Assalamualaikum. Permulaan yang baik untuk tahun baru 2016 kali ni adalah apabila zati berpeluang menjejakkan kaki ke Melaka. Ok, memang pertama zati sampai Melaka. Mohon jangan gelakkan saya. Hehehe.. Pada 2 - 3 Januari 2016 yang lalu, zati berpeluang menyertai Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari di Agrofarmstay @Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka. Bila dapat tahu pasal Agrofarmstay ni zati teringin juga nak tahu macam mana laa keadaan resort ni. Zati pun merajinkan lah diri untuk ushar facebook dan IG Agrofarmstay ni. Bila tengok gambar je zati rasa macam tak sabar sangat nak pegi ke Agrofarmstay tu. Hehehe.. Cantik tempat dia. Memang sesuai untuk program riadah dan aktiviti berkumpulan.
Resort Agrofarmstay Melaka | Lokasi Terbaik Untuk Program Bengkel- Pernah dengar tak resort yang mempunyai kawasan dusun dan haiwan ternakan? Mesti tak pernah dengar kan. Haaa, tapi di Agrofarmstay ni terdapat dusun buahan seperti durian, durian belanda, pohon tamar dan lain-lain. Kat sini juga terdapat haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kuda yang menjadi tarikan para pengunjung yang mengunjungi resort ini. Yang menariknya, pengunjung boleh bermain dengan kuda tersebut.. hehehe. Lokasi Agrofarmstay ini hanya 7 kilometer sahaja dari pekan Durian Tunggal, Melaka dan berdekatan dengan kampus utama UTEM.
Pertama kali zati menjejakkan kaki ke Agrofarmstay ni buat zati tertarik pada kolam renang yang ada di situ. Perasaan masa tu macam nak terjun dalam kolam dan berenang sepuasnya tapi masalahnya zati tak pandai berenang. Kena pakai pelampung. Hahahaha. Suasana resort ini memang nyaman dan tenang kerana kita tidak perlu dengar suara hiruk-pikuk kenderaan yang lalu lalang. Memang sangat bersesuaian bagi anda yang bercadang untuk melakukan aktiviti seperti team building, bengkel, seminar atau family day di Resort Agrofarmstay ini.
![]() |
Kolam renang di Agrofarmstay |
Agrofarmstay ini mempunyai sebuah Villa yang dilengkapi dengan 7 bilik tidur serta ruang tamu dan makan yang luas yang mana sangat bersesuaian untuk pengunjung yang mempunyai keluarga yang besar. Selain itu terdapat juga bilik-bilik lain seperti "Gardenview" dan "Riverview" yang mampu memberi keselesaan kerana dilengkapi dengan penyaman udara dan mandian air panas. Bagi anda yang ingin membuat aktiviti lasak, boleh menggunakan chalet dan khemah yang disediakan. Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti seperti jungle tracking, berkayak karaoke serta aktiviti berinteraksi dengan haiwan seperti kuda yang bernama Bujang.
![]() |
Villa |
![]() |
Chalet yang terdapat di Agrofarm |
![]() |
Si Bujang |
Terdapat juga dewan tertutup iaitu Dewan Lily yang boleh memuatkan seramai 40 orang untuk kemudahan pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti seperti bengkel ataupun seminar yang mana dilengkapi dengan projector, PA System, penghawa dingin, dan papan putih. Bagi pengunjung yang ingin melakukan aktiviti santai boleh menggunakan kolam renang, padang permainan, surau teratai bilik karaoke dan dewan terbuka iaitu Dewan Palma yang boleh memuatkan seramai 150 orang.
![]() |
Dewan Lily |
![]() |
Dewan Palma |
![]() |
Bilik Karaoke |
![]() |
Resort Agrofarmstay @Skill-Tech
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap,
76100 Durian Tunggal, Melaka
No. Telefon: 012-2025647 (Encik Bari)
Facebook: Agrofarmstay at Skill-Tech
Website: www.agrofarmstay.my
![]() |
Pengurus Agrofarmstay, Encik Bari |
![]() |
12 komen
Write komenBestnya tempat ni..
ReplyBest dapat berkursus dekat sini
Replywaa zati sempat eh bergambar dgn pengurus yg baik hati..
Replysempat la pcl..tu pun jd orang last sekali dapat bgambar dgn dia..hehehe
Replyhai 'CIKGU' photographer ku
Replymenarik tempat ni..
ReplyBest tempat dia..cantek dan bersih!
ReplyWah sempat bergambar dengan pengurus... tum up!
ReplyWah sempat bergambar dengan pengurus... tum up!
ReplyMenarik...leh propose kat boss kalau nak buat team building
Replyterbaik kan agrofarm ni
Replykem ni nampak bagus untuk para blogger. tahniah kepada kbba :)
ReplyHai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon