Monday, January 25, 2016

Pemenang Anugerah Juara Lagu 30

Assalamualaikum. Semalam telah berlangsungnya sebuah anugerah yang berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 30 ( AJL 30) yang mengangkat tema "3 Dekad Mencipta Fenomena". Tema ini di angkat bagi mengiktiraf pengangjuran anugerah selama ni 3 dekad sekaligus memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni tanah air yang pernah turut serta selama pengangjuran anugerah ini. Anugerah Juara Lagu 30 kali ni telah berlangsungnya di Stadium Melawati Shah Alam dan di taja oleh Pamoga Qu Putih. Fara Fauzana dan AG telah dipilih sebagai pengacara bagi Anugerah Juara Lagu 30 untuk kali ini. Gandingan yang mantap tapi kurang umpph sikit la. Seperti tahun sebelumnya, sebanyak 12 lagu yang bertanding dan setiap lagu mempunyai kekuatan masing-masing. Antara lagu yang berjaya melangkah ke AJL 30 kali ini ialah Potret (Akim & The Majistret), Hanya NamaMu (Caliph Busker), Angin Kencang (Noh Salleh), Sampai Mati (Hazama), Bukan Hal Aku (Kaka Azraf ft Alif Sleeq), Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Assalamualaikum (Faizal Tahir), Knock Knock (Elizabeth Tan), Not For Sale (Stacy ft Altimet), Mana Mungkin ( Black), Biarkanlah (Drama Band) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah). Tahniah diucapkan kepada Akim & The Majistret di atas kemenangan memenangi AJL 30 kali ini.



Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 30:

Juara Lagu: Potret (Akim & The Majistret)
Tempat Kedua: Assalamualaikum (Faizal Tahir)
Tempat Ketiga: Hanya NamaMu (Caliph Busker)
Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah 
Persembahan Terbaik: Potret (Akim & The Majistret)


Anugerah Juara Lagu 30- Ramai yang mengatakan persembahan dari artis yang bertanding kurang memuaskan jika nak di bandingkan dengan persembahan artis jemputan. Ermm, bagi zati pun sama lah. Dari permulaan sampai la habis zati tengok AJL semalam. Zati akan imbas kembali beberapa persembahan lagu yang menarik perhatian zati ok. hehehe.. Bunkface memulakan persembahan dengan lagunya Malam Ini Kita Punya. Persembahan dari Bunkface semalam cukup meriah namun rezeki tidak berpihak kepada mereka. Persembahan yang zati nantikan adalah dari Hazama dengan lagu Sampai Mati tapi persembahan Hazama semalam seperti kurang menyengat dan seola-olah ada gangguan sewaktu Hazama melakukan persembahan. Pape pun tahniah Hazama kerana berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 30. Persembahan yang penuh keinsafan dari Caliph Busker dengan Lagu Hanya NamaMu cukup memukau penonton. Lagu yang sarat dengan mesej tu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim berjaya merangkul tempat ketiga AJL 30. Tahniah buat Caliph Busker. Begitu juga dengan persembahan dari Faizal Tahir dengan lagunya Assalamualaikum yang mana mampu membuatkan penonton berasa sayu apabila dia memaparkan video-video mangsa peperangan di Syiria. Persembahan yang simple dari Faizal Tahir tetapi mampu meninggalkan kesan yang mendalam buat penonton. Akim & The Majistret yang membawakan lagu Potret juga berjaya memukau penonton dengan persembahan yang cukup bertenaga. Seperti yang kita semua tahu, lagu Potret ni boleh dikatakan lagu berhantu kerana digilai oleh ramai peminat termasuklah zati. Pasti anda masih mengingati yang lagu ni pernah menjadi lagu tema bagi drama Dia Isteri Luar Biasa. Macam mana tak berhantu lagu Potret ni. Turut menjadi perhatian adalah persembahan dari Stacy Ft Altimet dengan lagu Not For Sale. Seperti tahun sebelumnya, Stacy semestinya membuat persembahan yang cukup memukau dengan tariannya. Namun, bukan rezeki Stacy lagi untuk memenangi sebarang Anugerah di AJL 30. 2 tahun berturut-turut Dayang Nurfaizah memenangi Vokal Terbaik yang mana tahun ni dengan lagu Tak Pernah Menyerah. Dayang Nurfaizah antara artis otai yang berjaya menempatkan diri di AJL 30. Tak dapat dinafikan lagi keenakan vokalnya yang mampu menarik perhatian juri untuk memberi peluang kepada Dayang sekali lagi memenangi bagi kategori Vokal Terbaik. 

Setiap anugerah pastinya akan ada persembahan dari artis undangan. Persembahan AJL 30 kali ni dengan menjemput kembali artis-artis yang pernah memenangi gelaran Juara Lagu pada suatu ketika dahulu antaranya Dato Siti Nurhaliza, Yassin, Hafiz Suip, Jamal Abdillah, Jaclin Victor, Rahmad Mega dan Azlan The Typewritter. Persembahan pembukaan dimulakan dengan persembahan dari Dato Siti Nurhaliza, Yassin dan Jamal Abdillah yang mana masing-masing bergabung melakukan persembahan dengan membawa lagu-lagu yang pernah dinobatkan sebagai Juara Lagu pada suatu ketika dahulu. Lagu yang dipersembahkan oleh mereka ialah Cindai, Mimpi Laila dan Ghazal Untuk Rabiah. Persembahan pembukaan yang cukup bertenaga dari barisan bekas Juara Lagu ini. Persembahan selingan dari dari Hafiz dan Jaclin Victor cukup memukau penonton. Vokal Hafiz dan Jaclin sangat bertenaga dan memberi impak yang positif buat penonton yang menontonnya. Persembahan terakhir dari Rahmad Mega dan Azlan The Typewritter bergabung dengan membawakan lagu seperti Lagu Untukmu, Takdir Dan Waktu dan Itu Kamu. 

Secara keseluruhan persembahan AJL 30 kali ini hambar. Kebanyakan artis seperti tidak cukup bertenaga untuk melakukan persembahan. Opsss. Mengapakah? Namun, itu hanyalah pendapat peribadi dari zati sahaja. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Tapi yang peliknya, slot untuk Dato Vida macam kejap je. Ingatkan dia akan berdiri atas pentas dan mendengar celotehnya yang pasti akan membuatkan penonton terhibur. Tahniah zati ucapkan buat semua pemenang dan sememangnya anda memang layak bergelar pemenang. 

Sekiann.. 



2 komen

kannnn bosan hambar boring...alih2 tertido tak sempat habis hahahaa

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon