Pabila Tahap Kerabunan Makin Tinggi

12:39:00 PM
Assalamualaikum. Bila dah jadi rabun ni nak tengok orang pun tak nampak lagi-lagi bila orang tu jauh dari pandangan mata kita. Nampak kabur je. Kalau dia senyum pun memang kita tak tahu lah. Itu lah yang zati alami bila zati tak pakai speck mata. Nak tengok orang dari jauh pun memang tak nampak laaa. Jangan harap la zati akan kenal muka orang bila tengok dari jauh apatah lagi nak senyum. Baru-baru ni zati singgah la kat kedai jual barang cermin mata ni sebab nak cek mata zati. Macam teringin nak tahu tahap rabun mata zati ni banyak mana. Ermmm, memang tak sangka laa rupanya makin naik. Daku ingatkan makin sikit. Hahahaha. Dah la masa tu tak pakai speck mata ataupun lens. Bajet mata tu nampak sangat. Lens pun lama dah tak beli. Uhukk. Sedih.. 

Speck yang banyak berjasa

Speck mata zati ni dah lama kot. Dari zati zaman masuk degree dulu. Masa tu power speck ni baru 200 dan sekarang dah naik 300. Tapi naik sikit laa untuk tempoh masa 2 tahun. Hihihi. Nasib baik bukan 500. Kalau 500 memang dah tak boleh berpisah dengan speck la jawabnya. Bukan setakat rabun jauh je, silau pun ada juga. Dulu takde silau. Mungkin terlalu terdedah pada cahaya kot. Kuat sangat ngadap fon. Ehhh. Hehehe.. Speck zati tu pun dah rosak sikit. Kadang-kadang bila zati pakai speck tu rasa pening dan sakit kepala. Fuhhhh. Memang berat kepala laa. Sebenarnya zati bukan suka sangat pakai speck ni. Pakai bila perlu je. Masa belajar dulu pun pakai bila dok dalam kelas. Lepas kelas buang. Simpan dalam beg. Hahaha. Kalau pakai pun waktu malam sebab bila malam memang kurang nampak la sebab gelap kan. Hihihi. 

Jadi kalau korang nampak zati dari jauh tu dan zati tak tegur korang atau tak senyum jangan marah hokeyy. Maklumlah bila si rabun tak pakai speck jangan harap lah nak kenal orang. Kena datang dekat baru lah zati kenal orang tu sape. Hehehe. Nak beli speck baru takde duit lagi. Kena menabung dulu. Beli lens dulu la jawabnya. Tapi nak beli lens pun tak cukup duit walaupun lens murah. Kesian kan. Hahaha. Tapi kalau ade orang nak bagi speck atau lens baru untuk zati, zati terima dengan hati terbuka. Nak keluar jalan-jalan pun tak selesa sebab kurang nampak. Pandangan memang kabur untuk lihat objek yang jauh. Terpaksa kecilkan biji mata tu pun belum nampak oiiii. Huhuhu...

Oklahh.. Babai..

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
YB Shehan
AUTHOR
January 15, 2016 at 12:58 PM delete

huuu. kena selalu check lah.. bahaya

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
January 15, 2016 at 2:29 PM delete

akk rabun tp dalam seratus lebih je power. suami pulak power dekar 500 gak

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon