5 Faktor Perempuan Badmood

9:58:00 PM
Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ketiga bagi tahun 2016. Cepat sungguh masa berlalu tanpa kita sedari. Macam mana tahun baru anda semua? Berjalan dengan lancar ke tak? Harapnya ok semua lah yer. InsyaAllah. Zati pulak macam biasa laa. Tak tahu lancar ke tak untuk tahun ni. Masih terlalu baru.. Uhukkk..

Perempuan dan badmood memang tak dapat dipisahkan. Bila perempuan badmood je mesti orang lelaki akan kata perempuan ni mengada. Asyik nak badmood je. Ehhh, hello orang lelaki kat luar sana. Kami orang perempuan ni bukannya nak sangat pun badmood ni. Kami badmood ade sebab jugak hokeyy. Takde masa la nak badmood tak tentu pasal. Orang sekeliling pun tak suka tengok kita badmood hari-hari. Nanti dikatanya kita ni meroyan pulak. Perempuan badmood ade sebab atau faktornya. Benda ni la yang orang lelaki perlu tahu dan sedar. Jangan main tuduh sembarangan je tau. 




5 Faktor Perempuan Badmood


1) Kena marah
Perempuan bila dia kena marah memang dia akan badmood. Lepas tu tarik muncung sampai boleh ikat muncung dia tu. Jangan tak tahu pulak orang lelaki yerr. Orang perempuan memang tak suka kena marah tapi kalau dia yang marah korang jangan nak mengelat pulak. Orang perempuan ni memang emosi dia lebih dan dia sendiri pun tak nak dimarahi orang tak tentu pasal. Jangan terkejut pulak kalau lepas kena marah tu dia menangis. Masa tu usaha la pujuk dia. 

2) Period
Setiap kali period automatik orang perempuan ni akan badmood. Masa ni emosi mereka memang tak menentu. Kejap ok kejap tak. Kejap rasa nak marah, kejap happy, kejap rasa nak nangis. Ingat senang ke jadi perempuan. Tiap kali datang bulan perkara macam ni lah yang akan mengganggu emosi orang perempuan. Paling teruk bila orang perempuan ni senggugut. Masa ni orang lelaki memang kena jaga sangat perasaan dia supaya dia tidak mudah terluka. Jaga-jaga ok..

3) Diabaikan
Tidak ada perempuan suka diabaikan. Kalau aku pun bengang bila orang yang aku sayang abaikan aku hanya kerana nak main game atau nak tengok movie. Huhh. Lain la kalau dia tengah kerja kan. Boleh terima lagi. Orang perempuan ni kalau boleh nak diberi perhatian setiap kali mereka perlukan sokongan ataupun semangat dari yang tersayang. Lepas tu kalau dia merajuk sebab korang abaikan dia, dikatanya mengada-ngada pulak. Dah tu sape suruh korang abaikan dia. Bila dia tak nak layan korang balik baru padan muka tu. 

4) Lapar
Perempuan dengan makanan memang tak dapat dipisahkan. Perempuan juga akan jadi badmood bila dia lapar. Perut tengah lapar dan tiba-tiba anda si lelaki buat lawak bodoh pulak depan dia. Memang takkan layan lah korang punya lawak tu. Apa yang dia fikir hanyalah makanan. Lepas dia kenyang baru lah korang boleh nak melawak apa pun dengan dia. Ingat yer, jangan bagi perut perempuan ni lapar sangat. Kang tak pasal-pasal dengan korang pun dia telan.

5) Bila tudung tak jadi
Perempuan ni kalau boleh semuanya nak perfect lebih-lebih bab pakai tudung. Sejam mengadap cermin kalau tudung yang dia pakai tu asyik tak jadi lepas tu anda pulak si lelaki asyik dok gesa dia suruh siap cepat. Bila siap dengan cepatnya dan tudung yang dia pakai tu tak jadi, memang muncung je la mulutnya tu. Asyik dok baiki je tudung tu biar sampai jadi. Bila tudung dah ok baru lah boleh dia senyum sampai ke telinga. 


Jadi orang lelaki haruslah sedar kenapa orang perempuan ni badmood. Bukan saja-saja ok nak badmood. Takde masa lah asyik nak badmood je. Orang lelaki pulak asyik nak marah je bila tengok orang perempuan badmood. Dah nama pun perempuan. Korang yang lelaki tu usaha la bagi mood dia ok kembali. Orang perempuan ni kadang-kadang badmood dia kejap je. Janji korang pandai ambil hati dia. Mudah je. Tak susah pun. 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

10 komen

Write komen
Ummul Azkee
AUTHOR
March 1, 2016 at 10:26 PM delete

orang laki kalau badmood nak marah jer kejenya...kbai

Reply
avatar
Ahmad Hasif
AUTHOR
March 2, 2016 at 6:39 AM delete

Lapar pun boleh buat badmood ye.. Kena sentiasa la ada makanan lam veg nie...


Blogwalking sini..
Jom baca artikel baharu saya..

Adakah SEO sudah mati

Reply
avatar
March 2, 2016 at 10:16 AM delete

semuanya ada bad mood yer...anak-anak kalau bad mood lagi susah...nice sharing zatie

Reply
avatar
March 2, 2016 at 10:16 AM delete

no 5 tu memang boleh bawak gaduh. Automatic mood mmg swing gila. haha

Reply
avatar
Suriaamanda
AUTHOR
March 3, 2016 at 2:03 PM delete

orang lelaki bad mood muka masam mencuka..hek tak..hok pun tak kan?

Reply
avatar
Ezz Wan
AUTHOR
September 18, 2016 at 12:25 AM delete

org laki ni ada masa untuk bersendirian jugak, x kan hari2 nak msg je,dah tu asyk2 msg je dia badmood,asyk2 msg je meroyan, sume serba x kena, org laki kdg2 tmpt keje pon bnyk tekanan jugak, blk keje dorang lebih suke release tekanan dorang kat tv dgn game je, dah tu tiap2 mggu asyk jumpa je xkan tu pon kira diabaikan jugak,

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
November 27, 2016 at 8:02 AM delete

Kena marah and Lapar kot punca Mai badmood, kadang2 kalau lapar sgt, taknak tengok muka org dah rasa nak telan, haahaha. Kalau diabaikan tu takdehal, boleh enjoy hidup lagi, kalau tudung tak jadi tu tgk keadaan,kalau tengah kalut bleh hilang jugak mood, hahahaha. aish complicated!

Reply
avatar
Diana Kuddus
AUTHOR
February 20, 2017 at 4:42 PM delete

Hahaha, perempuan kalau nak period memang teruk bad moodnya. Kadang2 jadi perempuan sendiri tak faham, apasal la asyik nak bad mood :D

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon