Sunday, January 31, 2016

Frust Ke Mat Luthfi Kahwin?

Assalamualaikum. Sehari dua ni penuh wall facebook dengan orang dok share status dan gambar Mat Luthfi kawen. Aduhaii. Rata-rata yang dok share tu pulak adalah perempuan. Hangpa frust kan tengok Mat Luthfi kawen. Betol tak?  Hahahha. Terasa lawak pun ada juga. Aku paham sangat laa mesti korang rasa melepas bila tengok Mat Luthfi kawen. Hehehe. Sabar je la ehh. Nanti ada la tu klon Mat Luthfi yang bakal jadi suami korang. Tak dapat Mat Luthfi pun dapat klon Mat Luhfi pun jadi la kan. Yer dakk? Hahahaha. 


Sumber gambar: Facebook Era FM


Agak-agak korang aku frust ke tak tengok gambar Mat Luthfi kawen? Aku sikit pun tak rasa frust. Takde masa nak frust bagai ni. Aku ni bukanlah peminat tegar Mat Luthfi pun. Tapi memang suka la tengok video-video yang dia buat tu. Kreatif ok. Banyak benda lagi yang perlu aku frust kan. Lagi pun Mat Luthfi bukannya kenal aku pun. Nak frust buat apa. Tapi kalau Shahrol Shiro kawen aku frust kot. Ehhh, tetiba pulak. Yang tu lain sikit laa. Takde kaitan. hahahah.. Aku lagi frust kalau tak dapat kerja. Kalau takde kerja macam mana nak ada duit? Sekarang ni semua benda nak pakai duit. Korang nak berak kencing pun kena bayar jugak hokey. Sampai macam tu sekali kehidupan zaman sekarang. Semua benda bayar. Parking pun kena bayar. Masuk tandas pun kena bayar. PTPTN pun semakin bertimbun hutang. Tu pun belum mampu lagi nak bayar. Aduhai. Mengeluh seketika.

Kalau setakat nak frust tengok Mat Luthfi kahwin tu tak payah la. Ada baiknya korang doakan dia semoga berkekalan hingga ke jannah. Itu lagi baikkan. Jangan lupa juga doakan semoga diri korang sendiri dapat calon jodoh yang baik. Bukan yang tahu nak mengambil kesempatan atas diri korang. *Pesanan untuk diri sendiri jugak*  huhuhuhu.. 

Untuk Mat Luthfi, selamat pengantin baru yerr Mat. Semoga bahtera perkahwinan yang hang bina berkekalan hingga ke syurga. Amiiinn...


Sekian..


5 comments:

  1. Ramai anak dara meroyan kat fb sebab mamat ni kawen..hahhaa.. Kelakar lak.. Macam la mamat nk kenal depa hihiii.. Apa pin tahniah mat,selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  2. Baru tahu Mat Luthfi kawin..tahniah!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hahahha..tak caya plak ubai ni..tak frust hokeyy..takde masa..hahhaa

      Delete
  4. Tak frust pon okayy... doakan perkahwinan depa kekal sampai ke Jannah hendaknyaa :)

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)