Saturday, January 23, 2016

Bila Perempuan Sakit Hati

Assalamualaikum. Perempuan sudah sinonim dengan kelembutan hati dan sifat manja. Yela, sikit-sikit nak nangis. Sedih sikit nangis. Walhal kalau dia dalam keadaan marah pun dia boleh nangis juga. Itulah perempuan. Tak dapat dipisahkan dengan airmata. Bagi perempuan airmata itu sebagai tanda untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati. Lepas nangis automatik rasa tu akan hilang. Dia akan pulih seperti sediakala. Namun kaum lelaki sila berhati-hati jika gadis kesayangan anda mula menunjukkan perubahan sikapnya terhadap anda. Kadang-kadang orang lelaki ni tak perasan pun yang orang perempuan ni tengah sakit hati. Kalau dia tahu pun dia buat bodoh je. Sekali lagi zati cakap. Awas yerr. Orang perempuan takkan lupa sedikit pun kesalahan yang pernah anda lakukan. Baik kesalahan kecil ataupun besar. Mungkin dia takkan sebutkan satu persatu bila berhadapan dengan anda namun, itu bukan bermakna dia sudah lupa setiap perkara yang terjadi.



Bila Perempuan Sakit Hati- Orang lelaki takkan sedar yang dia pernah sakiti hati perempuan. Semua benda kena cakap dulu barulah mereka tahu dan faham. Tapi lepas tu buat balik benda sama. Akhirnya, orang perempuan juga la yang terpaksa ambil inisiatif sendiri dengan mengabaikan sahaja rasa sakit hati dan kecewa demi menjaga hubungan kalian. Orang perempuan ni memang sangat penyabar. Tersangat penyabar tapi anda si lelaki juga perlu ingat kesabaran seorang wanita tu ada juga limit dia. Selalunya bila si lelaki marah pasangan dia, apa yang mampu orang perempuan buat adalah diam. Kalau mencelah kan tak pasal-pasal ada yang lebam kat pipi.

Bila seseorang perempuan tu dah mula sakit hati dia akan pendam. Lepas pendam dia nangis. Bila dia dah ok dia akan jadi pendiam dan cuba lupakan apa yang berlaku. Tapi jangan terkejut bila dia tak nak layan korang lagi. Masa tu usaha la balik untuk memenangi hati dia. Tawan hati dia kembali. Ada perempuan jenis mudah lembut hati. Mudah dipujuk. Ada juga yang jenis susah dipujuk. 10 kali pujuk baru lah dia nak layan anda balik. Perempuan yang susah makan pujukan rayu ni memang kena sabar banyak la yerr. Sape suruh sakitkan hati dia? Tak pasal-pasal dia merajuk teruk. Si lelaki juga yang pening kepala fikir nak pujuk buah hati kesayangan.

Perempuan memang tak suka bila dia dapat tahu orang dia sayang mula menduakan dia. Dia setia kat kau bagai nak mati tapi korang dengan semudahnya curang belakang dia. Ingat senang ke nak terima? Hey, kalau zati pun susah nak terima ok. Memang bernanah la hati ni. Kau pujuk la macam mana memang dia takkan terima. Tetapi kalau perempuan yang jenis hati lembut memang dia akan mudah bagi peluang kedua. Sebab dah sayang kan. Memang tak dapat nak dinafikan lagi. Namun, itu semua terserah pada setiap individu yang menilai pasangan masing-masing. 

Sekian..


Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon