Monday, February 29, 2016

Keikhlasan Yang Teruji

Assalamualaikum. 4 tahun sekali je boleh tulis entry ni pada tarikh hari ni. Hari ni merupakan 29 Februari yang mana hanya 4 tahun sekali je kita jumpa hari ke 29 dalam bulan februari. Jadi sesiapa yang sambut hari lahir pada hari ini, zati ucapkan selamat hari lahir buat anda semua. Korang pernah rasa tak letih akan sesuatu perhubungan? Maksud aku korang punya yang tersayang seolah-olah tak bersungguh-sungguh atas perhubungan korang. Pernah rasa tak? Jangan kecam aku yerr kenapa secara tiba-tiba aku terkeluar soalan macam ni. Saja je nak tahu pendapat korang. Hehehe. 


Gambar dari FB Apa-apa jer



"Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa..
Tapi kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya.."



Keikhlasan Yang Teruji


Dalam setiap perhubungan pastinya akan ada pasang surutnya dan yang pastinya dalam setiap perhubungan sudah tentu akan ada ujiannya untuk menguji sejauh mana keikhlasan anda terhadap pasangan anda. Perempuan sudah pasti akan di uji bila ada lelaki lain yang cuba menawan hatinya sedangkan hatinya sudah dimiliki oleh seseorang. Jika lelaki itu memiliki perwatakan yang jauh lagi baik dari orang yang kau sayang, pastinya hati kau akan meronta-ronta dan tertanya-tanya. Adakah orang yang kau sayang menyayangi kau seperti yang lelaki itu cuba lakukan? Betul kan? Cuba cek balik hati korang tu. Ikhlaskah hati kau sewaktu menerima cinta dari si dia? Sedangkan kau sudah pun mengetahui yang si dia tu tidak punya apa-apa dan mungkin kau tak boleh nak harapkan dia. Apa yang kau boleh harapkan dari si dia adalah hanya kesetiaan dan kejujuran. Mungkin juga selama ini si dia tidak pernah berusaha untuk menjaga perasaan korang. Aku faham bagaimana rasanya itu. Huhuhu. 

Tetapi sejujurnya waktu itu keikhlasan hati korang di uji. Si dia mungkin hanyalah seorang yang kerja biasa-biasa sahaja. Gaji pun sikit sehinggakan tak mampu nak belanja korang makan kat tempah mewah. Tak mampu nak belikan hadiah mahal pada hari lahir korang ataupun memang langsung tak belikan hadiah pada hari lahir korang tu. Mesti sedihkan. Berlainan pula dengan seseorang yang cuba memikat korang ni. Mungkin dia seorang yang bergaji besar dan mampu belanja korang makan kat tempat mahal. Mesti korang rasa macam di hargai. Dari sinilah kesetiaan dan keikhlasan seorang perempuan itu di uji. 

Bagaimana pula dengan lelaki? Yerr. Lelaki pun akan teruji pabila perempuan yang menjadi kesayangan korang tu tidak memiliki raut wajah yang cantik macam artis atau model. Sehinggakan ada seorang perempuan cantik yang datang meraih cinta dari kau sedangkan si gadis yang menjadi pujaan hati korang tu hanyalah biasa-biasa sahaja. Nak pakai make up pun tak pandai. Tetapi harus di ingat wahai lelaki. Kecantikan itu akan pudar bila tua nanti. Kecantikan itu hanyalah pada luaran sahaja jika anda tidak mengenali hati budi perempuan yang korang rasa cantik sangat tu. Lelaki juga harus ingat, siapa yang selalu sokong dan bagi semangat ketika anda susah? Pastinya si gadis yang terlalu menyayangi anda. Yang sanggup terima segala kekurangan anda walaupun dia lagi layak dapat yang sebaiknya. Jadi, hargailah ia. 

Kesimpulannya, lelaki atau perempuan akan teruji bila berhadapan dengan masalah sebegini. Apa yang penting adalah hati masing-masing. Sejauh manakah keikhlasan korang terhadap pasangan anda? Jawapannya ada pada hati kecil anda. Tanya hati tu betul-betul. Selebihnya serahkan segalanya kepada Allah. Biar Dia yang menentukan segalanya.. 




5 komen

aip aip k.zatie. dah ade ke ni ?

A'ah. Baru perasan bukan selalu kita boleh tulis blog pada 29 Feb :D

4 Tahun sekali je jumpa kan.. Jumpa lagi Feb. Welcoming Mac ;)

memang..! yang perempuan harapkan hanyalah kejujuran dan kesetiaan tapi lelaki susah sangat nak bagi dua benda tu.. kalau perempuan minta lebih daripada tu, mula la kata perempuan materialistik pula..!!

okey.. emo tak memasal..
hahahahaa.. :p

apapun, akak harap Zatie setia dan jujur kpd insan yang selayaknya mendapat kesetiaan Zatie.. dengar kata hati Zatie betul2.. kalau memang hati Zatie boleh bertahan, teruskan.. tapi kalau hati Zatie rasa 'sesuatu' lebih baik tinggalkan dan buka hati untuk orang lain. Hanya kita sahaya yang paling faham diri dan hati kita sendiri..! :)


TAHNIAH anda terpilih antara 12 blog tersenarai dalam Bloglist Mac di DRAMATIC UNIQ.. :)

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon