Thursday, December 31, 2015

Kenangan Terindah 2015

Assalamualaikum. Kejap je masa berlalu. 2015 sudah sampai ke penghujungnya. Banyak memori tercipta sepanjang tahun 2015 ni. Ada memori terindah ada juga memori yang tak berapa nak indah. Pendek kata ada juga la sesuatu yang buat zati sedih tu. Tipu lah kan kalau takde. Ada juga peristiwa yang tak terduga dalam hidup zati sepanjang tahun ni. Tapi apa yang boleh zati katakan perjalanan hidup untuk tahun ni Alhamdulillah ok semuanya. Tak banyak sangat perkara sedih cuma jatuh tersungkur menangis meraung tu ada laa sikit. Maklumlahh, tahun 2015 ni merupakan tahun pertama buat zati untuk belajar menjalani kehidupan selepas tamat belajar. Tiada lagi status seorang pelajar. Status seorang penganggur ada laa. Jadi untuk entry kali ni zati nak buat sedikit throwback sepanjang perjalanan hidup zati untuk tahun 2015 ni. 


Permulaan awal tahun 2015 sedikit meruntun jiwa. Pasti anda masih mengingati peristiwa banjir yang melanda Kelantan akhir tahun 2014 yang lepas. Zati sambut tahun baru kat hospital. Kalau nk di ingatkan balik waktu tu memang nak menangis sebab tak sanggup dok hospital lama-lama. Padahal bukan zati yang sakit tapi mak saudara zati. Nak balik ke rumah sendiri pada waktu keadaan rumah belum mengizinkan untuk kami pulang ke rumah. Jadi, bertabah lah zati tinggal kat hospital tu selama seminggu. Dah dapat pulang ke rumah kena bertungkus lumus siapkan report akhir untuk habiskan degree. Yang ni memang mencabar mental dan fizikal zati. Bersengkang mata jugak untuk siapkan report akhir tu. Maunya menangis tak berlagu zati waktu tu. Tapi harus di tahan juga. Paksa kuatkan hati sebab itu adalah perjuangan akhir zati sebagai seorang pelajar. Lepas tu zati dah bebas. Yeayyyy. 

Tamat belajar mestilah kena berusaha cari kerja pulak. Macam-macam interview zati cuba tapi nasib tak menyebelahi zati. Mungkin belum rezeki belum berpihak pada zati tapi zati tak putus asa. Cuba lagi dan cuba lagi. Sampai la nak masuk bulan Ramadhan pun masih belum dapat kerja. Jadi masa tu zati putuskan untuk berehat seketika mencari kerja. Goyang kaki la dok rumah. Makan minum mak ayah tanggung tapi masa tu memang tertekan jugak la sebab masih belum mampu nak bantu keluarga. Huhuhu.. 

Kenangan terindah juga tahun ni adalah zati dapat join Kelab Blogger Ben Ashaari dan berpeluang menyertai program bersama mereka. Memang zati dah lama teringin nak join KBBA. Dari zati mula berjinak-jinak dengan dunia blogger lagi zati dah pasang angan-angan nak join tapi masa tu belum ada rezeki. Paling penting mestilah dapat jumpa Ben Ashaari..hahaha.. Tolong jangan gelakkan kite ok. Hehe. Malu pulak nak publish entry ni. Ehhh. Hahaha..



Mana-mana yang takde dalam gambar tu bukannya anda tidak penting. Penting jugak tapi gambar banyak hilang dah. Laptop rosak. Masuk hospital. Sesetengah gambar je masih ada dalam fon zati. Huhuhu. Kenangan terindah juga apabila zati berjumpa seseorang yang berjaya buat zati lupakan kenangan silam tapi tak nak tunjuk gambar jugak. Biarlah rahsia. Cukuplah ini sahaja hint yang zati bagi. Walaupun gambar awak tak terselit kat situ tapi gambar awak terselit dalam hati saya. Ehh. Hehehe.. Ok lahhh. Selamat Tahun Baru. Jumpa lagi untuk entry tahun depan. Babai..

Pembersih Muka Dashing Untuk Lelaki Aktif

Assalamualaikum. Lelaki amat mementingkan penampilan diri untuk sentiasa tampil segak dan bergaya. Muka yg sentiasa berminyak dan penuh dengan jerawat sering menjadi masalah utama serta mengurangkan keyakinan diri. Lelaki yang aktif haruslah sentiasa menjaga penampilan dan kebersihan diri agar nampak lebih berkeyakinan untuk melakukan aktiviti harian. Dashing, membantu golongan lelaki yang sentiasa aktif melakukan aktiviti harian serta tampil dengan lebih yakin dan bergaya. 


Pembersih Muka Dashing Untuk Lelaki Aktif- Dashing jenama terunggul yang mengeluarkan produk penjagaan peribadi untuk lelaki telah memperkenalkan 5 rangkaian produk terbaru pencuci muka khusus untuk lelaki aktif. 5 rangkaian produk terbaru ni telah di inspirasikan dan disokong oleh Manchester City Football Club (MCFC). Rangkaian produk ini dicipta khusus untuk cuaca kulit orang Asia. Kandungannya dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi oleh kaum lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif. Namun, ia tetap lembut pada kulit. 



Anda boleh dapatkan pek pembersih muka Dashing ini dipasaran dengan harga RM10.90 bagi 100g dan RM6.90 bagi 50g. 

Terdapat 5 rangkaian produk terbaru pembersih muka Dashing iaitu:


Whitening Scrub Cleanser merupakan formulasi unik dengan garam laut dan skrubmikro yang mengelupas dan membersihkan kulit untuk memberikan tona kulit sekata. Menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan kulit. Ia membantu membebaskan pori tersumbat dan menghapuskan kotoran dan bintik hitam. Penggunaan harian menyerlahkan tona kulit dan menjadikannya sihat dan tampil lebih muda. 


Extra White Cleanser merupakan formulasi unik dengan 7 tumbuhan Swiss Alpine aktif yang menyeri dan mencerahkan tona kulit. Ia bertindak sebagai pencerah kulit dan mengurangkan kesan tompok hitam akibat sinaran UV. Juga mengandungi mineral mikro, anti-oksidan yang berkuasa untuk meningkatkan perlindungan UV. 


Icy Fresh Cleanser merupakan formulasi unik dengan Air Ais Glasier dan menthol yang menyegar dan melembapkan kulit. Ia membantu untuk memberikan kesegaran yang tahan lebih lama dan sensasi menyejukkan pada kulit dengan mengurangkan kehangatan yang berlebihan. Ia juga membantu mengekalkan kesimbangan kelembapan semula jadi kulit.



Oil Clear Cleanser merupakan formulasi unik dengan Bambu Arang untuk menghapuskan kotoran dan serum berlebihan daripada kulit. Ia merupakan pembersih kulit sempurna yang membebaskan pori tersumbat dengan mengeluarkan toksin jauh dari dalam kulit. Mengandungi Tanah Liat yang membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta kotoran dan toksin. 


Acne Free Cleanser merupakan formulasi unik derivatif Zink yang melawan jerawat penyebab bakteria dan mencegah pertumbuhannya. Tanah Liat membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta kotoran dan toksin. Menghalang berulangnya jerawat dan akne.


Berita gembira untuk para pengguna Dashing. Dashing sedang menganjurkan peraduan di seluruh negara dan ia memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma. Jelajah ini meliputi  3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih akademi. Anda juga berpeluang mendekati para pemain pasukan pertama jelajah di Etihad Stadium serta tidak juga ketinggalan tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016. 

Ia merupakan peraduan menggunakan SMS yang mudah dan anda hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015. 

Anda boleh dapatkan info lanjut berkaitan peraduan ini di lawan sosial berikut:

Facebook: Dashing
Instagram: @dashing_my



Wednesday, December 30, 2015

Wordless Wednesday- #2015bestnine

Assalamualaikum..


Semalam ramai yang demam buat #2015bestnine ni. Zati pun tak melepaskan peluang jugak untuk buat #2015bestnine ni. Terima kasih pada anda-anda yang sudi like gambar-gambar zati kat instagram..hehehe.. Belum buat lagi #2015bestnine? Nak buat jugak ehh. Anda boleh buat kat 2015bestnine.com. babai.. 



Tuesday, December 29, 2015

Akulah Balqis Episod Akhir

Assalamualaikum.. Ramai pulak dok komen kat facebook zati tanya macam mana ending Akulah Balqis hari ni. Hahaha. Tak sangka ramai jugak yang terlepas tengok episod akhir hari ni. Hari ni tamatlah sudah drama Akulah Balqis di slot Akasia TV3. Bermakna esok dah mula cerita baru la kan. Tapi zati bukan nak cerita pasal drama terbaru yang menggantikan drama Akulah Balqis. Zati nak cerita lah sikit macam mana episod akhir hari ni. Episod akhir hari ni memang sweet sangat ok. Cerita cinta lain pun takde la sweet macam episod akhir drama Akulah Balqis ni. Hehehe..


Akulah Balqis Episod Akhir- Milda mulai sedar yang Balqis lebih memerlukan ibu dan ayah kandungnya dan memahami situasi yang dialami oleh keluarga kandung Balqis bila mereka terpaksa berpisah dengan Balqis. Milda menyedari akan hakikat itu selepas dia merasakan sendiri bagaimana kehilangan anak dalam kandungannya akibat dia mengalami keguguran. Milda cuba berbincang dengan Adi agar menyerahkan kembali Balqis kepada keluarga kandungnya. Pada mulanya Adi tidak bersetuju untuk menyerahkan kembali Balqis kepada keluarga kandungnya kerana dia sangat menyayangi Balqis seperti anak kandungnya sendiri. Namun, Milda cuba menasihati Adi agar dia sedar akan hakikat sebenar bahawa Balqis bukanlah anak kandung mereka dan keluarga kandung Balqis lebih berhak ke atas Balqis. Balqis yang terlalu merindukan ibu dan ayahnya berharapa agar Adi dan Milda membenarkannya untuk kembali ke pangkuan keluarga kandungnya.

Adi dan Milda menghantar Balqis pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya. Mereka terkejut apabila melihat Seri yang terbaring akibat lumpuh selepas mengalami kemalangan. Mereka seperti dihimpit perasaan bersalah kerana tidak memulangkan Balqis sewaktu Seri dan Yamin mencari Balqis. Yamin dan Seri tidak menyalahkan Adi dan Milda kerana mereka memahami yang Adi dan Milda sangat menyayangi Balqis. Mereka sedar yang mereka tidak mampu memberi kemewahan pada Balqis seperti mana Adi dan Milda lakukan. Yamin membenarkan Balqis untuk tinggal bersama Adi dan Milda. Maknanya Balqis boleh bergilir-gilir lah nak tinggal dengan siapa. Yang ni memang tersentuh sangat. Zati tengok pun rasa nak menangis. Hehe.. Sweetnya ending drama ni bila akhirnya Milda melahirkan seorang anak lelaki dan mereka ambil gambar bersama. Hehehe. Mereka menjaga dan menyayangi Balqis seperti anak kandung mereka sendiri.

Jalan cerita drama Akulah Balqis ni penuh dengan pengajaran. Jika sebelum ni Adi dan Milda hidup mereka seperti terumbang-ambing dan penuh kelalaian tetapi selepas kehadiran Balqis dalam hidup mereka telah banyak merubah kehidupan mereka suami isteri. Zati harap anda berpuas hati lah dengan story zati ni. Jangan marah yer korang sebab aku citer dalam blog. Hahahaha.. Okbaiii.. 

Friday, December 25, 2015

Novel- Cinta Si Wedding Planner

Assamualaikum. Macam dah lama tak review novel kan. Jadi hari ni zati nak review satu novel yang baru je zati habiskan membaca setelah berbulan-bulan zati beli. Hahaaha.. Sebenarnya novel ni pun bakal diadaptasi ke drama dan akan ditayangkan di TV3 tak lama lagi. Novel kali ni adalah Cinta Si Wedding Planner hasil karya dari Dhiyana. Novel ni pun sebenarnya macam novel-novel yang sebelum ni. Berkahwin atas dasar pilihan keluarga dan bercinta selepas kahwin.. Hehe..


Cinta Si Wedding Planner mengisahkan Zara seorang wedding planner yang terpaksa melupakan cinta hatinya Bazli selepas mengetahui bahawa mereka bukanlah ditakdirkan untuk hidup sebagai suami isteri. Bazli sukar untuk menerima kenyataan yang bahawa Zara tidak akan menjadi miliknya tapi bakal menjadi milik orang lain. Zara terpaksa menerima Fariz bekas tentera yang berhati batu sebagai suami  selepas mendapat pinangan dari Puan Marina iaitu mama Fariz yang sangat menginginkan Zara menjadi menantunya walau dalam hatinya tiada rasa cinta buat Fariz. Fariz sentiasa berusaha untuk memiliki Zara. Setelah 6 bulan berkahwin, usaha Fariz akhirnya membuahkan hasil dan berjaya memiliki hati Zara. Namun pada saat mereka baru mula mengecapi kebahagiaan, cinta pertama Fariz iaitu Shira atau Nadia Zainal muncul untuk menghancurkan bahtera yang baru mereka bina. Zara tidak mengetahui tentang perihal Nadia Zainal itu adalah cinta pertama Fariz sehingga Fariz membuat pengakuan tentang itu. Hati Zara bagaikan ditusuk sembilu apabila mendengar pengakuan dari Fariz. Zara rela mengundur diri dan membawa hati yang luka ke Auckland dimana tempat kakak Zara iaitu Kak Dina tinggal. Fariz penasaran apabila Zara bertindak meninggalkannya. Dengan bantuan Bazli, Fariz berjaya menjejaki Zara dan memujuk Zara pulang bersamanya. Bertambah gembira lagi Fariz apabila mengetahui Zara sedang mengandungkan anaknya.

Nadia berusaha untuk menghancurkan rumah tangga Fariz dan Zara sehingga hampir menyebabkan Zara keguguran. Namun, semakin kuat dugaan yang melanda rumah tangga Zara dan Fariz, semakin ikatan cinta mereka.. Haihhh. Memang sweet sangat. Apa yang jadi pada Nadia? Berjayakah Nadia memporak perandakan rumah tangga Fariz dan Zara? Apa hubungan Bazli dan Zara sehinggakan mereka tidak dapat bersama? Segalanya terjawab bila anda baca sendiri novel Cinta Si Wedding Planner. Hehe. Tak syok la kalau zati cerita semua kan. Tak surprise gituuu. Baca novel ni memang buat zati sengih sorang-sorang jugak laa. Berbunga-bunga hati ni haaa bila baca novel ni. Hehee..

Novel ni juga sudah pun di adaptasi dan akan bersiaran di TV3 pada 30 Disember nanti dalam slot Akasia. Watak Zara tu dimainkan oleh Mira Filzah dan Fariz pula dilakonkan oleh Adi Putra. Menjadi ke tidak? Sama-samalah kita tunggu drama ni bersiaran yerr. Hehe.. Sekian sudah bebelan hari ni. Babai..

Wednesday, December 16, 2015

RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

Assalamualaikum. Hari ni nak kongsi satu produk terbaru dengan anda semua. Pastinya anda pernah mendengar produk Rysya Skincare kan? Haaa. Produk ni merupakan produk terbaru yang mana Rozita Che Wan atau Che Ta selaku duta produk ini..




Produk penjagaan asas bagi kulit wajah amatlah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit terhidrat dan juga menjaga kolagen dalam kulit. Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen kulit kita.



Rozita Che Wan selaku duta Rysya Skincare ini telah mencuba produk ini terlebih dahulu sebelum beliau menerima tawaran menjadi duta.





Che Ta mengakui setelah mencuba produk penjagaan kulit Rysya ia mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sibuk dengan tidak menjaga penampilan diri.




“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baru 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” seloroh Che Ta.



Terbukti dalam usia 42 tahun, Che Ta masih kelihatan cantik dengan bentuk badan yang ramping dan kulit yang bersih.



Menurutnya, beliau menggunakan satu set produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, dan krim magik. Dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Paling best tentang RYSYA SKINCARE ini ialah tiada PARABEN dan TIADA BAHAN KIMIA. Natural gituuuu!! 



Antara kandungan dan keistimewaan yang ada dalam produk RYSYA SKINCARE :







LY FACIAL CLEANSER | RM 45



1. Vitamin C

- Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat

- Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak

- Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka

- Mencerahkan kulit

- Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.

- Bertindak sebagai agen anti-penuaan



  2. Licorice

- Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis

- Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.

- Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah

- Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi






LY FACIAL TONER | RM 45



1.    Phyto Placenta Extract

- Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.



2.    Vitamin B3

- Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.

- Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.

- Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.



Toner Rysya ialah jenis spray. Tidak mudah tumpah ! Gunakan toner selepas mencuci muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif. Jika mengunakan kapas, hanya sapu ratakan sahaja ! Mudah !




RYSYA 24K GOLD SERUM | RM 140



1. Pullulan

- Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.

- Bertindak sebagai antioksidan

- Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang



2.Glycine Soja ( Soya Bean )

- Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C

- Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit

- Melindungi kulit daripada radikal bebas

- Ejen anti-radang



3. Red Algae

- Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino

- Membersih dan menyuburkan kulit



4. 24K Gold

- Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit

- Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit



Penggunaan serum penting untuk penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan penuaan dan menjaga kehilangan kolagen muka.




RYSYA 24K GOLD MIRACLE CREAM | RM 140



1.    Red Algae

- Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi

- Meningkatkan fungsi daya tahan kulit

- Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit

- Meningkatkan keupayaan kelembapan



2.    Soy Placenta Extract

- Mengurangkan kedutan

- Menggalakkan kulit supaya lebih cerah

- Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan



3.    Virgin Coconut Oil

- Menghidratkan kulit

- Menyerap, melembap dan melembutkan kulit

- Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain

- Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit





TESTIMONI RYSYA SKINCARE





Testimoni dari Illy Ariffin:-









Testimoni dari Yaya - yayaflanella.blogspot.com



I likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v






Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)








Penjagaan asas kulit muka ini sangat penting !

Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream!

Tak perlu make up bagai pun boleh lawa ! ;)





Untuk maklumat lanjut mengenai Rysya Skincare : 




Stokis RYSYA Skincare COD KAJANG, CHERAS, BANGI

Pengeposan di seluruh Malaysia - POSTAGE FREE !!

Instagram: @rysyaskincareselangor / #rysyaskincareselangor


Whatsapp: 012-6460421

Sunday, December 13, 2015

Lirik Hidup Dalam Mati - Syamel AF2015

Assalamualaikum. Bukan mudah nak berlagak kuat pada luaran sedangkan jiwa dah mati. Alahai pagi minggu dah dalam mood jiwang pulak aku ni. Hahaha. Semua ni adik zati punya pasal laa. Dia ada share satu lirik terbaru kat status FB nya dan zati pun tertengok la status yang dia post tu. Tiba-tiba zati rasa cam best pulak lagu tu. Zati tanya la sape yang lagu tu. Rupanya lagu tu dinyanyikan oleh Syamel AF2015 yang bertajuk Hidup Dalam Mati. Sebenarnya lirik lagu ni cam kena sikit dengan situasi yang sedang zati alami sekarang. Hurmmm. Sedihhh. Tapi tak nak laa cerita sebab zati sendiri pun belum punya jawapannya. Hanya setia dan sabar menanti.. Huhuhu. Baik lahh. Zati pun nak jugak la share Lirik Lagu Hidup Dalam Mati dari Syamel AF2015. Meh tengok.. Hehe..


Lirik Hidup Dalam Mati - Syamel AF2015

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam

Sendiri ku di sini pilu
Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati


Haaa.. Macam mana? Best kan lirik lagu ni. Makin terbuai la aku layan lagu ni. Opsss. Tapi jangan layan sangat rasa sedih ni. Kena belajar untuk menerima suratan takdir bak kata lirik Hidup Dalam Mati ni. Hehehe. Semoga anda terhibur. Babai..



Friday, December 11, 2015

Menang Hadiah Dari Cosmoderm

Assalamualaikum. Salam jumaat yang penuh barokah. Baru-baru ni Cosmoderm ada menganjurkan contest kat IG dan FB iaitu Contest Kira & Menang BB Cream Cosmoderm. BB Cream merupakan produk terbaru yang dikeluarkan oleh Cosmoderm. Alhamdulillah zati terpilih sebagai salah seorang pemenang yang menyertai contest tu. Macam tak percaya pun ada. Hehehe..


Gambar kat atas tu kredit kepada blogger kak Yoorin Melacolea sebab dia la yang bagitahu kat group whatsapp. Mula-muka tu macam tak percaya jugak tapi bila bukak je IG dan dapat tag dari IG Cosmoderm yang mengatakan zati merupakan salah seorang pemenang yang memenangi contest itu. Alhamdulillah.. Syukur sangat dapat barangan dari Cosmoderm ni. Jimat duit zati untuk bulan ni. Hehehe.. 



Pemenang contest ini menerima hadiah berupa tiket wayang untuk 2 orang dan hamper dari Cosmoderm bernilai RM80. Hehehe.. Rezeki zati. Sape sangkakan? Saja je join untuk memeriahkan lagi contest ni. Di samping tu teringin jugak kan nak menang barangan dari Cosmoderm ni..hehe..


Jangan jeles yerr zati dapat barangan dari Cosmoderm ni. Dah lama kot teringin nak beli tapi tak cukup bajet.. Hehe. Antara produk Cosmoderm yang zati dapat adalah Shower Gel, BB Cream, Losyen Badan Vitamin E dan Vitamin E Make-up Remover. Lumayan hadiah yang zati dapat ni.. Hehehe.. Tak payah beli gel mandian baru lepas ni. Guna produk Cosmoderm ni je. Hehe..



Selain dari produk Cosmoderm, zati jugak dapat tiket wayang GSC untuk 2 orang tapi tiket wayang ni zati bagi kat kawan zati sebab dia la yang bersusah payah tolong zati pergi ambil hadiah ni kat Subanh Jaya. Jauh jugak ok. Sebagai membalas jasa baik dia yang banyak bantu zati ni, zati beri la tiket wayang tu pada dia sebagai hadiah. Hehe.. Terima kasih banyak yerr sebab tolong ambilkan hadiah untuk kite. Hehehe.. 

Pada anda yang teringin juga memiliki barangan dari Cosmoderm ni boleh la berkunjung ke Guardian atau mana-mana kedai farmasi yang terpilih di seluruh Malaysia. Jangan lupa untuk dapatkan juga BB Cream yang merupakan produk terbaru dari Cosmoderm. Ok lahhh.. Babai..



Wednesday, December 9, 2015

Hati Seorang Perempuan

Assalamualaikum. Perempuan ni dikenali dengan sifatnya yang lemah lembut, manja, sopan dan mudah tersentuh hati. Ada juga perempuan yang mempunyai sifat keras hati, degil dan ego tetapi walaupun memiliki sifat-sifat begitu perempuan takkan lepas dari sifat manjanya yang semula jadi yang ada dalam diri mereka. Perempuan ni walau garang laa macam mana pun, manja dan lembut hati dia tu pasti ada punya. Kadang-kadang orang lelaki ni bukannya dia tahu bila masa perempuan tu merajuk ke marah ke apa ke. Haihhhh.

Kekuatan perempuan adalah pada kesabarannya. Dia takkan mudah mengalah untuk mempertahankan orang yang dia sayang.
Nanti jika kesabarannya hilang, pasti dia akan 'marah'. Jika marah dia pendam, pasti dia akan 'menangis'..
Jangan biar dia menangis, kerana ketika air matanya menitis, sebahagian jiwa pergi bersama air mata itu. Jiwa yang mungkin takkan kembali.



Itu lah perempuan. Tak lepas dari air mata. Dia gembira pun menangis, dia sakit pun menangis, rindu pun menangis dan kalau dia dalam kesedihan memang sah-sah la dia akan menangis. Sanggup ke lelaki sakiti hati seorang wanita yang begitu tulus sayangkan anda? Cuba fikir baik-baik. Seorang perempuan yang pernah kecewa, takkan begitu mudah menyerahkan hatinya pada sembarangan lelaki tetapi jika dia sudah betul-betul bersedia untuk membuka pintu hatinya dia sedia menerima seorang lelaki itu walau macam mana perwatakan lelaki tersebut. Jadi, tolonglah hargai perempuan seperti itu. Tu pun susah ke? Dia tak mengharapkan wang ringgit ataupun harta benda cuma yang dia harapkan adalah kasih sayang dan perhatian. Itu sahaja. Takkan tu pun rasa susah. 

Perempuan ni hati dia nipis je. Senipis kulit bawang. Sekali terluka bukan mudah nak pulih. Makan masa. Perempuan yang mempunyai sifat peribadi yang lembut, penyayang dan baik hati ni akan lagi mudah rasa terluka. Tolong lahh paham. Haihhh. Dia takkan cakap dia sakit hati sebab dia tak sanggup nak bergaduh dengan orang dia sayang. Lagi baik dia simpan dan pendam sorang diri. Tidakkah itu menyakitkan? Yesss, memang sakit. Sakit sangat. Menusuk oiii. Jangan ambil mudah. Bila seorang perempuan tu dah 'move on', anda akan nampak perubahan dalam diri dia. Mungkin dia akan jadi keras hati, degil dan ego. 

Cubalah selami hati perempuan ni baik-baik. Jangan cepat nak mengalah bila orang kesayangan anda tu merajuk ke nangis ke. Cuba pujuk elok-elok. Cakap baik-baik. Jangan main sembur je. Perempuan ni kasar la macam mana pun dia tetap mahu di layan dengan lembut dan halus. Lebih-lebih lagi dengan orang yang dia sayang. Paham ke tak ni? Hishhh.. Oklahhh. Babai..