Izzati Suhaide

A Malaysian Lifestyle Blogger

Wednesday, March 16, 2016

7 Kunci Kebahagiaan Hidup Menurut Saidina Ali Bin Abi Tholib.

Manusia yang hidup di muka bumi sentiasa inginkan kebahagiaan. Kebahgiaan yang dirasai oleh setiap manusia akan membuatkan mereka merasa gembira dan tenang.  Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu atau merasakan sama ada dia bahagia atau tidak. Manusia akan lebih bahagia apabila apa yang mereka hajati atau ingin tercapai. Perkara ini akan terpapar disebalik raut wajah seseorang yang menunjukkan betapa bahagianya mereka. Namun, kita jangan lupa yang kebahagiaan ini hanyalah sementara jika kita terlalu leka dengan kebahagiaan yang kita miliki. Justeri itu, munurut Saidina Ali Bin Abi Tholib terdapat 7 Kunci Kebahagiaan Hidup yang kita perlukan agar kebahagiaan yang kita kecapi ini berpanjangan. 




7 Kunci Kebahagiaan Hidup menurut Saidina Ali Bin Abi Tholib.



1) Jangan membenci siapapun sekalipun ada yang menyalahi hakmu
Manusia dan sifat hasad dengki tidak dapat dipisahkan. Pastinya akan ada segelintir manusia yang mempunyai rasa iri terhadap kelebihan yang dimiliki oleh kamu. Sekiranya ada segelintir manusia yang menyalahi hak anda, jangan lah anda membencinya tetapi sentiasa berusaha untuk berbaik dengannya kerana tiada manusia yang melakukan kesilapan. Jadikan setiap yang berlaku dalam hidup kita sebagai pengajaran dan pelajaran.

2) Jangan pernah bersedih secara berlebihan
Sesungguhnya Allah sangat membenci manusia yang terlalu menatap akan kesedihan nasibnya. Terlalu meratapi kesedihan boleh menyebabkan kita seperti tidak dapat menerima takdir yang telah Allah tetapkan pada kita. Bersedih itu tidak salah kerana Rasulullah SAW juga pernah bersedih namun janganlah kita terlalu berlebihan apabila bersedih kerana Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya.

3) Hiduplah dalam kesederhanaan
Sekalipun kita sentiasa dilimpahi dengan kesenangan hidup, namun jangan lah terlalu menunjuk akan kesenangan yang kita kecapi. Sesungguhnya Allah sangat menyukai hambaNya yang sentiasa hidup dalam kesederhanaan dan tidak terlalu menunjuk akan kelebihan yang dimiliki. Islam sentiasa menganjurkan umatnya agar hidup di dalam kesederhanaan kerana ia merupakan ciri yang umum bagi umat islam. 

4) Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah
Kebaikan harus sentiasa dilakukan sekalipun kita ditimpa pelbagai musibah. Tiada siapa meminta untuk ditimpa musibah. Kita sentiasa berdoa semoga dijauhkan dari musibah. Namun, semua yang terjadi adalah ketentuan dari Allah. Musibah yang melanda adalah tanda Allah ingin menguji kekuatan hambaNya. Walaupun diri banyak menimpa musibah. janganlah kita lupa untuk melakukan kebaikan supaya dengan kebaikan yang kita lakukan akan membuka jalan kebahagiaan buat kita.

5) Perbanyaklah memberi walaupun sedang susah
Rezeki sentiasa terbuka jika kita seorang yang pemurah dalam memberi sedekah. Sentiasa memberi sedekah sekalipun kita tergolong dalam golongan yang susah. Walaupun dengan hanya sedikit pemberian, tetapi ganjaran yang Allah berikan untuk hambaNya sangatlah besar. Oleh, sentiasa memberi walaupun dirimu dalam keadaan susah.

6) Tersenyumlah walau hati sedang menangis
Menutup kesedihan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi jika berjaya menutupinya itu menandakan kita antara orang-orang yang tabah dan sabar dalam menghadapi kesedihan. Bukan mudah untuk tersenyum sedangkan hati menangis. Namun, belajarlah untuk terus tersenyum untuk memperoleh kebahagiaan walaupun hatimu sedang menangis sedih.

7) Jangan memutus doa untuk saudara mukmin
Umat islam sentiasa digalakkan untuk memanjatkan doa sesama mukmin. Walaupun kita tidak mengenal saudara mukmin, kita hendaklah sentiasa memanjatkan doa untuk memohon kesejahteraan, kedamaian serta keamanan bagi saudara islam kita yang lain.

Semoga kita semua sentiasa mendapat kebahagiaan yang di impikan.. Kebahagiaan yang sejati dan mendapat rahmat dariNya.. InsyaAllah.. 


2 comments:

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)