Monday, January 18, 2016

Bajrangi Bhaijaan | Filem Yang Menyentuh Emosi

Assalamualaikum. Ketika orang lain masih lagi demam dengan filem Dilwale, zati pulak terdemam dengan filem Bajrangi Bhaijaan ni. Gigih kau download cerita ni. Filem Dilwale pun zati belum tengok lagi tau. Padahal tak jumpa cari link nak download filem tu. Hehehe. Pada mulanya zati pun tak tahu juga pasal filem Bajrangi Bhaijaan ni tapi ramai kawan blogger dok cakap yang filem ni memang patut tengok sebab jalan cerita yang boleh membuatkan penonton menangis. Jadi zati pun teringin juga lah nak tengok filem ni. Hihihi.. Seharian tunggu download filem ni sebab line internet slow. Sabar aje lah.. huhuhu. Filem ini dibintangi oleh Salman Khan, Kareena kapoor serta Harshaali Malhotra sebagai teraju utama. Zati nak buat sedikit review pasal filem ni yerr.. Pertama kali ni nak review filem hindustan kat blog. Hehehe..




Bajrangi Bhaijaan mengisahkan seorang gadis kecil bernama Shahida yang tidak mampu bercakap selepas mengalami insiden terjatuh dari tebing yang tinggi tetapi terselamat kerana dia tergantung pada sebuah pokok. Ibu Shahida sangat risau kerana anaknya hilang keupayaan untuk bercakap dan berhasrat untuk membawa Shahida ke Delhi India dengan harapan Shahida boleh bercakap seperti kanak-kanak lain. Sewaktu pulang dari Delhi, kereta api yang mereka naiki berhenti untuk pembaikan pulih dan Shahida mengambil peluang untuk turun dari kereta api tersebut kerana ingin bermain dengan seekor anak biri-biri. Tanpa Shahida menyedari kereta api itu bergerak dan menyebabkan dia terpisah dengan ibunya. Dia berusaha dengan menaiki kereta api yang membawa muatan barang namun hampa apabila kereta api tersebut berhenti disebuah negeri Haryana. Di situ dia telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Pawan Kumar Chaturvedi yang juga digelar dengan nama Bajrangi yang mana dia merupakan seorang yang kuat pegangan agama Hindu Hanuman. Bajrangi memberi nama Shahida dengan nama Munni dan berusaha untuk mencari kembali keluarga Shahida.

Bajrangi membawa Munni pulang ke rumah Rasika tetapi dia mendapat tentangan dari ayah Rasika yang melarang Bajrangi supaya Munni tinggal di rumah mereka kerana dia mengetahui asal usul Munni. Walaubagaimana pun Rasika sangat menyukai dan menyayangi Munni kerana dia merasa kasihan pada kanak-kanak malang itu. Apabila ayah Rasika mengetahui yang bahawa Munni merupakan warga Pakistan, dia mendesak Bajrangi agar menghantar Rasika pulang ke tanah airnya dengan membawa Munni pegi ke kedutaan Pakistan di India namun pihak kedutaan tidak mahu menerima Munni kerana dia memiliki pasport dan visa. Pelbagai usaha yang cuba dilakukan oleh Bajrangi untuk menghantar Munni kepada ibu bapanya namun gagal. Setelah itu, Bajrangi membuat keputusan untuk menghantar sendiri Munni pulang ke pangkuan keluarganya walaupun dia tidak memiliki pasport dan visa dengan melalui sempadan. 

Setibanya mereka di pintu masuk Pakistan, Bajrangi perlu berhadapan dengan penguatkuasa dan mereka tidak mengizinkan Bajrangi dan Munni memasuki Pakistan kerana mereka menyelinap masuk negara itu secara haram tanpa pasport dan visa. Tetapi Bajrangi seorang lelaki yang jujur berusaha memujuk penguatkuasa itu supaya membenarkan mereka memasuki Pakistan dengan harapan dia dapat mengembalikan Munni pulang ke pangkuan keluarganya. Akhirnya, penguatkuasa itu membenarkan mereka memasuki Pakistan dan meminta Bajrangi kembali semula ke situ selepas menghantar Munni pulang kepada keluarganya. Setelah itu, Bajrangi ditangkap oleh polis dan dituduh sebagai perisik negara kerana dia memasuki Pakistan secara haram. Apakah yang terjadi seterusnya? Berjayakah Bajrangi membawa pulang Shahida atau Munni ke pangkuan keluarganya. Semua tu kena lah tengok sendiri. Taknak lah cerita semua nanti tak surprise pulak. hehehe..

Apa yang pasti filem ni memang berjaya buat zati mengalirkan air mata. Memang menyentuh hati dan perasaan. Jalan cerita yang padat dengan pengisian sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Sedih lucu gembira semua ada dalam filem ini. Sekian sudah sedikit ringkasan cerita dari zati untuk korang semua. Nak tengok Dilwale pulak. Hehe.. Okbaiii..


3 komen

tgk sedutan je ari tu..wahh kne g cari link nih download

dh tgk cita nie.. mmg best sgt2.. budak pmpuan 2 comei sgt2..

Part-part akhir tu memang sedih + terharu semua adalah perasaan tu. Salman khan memang best dari dulu lagi, antara fav actor bollywood. hihi

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon