Resort Agrofarmstay Melaka | Lokasi Terbaik Untuk Program Bengkel

11:20:00 PM
Assalamualaikum. Permulaan yang baik untuk tahun baru 2016 kali ni adalah apabila zati berpeluang menjejakkan kaki ke Melaka. Ok, memang pertama zati sampai Melaka. Mohon jangan gelakkan saya. Hehehe.. Pada 2 - 3 Januari 2016 yang lalu, zati berpeluang menyertai Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari di Agrofarmstay @Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka. Bila dapat tahu pasal Agrofarmstay ni zati teringin juga nak tahu macam mana laa keadaan resort ni. Zati pun merajinkan lah diri untuk ushar facebook dan IG Agrofarmstay ni. Bila tengok gambar je zati rasa macam tak sabar sangat nak pegi ke Agrofarmstay tu. Hehehe.. Cantik tempat dia. Memang sesuai untuk program riadah dan aktiviti berkumpulan. 






Resort Agrofarmstay Melaka | Lokasi Terbaik Untuk Program Bengkel- Pernah dengar tak resort yang mempunyai kawasan dusun dan haiwan ternakan? Mesti tak pernah dengar kan. Haaa, tapi di Agrofarmstay ni terdapat dusun buahan seperti durian, durian belanda, pohon tamar dan lain-lain. Kat sini juga terdapat haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kuda yang menjadi tarikan para pengunjung yang mengunjungi resort ini. Yang menariknya, pengunjung boleh bermain dengan kuda tersebut.. hehehe. Lokasi Agrofarmstay ini hanya 7 kilometer sahaja dari pekan Durian Tunggal, Melaka dan berdekatan dengan kampus utama UTEM.


Pertama kali zati menjejakkan kaki ke Agrofarmstay ni buat zati tertarik pada kolam renang yang ada di situ. Perasaan masa tu macam nak terjun dalam kolam dan berenang sepuasnya tapi masalahnya zati tak pandai berenang. Kena pakai pelampung. Hahahaha. Suasana resort ini memang nyaman dan tenang kerana kita tidak perlu dengar suara hiruk-pikuk kenderaan yang lalu lalang. Memang sangat bersesuaian bagi anda yang bercadang untuk melakukan aktiviti seperti team building, bengkel, seminar atau family day  di Resort Agrofarmstay ini. 

Kolam renang di Agrofarmstay

Agrofarmstay ini mempunyai sebuah Villa yang dilengkapi dengan 7 bilik tidur serta ruang tamu dan makan yang luas yang mana sangat bersesuaian untuk pengunjung yang mempunyai keluarga yang besar. Selain itu terdapat juga bilik-bilik lain seperti "Gardenview" dan "Riverview" yang mampu memberi keselesaan kerana dilengkapi dengan penyaman udara dan mandian air panas. Bagi anda yang ingin membuat aktiviti lasak, boleh menggunakan chalet dan khemah yang disediakan. Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti seperti jungle tracking, berkayak karaoke serta aktiviti berinteraksi dengan haiwan seperti kuda yang bernama Bujang. 

Villa














Chalet yang terdapat di Agrofarm

Si Bujang

Terdapat juga dewan tertutup iaitu Dewan Lily yang boleh  memuatkan seramai 40 orang untuk kemudahan pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti seperti bengkel ataupun seminar yang mana dilengkapi dengan projector, PA System, penghawa dingin, dan papan putih. Bagi pengunjung yang ingin melakukan aktiviti santai boleh menggunakan kolam renang, padang permainan, surau teratai bilik karaoke dan dewan terbuka iaitu Dewan Palma yang boleh memuatkan seramai 150 orang.

Dewan Lily

Dewan Palma
Bilik Karaoke


Bagi anda yang berminat untuk mengadakan sebarang aktiviti di Resort Agrofarmstay ini boleh la menghubungi: 

Resort Agrofarmstay @Skill-Tech 
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap,
76100 Durian Tunggal, Melaka
No. Telefon: 012-2025647 (Encik Bari)

Pengurus Agrofarmstay, Encik Bari




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

12 komen

Write komen
January 7, 2016 at 1:39 PM delete

Best dapat berkursus dekat sini

Reply
avatar
January 7, 2016 at 3:20 PM delete

waa zati sempat eh bergambar dgn pengurus yg baik hati..

Reply
avatar
January 7, 2016 at 3:57 PM delete

sempat la pcl..tu pun jd orang last sekali dapat bgambar dgn dia..hehehe

Reply
avatar
January 7, 2016 at 10:11 PM delete

hai 'CIKGU' photographer ku

Reply
avatar
January 8, 2016 at 1:12 AM delete

Best tempat dia..cantek dan bersih!

Reply
avatar
iffah hussin
AUTHOR
January 8, 2016 at 1:57 AM delete

Wah sempat bergambar dengan pengurus... tum up!

Reply
avatar
iffah hussin
AUTHOR
January 8, 2016 at 1:58 AM delete

Wah sempat bergambar dengan pengurus... tum up!

Reply
avatar
Suriaamanda
AUTHOR
January 8, 2016 at 3:26 PM delete

Menarik...leh propose kat boss kalau nak buat team building

Reply
avatar
Cikk Mimin
AUTHOR
January 10, 2016 at 2:03 AM delete

terbaik kan agrofarm ni

Reply
avatar
Uncle Zuan
AUTHOR
January 10, 2016 at 6:10 PM delete

kem ni nampak bagus untuk para blogger. tahniah kepada kbba :)

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon