Belajar Teknik Fotografi Bersama En Adhadi Mohd

3:54:00 PM
Assalamualaikum. Sewaktu zati belajar kat UiTM Kota Bharu dulu, zati pernah menyertai Kursus Asas Fotografi yang di anjurkan oleh sebuah kelab fotografi yang mana zati juga merupakan salah seorang AJK kelab tersebut. Jadi, zati dah pernah dengar laa pasal ISO, aperture, dan sebagainya yang berkaitan fotografi ni. Cuma tak tahu nak gunakan sebab jarang praktik. Takde kamera canggih. Mampu pakai kamera telepon je. huhuhu. Baru-baru ini, zati berpeluang untuk menyertai Bengkel Fotografi bersama En Adhadi Mohd yang di anjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari pada 2-3 Januari 2016 yang lalu. Memang teruja sangat sebab berpeluang untuk turut serta dalam bengkel ni.



Belajar Teknik Fotografi Bersama En Adhadi Mohd- Menurut En Adhadi Mohd, gambar adalah satu medium untuk seseorang berkomunikasi atau luahan rasa melalui sesuatu gambar. Jika anda seorang yang memahami maksud tersirat disebalik sesuatu gambar yang di ambil, anda pasti memahami apa yang cuba disampaikan melalui gambar tersebut. Setiap gambar pastinya mempunyai satu cerita yang berlainan.

Masing-masing sedang fokus dengan kelas.. Hihihi

Melalui bengkel ini, En Adhadi menekankan 3 Teknik penting Fotografi iaitu:

Pencahayaan- Untuk menghasilkan gambar yang menarik, cahaya memainkan peranan yang penting agar gambar yang kita tangkap tu nampak lebih jelas dan terang. Mungkin selama ni kita semua main tangkap je gambar tanpa mengambil kira kesan cahaya yang bakal memberi kesan pada gambar kita tu. Gambar tu nampak kelabu ke terlalu terang kena cahaya matahari ke gelap ke dan sebagainya lah yang boleh mencacatkan lagi keadaan gambar yang kita tangkap tu. Oleh itu, teknik pencahayaan ini sangatlah penting untuk menghasilkan gambar yang terang dan menarik.

Latar Belakang- Gambar akan nampak lebih menarik jika mempunyai latar belakang yang cantik dan ceria. Anda juga harus pastikan yang latar belakang gambar anda tidak mempunyai latar belakang yang berbeza. Maksudnya di sini, kalau latar belakang anda tu berwarna putih pastikan seluruhnya berwarna putih dan tidak bercampur dengan warna lain. Jika bercampur dengan pattern lain mungkin akan menampakkan kecacatan pada gambar tersebut dan gambar anda tidak akan nampak menarik.

Komposisi Gambar- 
Selama ni zati hanya tahu tangkap gambar je tanpa mengambil kira tentang komposisi gambar tersebut. Janji dapat tangkap gambar dan rasa puas hati dengan gambar yang kita tangkap tu. hehehe. Melalui teknik ini En Adhadi menekankan berkaitang dengan close-up, negative space dan rule of thirds agar gambar yang kita tangkap tu betul-betul memfokuskan ke arah objek yang kita inginkan.


Credit gambar dari Blogger Lan Careno

Cuba praktik sendiri dengan menggunakan kamera Oppo.. Hihihi




Credit gambar dari Blogger Kak Sue Izza

Credit gambar dari Blogger Kak Dell

Credit gambar dari Blogger Kak Sue Izza
Zati yakin pasti ramai yang ingin belajar teknik fotografi dengan En Adhadi tapi belum berkesempatan untuk menghadiri kelas fotografi yang diadakannya. Jangan risau ok. En Adhadi juga ada menyediakan DVD Kuasai Fotografi Dengan DSLR untuk anda yang sememangnya tidak berpeluang untuk menghadiri kelas fotografi beliau. Selain DVD tersebut, En Adhadi juga ada menyediakan DVD berkaitan dengan editing seperti Asas Photoshop dan Adobe Photoshop Lightroom. Bila dah ada DVD ni senang lah sikit untuk anda mempelajarinya dengan mudah dan faham. Kalau susah sangat nak hadam boleh tonton banyak kali DVD tersebut. Senang je kan. 

Credit gambar Blogger Kak Saidila

Bagi anda yang ingin menghadiri bengkel atau kelas atau ingin menjemput beliau sebagai pengajar boleh lah membuat sebarang pertanyaan dengan melalui:

FB: Adhadi Mohd III
FB Page: Adhadi Mohd
Instagram: @adhadimohd
Blog: Adhadi.com


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

12 komen

Write komen
syima yusuf
AUTHOR
January 5, 2016 at 4:20 PM delete

Best encik adhadi mengajar, mudah faham

Reply
avatar
kisah earty
AUTHOR
January 5, 2016 at 4:21 PM delete

info yang bermanfaat..tq sharing zati

Reply
avatar
Shark Kay
AUTHOR
January 5, 2016 at 4:24 PM delete

cukup bertuah dapat dvd tue..
cukup bertuah lagi dapt praktik time kleas.

Reply
avatar
Farah Dafri
AUTHOR
January 6, 2016 at 12:30 AM delete

Insyaallah pasni kumpul duit beli camera, mesti skill amek gmbr lg power!

Reply
avatar
Wendy Pua
AUTHOR
January 6, 2016 at 12:50 AM delete

senang faham class encik adhadi!

Reply
avatar
Lisa Nurulain
AUTHOR
January 6, 2016 at 9:31 AM delete

Bestnye belajar photography

Reply
avatar
yaya cendana
AUTHOR
January 7, 2016 at 10:04 AM delete

cantik2 gambar..pandai zatie amek gmbr

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
January 8, 2016 at 9:08 AM delete

bagus ada kelas gini..akk ni pun selama ini hentam kromo

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
January 8, 2016 at 3:12 PM delete

teknik nak touch up kat Adobe Photoshop pun penting juga kan..!! hehehehehe..
kadang gambar tak cantik pun bile touch up boleh jadi cantik..
kak ain teringin juga nak belajar kelas fotografi mcm ni.. entah bila berkesempatan.. :)

Reply
avatar
Kak Sue
AUTHOR
January 9, 2016 at 1:24 PM delete

Menarikk...Rugi tak dapat join kelas fotografi nie..

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon