Tawaran Istimewa Dari PTPTN

10:50:00 PM
Assalamualaikum. Zati yakin mesti masih ramai yang belum melunaskan hutang PTPTN. Betol tak? Zati pun sama laaa. Belum bayar pun hutang PTPTN ni. Bukan makin sikit tapi makin banyak padahal tak tahu pun berapa jumlah keseluruhan hutang PTPTN zati. Tapi zati yakin memang banyak jugak laa sebab campur diploma dan degree. Haihh. Mana la nak cari duit nak bayar PTPTN ni ehhh? Lain la kalau dapat kawen dengan anak jutawan. Ehhh. Berangan je la zati oiii. Hahaha.. Semalam kawan zati ada bagitahu yang bahawa PTPTN ada membuat tawaran istimewa kepada peminjam yang masih mempunyai tunggakan. Boleh rujuk gambar di bawah.




Jadi buat anda yang masih mempunyai tunggakan ataupun belum lagi membuat bayaran balik PTPTN ni boleh la merebut peluang keemasan ini termasuk lah zati. Tetapi kan nak bayar macam mana la walaupun RM300? Mana la zati ada duit banyak tu. Alahai.. Sedihhh. Haha. Nak pegi pejabat PTPTN tu pun satu masalah jugak. Hurmm. Tapi walau macam mana pun kena selesaikan jugak dengan pihak PTPTN ni. Takkan la nak buat senyap je kan. Hutang bukan makin sikit tapi makin menimbung. Aduhaii. Nak save bajet untuk kawen pun tak lepas ni. Ehhh. Takde. Itu hanya main-main. Mohon abaikan. Hihihi.. 

Walau macam mana pun peluang masih ada. Tawaran ini sehingga 20 Januari sahaja tau. Jadi, buat anda yang rasa ada 300 tu boleh la buat bayaran pendahuluan ni sementara nama korang belum lagi tersenarai dalam senarai hitam. Nanti nak melancong jauh pun susah oiii bila nama dah disenarai hitam ni.. Hancur musnah nak pegi honeymoon obersi. Hihihi. Dan zati masih lagi kena fikirkan macam mana nak selesaikan masalah ini. hurmmm..

Oklahh.. Kalau zati tersalah bagi info maafkan saya yerr. Maklumlah zati sebenarnya kurang faham pasal PTPTN ni. Apa yang zati tahu pasal tawaran yang PTPTN buat tu je. Hehehe. Selebihnya kalau korang nak tahu lagi kena pergi rujuk pegawai PTPTN yang terdekat dengan kawasan rumah korang.. Okbaiii..


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
Hami Asraff
AUTHOR
January 16, 2016 at 1:03 AM delete

Terima kasih atas info. :)

Reply
avatar
Farhain Azmi
AUTHOR
January 16, 2016 at 1:05 AM delete

tak silap akk, untuk pembayaran tunggakan ptptn blh bt melalui online banking, tk perlu pergi opis ptptn..tp klu nk tau detail lg psl ujrah ke, ansuran blnn kena byr ke better p terus jmpa pegawai ptptn :)

Reply
avatar
Emy Effendi
AUTHOR
January 18, 2016 at 2:29 PM delete

saya ada share cara pembayaran online utk ptptn & lain2 :)
boleh singgah sini kalau nak refer.. hehehe

INFO PTPTN by emyamelia

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon