Saturday, February 6, 2016

Kejujuran Dalam Perhubungan

Assalamualaikum. Orang kata kepercayaan akan wujud bila ada kejujuran antara pasangan. Tapi bagaimana pula jika ada pasangan yang tidak jujur belakang kita? Apa perasaan anda sebagai orang perempuan bila mengetahui pasangan anda menipu anda? Pastinya anda akan rasa kecewa, sakit hati, marah dan benci. Dalam setiap perhubungan yang terjalin kejujuran adalah satu kunci utama. Jika tiada kejujuran, sudah pasti kepercayaan itu akan hilang terhadap pasangan anda. Apa yang aku nak tekankan di sini lebih pada pengalaman aku sendiri apabila merasa diri ini tertipu. Bukan sekali tapi mungkin bakal terjadi untuk kali kedua. Hurmmm. 



Orang lelaki pada permulaan ingin memulakan perkenalan dengan perempuan yang dia inginkan, berbagai kata manis ditaburi untuk meyakinkan si perempuan dan pastinya perempuan itu akan cair jugak setelah mendengar kata manis dari seorang lelaki. Yerr, itulah kelemahan seorang insan yang dipanggil perempuan. Mudah terpedaya dengan tipu helah lelaki. Pada mulanya kaum lelaki ini pastinya berjanji akan sentiasa bersama saat susah senang, sedih, jatuh bangun seorang perempuan itu. Namun, sedarkah dikau wahai lelaki? Kata-katamu itu ibarat memberi satu harapan yang tinggi buat kaum hawa yang lemah seperti kami. 

Jika anda belum mampu untuk tunaikannya, usahlah berjanji wahai lelaki. Kerana jika sekali kau berjanji, si wanita pastinya meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk hidup bersama kau. Pada aku cukup pantang bila ada lelaki menyatakan "saya takkan tinggalkan awak" , "saya akan sentiasa bersama awak" tapi mana hilangnya kata-kata yang pernah kau ucapkan dulu? Mungkin orang perempuan tidak mengetahui tentang masalah anda, tetapi apalah salahnya jika anda jujur terhadap pasangan anda. Pemikiran orang perempuan jauh ke depan bila mula merasakan perubahan pada pasangannya. Jadi kaum lelaki, tolong berhati-hati. Naluri seorang perempuan sangatlah kuat terhadap orang yang dia sayang. Seorang perempuan boleh merasakan melalui naluri wanitanya. 

Apa salahnya jika anda berlaku jujur? Jangan anda lakukan sesuatu sehingga seorang wanita itu hilang kepercayaan pada lelaki. Macam aku sekarang seperti sudah tidak mengharapkan apa-apa pada si lelaki. Jujurnya aku bukan lah seorang yang mudah jatuh cinta tetapi jika aku sudah mula jatuh cinta, pastinya hanya lelaki itu yang akan aku tunggu sehingga aku jumpa kebenarannya. Mungkin bukan semua orang akan faham tapi lama-lama orang akan tahu juga kenapa aku begini. Aku pun tak nak bercerita panjang lebar. Cukuplah setakat ini sahaja. Ok..babai..




3 komen

Sayangi orang yg menyayangi awak. Bukan sebaliknya. Moga jodoh bakal tiba nt. Amin.

Moga dipertemukan Jodoh, Kesabaran memberi erti sebenar.... Jodoh adalah Rahsia Allah... :) InsyaAllah Aamiin

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon