendirian. Kami juga diberi peluang untuk sama-sama meraikan Hari Jadi Fu Wa yang ke 9. Happy Birthday Fu Wa. Comel sangat Fu Wa ni. Tak puas Zati tengok dia. Rasa cam nak pegi lagi jerr.. Hahaha.

Stick Madu lebah Asli. Tak makan madu. tak suka. Hahahaa


Family KBBA..
bersama blogger Yaya Cendana.. 



















Dapat jugak ambik gambar selfie nampak Panda. :D

Melawat Pemulihan Panda Gergasi merupakan aktiviti terakhir kami. Selepas itu kami bebas bergerak sendirian maksudnya bukan lagi bergerak dalam kumpulan yang besar. Dalam perjalan menuju ke pintu utama Zogara, Zati berpeluang sekali melihat zirafah depan mata. Masa naik tram tadi dapat lihat sepintas lalu je dan tak sempat nak tangkap gambar.





Maka dengan ini, selesai sudah penceritaan dari Zatie. Ini adalah pengalaman yang sangat berharga buat zati bila dapat berkumpul sebahagian dari family KBBA. Terima kasih kak Anil Wanina kerana menumpangkan Zati dan Yaya ke Zoo Negara. Terima kasih juga buat Yaya Cendana kerana sudi bagi zati tumpang kat rumah. Dan terima kasih buat keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari kerana bagi peluang pada zati untuk join program ini. Terima kasih Zoo Negara, Food Panda, Cosmoderm atas tajaan ini.



Buat korang yang teringin nak melawat Zoo Negara, boleh lah membuat tempahan tiket secara online di laman web www.zoonegaramalaysia.com..


Thursday, August 27, 2015

Sehari Bersama Blogger Di Zoo Negara - Bahagian 1

Assalamualaikum. Salam ceria dari zati. Entry kali ni mungkin sedikit panjang dan banyak gambar. Harap korang bersabar yer baca entry kali ni tapi zati pasti korang akan rasa teruja jugak macam zati. *Yakin je zati ni* hahaha. Pada 23 ogos yang lalu, Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan satu program di Zoo Negara dengan kerjasama Cosmoderm, Food Panda, Wild Life iaitu KBBA DAY OUT. Alhamdulillah, zati antara yang terpilih untuk menyertai program ni. Teruja sangat ok dapat join program ni sebab ini adalah program pertama zati bersama KBBA dan juga merupakan pertama kali pergi Zoo Negara. Dapat pulak masuk percuma. Sape tak nak oiii. Siap pakej tengok panda lagi haaa.. Nak pegi sendiri memang tak tahu bila la kan.. Hehehe..




Sebelum memasuki kawasan Zoo, semua family KBBA berkumpul di hadapan pintu masuk Zoo Negara untuk sesi family foto. Memang meriah sangat apabila 50 orang blogger berkumpul untuk mengambil gambar. Aktiviti ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan tiger dan kumpulan hornbill. Tapi masa tu zati pelik sebab dapat tag panda. Masa tu terpikir la kan, aku ni kumpulan mana. Rupanya kami blogger diberi pilihan untuk masuk mana-mana kumpulan sama ada kumpulan tiger atau pun hornbill. Dan zati pun dah lupa zati masuk kumpulan mana. Ohhh.. Hahaha.. Maafkan saya. Hehehe. Aktiviti bermula dengan melawat Butterfly Garden. Cantik sangat kawasan dia. Dapat tengok rama-rama terbang. Kat situ kita dapat tengok pelbagai jenis rama-rama yang sememangnya cantik.





Selepas melawat Butterfly Garden, kami berjalan untuk melawat Akuarium Tunku Abdul Rahman. Di mana menempatkan pelbagai jenis ikan air tawar dan air masin. Masuk kawasan akuarium ni sejuk dan nyaman sikit tau. Hilang sikit peluh tu. Hehehe. Sebenarnya sepanjang perjalanan menuju ke Akuariun Tungku Abdul Rahman, kita juga dapat melihat pelbagai spesis beruk dan juga Hornbill.



Selesai meninjau di dalam kawasan akuarium, kami di bawa untuk melihat Multi Animal Show. Persembahan yang menarik perhatian zati adalah persembahan singa laut. Singa laut ni telah pun dilatih oleh seorang jurulatih profesional yang mana dia hanya akan mendengar arahan dari jurulatihnya sahaja. Zati rasa teruja sangat dapat tengok persembahan singa laut depan mata. Yela kann sebelum ni dok tengok dalam tv je. Kali ni dapat tengok depan mata sendiri tu yang rasa teruja sangat. Lepas tu ada juga cabaran untuk penonton di mana seorang penonton perlu berani untuk tampil ke hadapan demi menyahut cabaran ni. Tak sangka ada seorang budak perempuan dengan beraninya pergi kehadapan untuk menyahut cabaran. Tapi dia perlu menutup mata tau. Tiba-tiba muncul sejenis haiwan eksotik yang membuatkan zati rasa geli. Nak tau apa? Ular sawa batik yang boleh dikatakan besar jugak. Huwaaa. Tak sangka jugak dapat tengok ular sawa batik tu sampaikan terlupa nak snap gambar. Hehehe..









Ok lahh. Tunggu sambungan untuk entry kedua dari Zati yerr. Apa pula aktiviti yang seterusnya. Ok lahh.. Babai. 

Bahagian kedua: SINI

Thursday, August 20, 2015

Segmen: U Follow I Follow

Assalamualaikum. Join segmen dari blog Seindah Ceria.. Jom korang join jugak..

Klik banner untuk join..



SEGMEN BERMULA JAM 9.00 MALAM (19/8/2015)
SEHINGGA
TAMAT JAM 9.00 MALAM (21/8/2015)

Apa lagi korang.. Jom lerr join.. Ok. Wassalam.. 


Mencintaimu- Akasia TV3

Assalamualaikum. Drama Syurga Nur telah pun tamat episodnya. Kini drama baru Mencintaimu telah mengisi slot Akasia untuk menggantikan Syurga Nur telah pun bermula semalam. Zati juga tak melepaskan peluang untuk menonton drama ni semalam. Mencintaimu dibarisi pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Niezam Zaidi, Sarah Anne dan ramai lagi. Dalam drama ni ada Hafizul Kamal jugak. Hehehe..


Sedikit sinopsis drama Mencintaimu. Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya. Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham mula merancang sesuatu untuk menyakitkan hati Anissa. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya.Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. 
Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali? Sumber dari Tonton Extra TV3.
Bagi Zati drama ni ok lahh. Lagipun masih terlalu awal untuk kita buat penilaian. Tambahan lagi kebanyakan pelakon drama ni adalah pelakon baru melainkan Sharnaaz Ahmad laa. Abam sado tu. Hahahaha..
Ok lah,. Wassalam.

Wednesday, August 19, 2015

Wordless Wednesday - Dilema Graduan

Assalamualaikum.. Dilema graduan sekarang yang dihadapi termasuk lahh Zati sendiri.. Huhuhu..

Ok lahh.. Wassalam..

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 17 OGOS 2015 hingga 11.59 malam 31 OGOS 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 155.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI...
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini. 

Syarat-syaratnya :
1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Wan Sarah | Cik Miela | Missakuradiary | Aderakukeysah  
Awansayatasana | Azirahman | Yayacendana | Nizam |

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Follow  Instagram Sponsor

5. Buat entri bertajuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Sekian.

Tuesday, August 18, 2015

Syurga Nur Episod Akhir

Assalamualaikum. Hari ni tamat lah sudah drama akasia Syurga Nur kat TV3. Esok ada cerita baru dah. Ada yang tengok tak? Korang nangis tak? Zati tersentuh sangat tengok episod akhir Syurga Nur hari ni. Nak meleleh jugak la air mata tu tapi ku tahan sebab tengok dengan ayah kan. Cover la sikit. Hahahaha. Mungkin ada yang belum tengok lagi kan?? Betol tak?? Takpe. Nanti korang boleh tengok kat tonton.my. Tengok tanpa ada gangguan iklan. Baru lah syok. Hihihi..



Sedikit review dari Zati ok. Seperti yang sudah diketahui semasa sedutan episod akhir, Nur mengalami kemalangan bersama Mak Ngah nya iaitu Murni sehingga menyebabkan Nur koma. Namun, Haris sentiasa setia menemani Nur di sisi untuk memberi semangat dan kekuatan pada Nur untuk cepat sedar dari koma. Semasa Nur koma, dia bermimpi bertemu kembali dengan mamanya iaitu Doktor Salina dan juga bakal berkahwin dengan Haris. Haaa, masa ni mesti semua orang suspen kan? Yelaa.. Dalam sedutan episod akhir tu tunjuk Nur koma, tapi bila tengok je permulaan cerita tiba-tiba elok je kan. Hehehe. Dalam mimpi Nur jugak Alin datang memohon kemaafan di hari pernikahannya. Alin mengakui kesilapannya pada Nur dahulu yang mana pernah mendera Nur dulu. Pengakhiran mimpi Nur? Tengok la yerr, Nanti takde kejutan pulak. Hahaha..


Zati rasa tersentuh sangat bila Alin datang memohon maaf pada Nur semasa Nur masih belum sedarkan diri. Tapi lagi tersentuh masa Nur sedar Alin datang dekat dengan Nur dan memeluk Nur. Yang ni laa buat Zati nak melelehkan air mata tu tapi terpaksa tahan. Hahaha. Macam mana pulak Nur dengan Haris? Kamil dengan Siti? Taknak la cerita habis kan. Korang kena tonton sendiri. Baru best. Hehehe. Yang pasti Haris ni sweet sangat dan Kamil adalah seorang abang yang baik..

Ok lah. Sekian sudah untuk kali ni. Wassalam.


Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15

Assalamualaikum.. Join segmen dari blog Rafzan. Jom korang join segmen ni.. 

*Klik Gambar Untuk Join*

Jom Join "Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15" .Kali ni korang bertuah sebab ada GIVEAWAY sekali dalam segmen ni.Wahhh~ Apa hadiahnya? Apa syarat-syaratnya? sila klik gambar di atas untuk ke entri Segmen. :)

Jom Support Kawan-Kawan Blogger :)



Monday, August 17, 2015

Bukan Yang Sempurna

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Manusia ni tiada yang sempurna. Setiap insan pasti punyai kekurangan yang kelemahan masing-masing. Sama lah macam Zati. Banyak kekurangan yang harus dibaiki baik fizikal atau pun mental. Ehh. Mental? Hahaha. Maksudnya emosi dan tingkah laku lahh. Ke salah ehh. Kalau salah mintak ampun dan maaf. Hahaha. Fizikal Zati? Semua orang tahu zati ade kekurangan yang tu. Huhuhu. Tapi tak nak sentuh bab tu. Tak penting. Hehehe.


Nampak tak gambar kat atas tu? Nampakkan? Sebelum ni zati pernah post gambar tu kat instagram. Hahaha. Boleh tengok gambar kat bawah.

Zati bukan apa, sebab ada la orang tu cam tak paham perasaan dan karenah orang perempuan. Dia fikir dia je yang betol. Apa yang Zati buat semuanya salah. Sape tak sakit hati. Zati pernah kot cuba untuk jadi seperti yang dia cakap kat Zati tapi benda tu tak lama. Zati kembali kepada perangai asal. Hahahha. Tapi yang buruk mestilah kita buang kan. Takkan la nak kekalkan dalam diri kita. Zati ni bukanlah seorang yang sempurna. Banyak yang perlu Zati baiki diri ini. Tapi tak payah la nak kondem sangat. Zati pun ada perasaan jugak. Entah laa. Malas nak fikir pasal ni. Yang penting jadi diri sendiri.  Tak payah nak hipokrit sangat. Tak payah nak paksa diri. Kalau ada orang nak kita, biar dia dapat terima buruk dan baik kita. Bukan tak boleh nasihat tapi biar kena pada cara. Ni nak nasihat tapi cara macam nak kondem. Ok lahh.. Wassalam.