Anjing Juga Punya Perasaan

10:36:00 PM
Anjing merupakan haiwan yang haram disentuh oleh orang Islam tapi itu tidak bermakna haiwan ini harus diseksa dengan kejam. Anjing juga punya perasaan. Dia boleh menilai hati manusia sama ada seseorang itu penyayang ataupun tidak. Aku juga akui yang aku memang takutkan anjing tapi tidak pernah terlintas di benak fikiran aku untuk menzalimi haiwan itu. Anjing merupakan haiwan yang jinak dan sangat memahami perasaan manusia. Jangan korang fikir aku ni pernah sentuh anjing pulak. Anjing datang dekat pun aku dah pecut. Tak pelik lah kalau aku pernah jatuh gara-gara lari sebab dengar anjing menyalak.. Hahahaha..

Semalam aku dok belek-belek facebook dan tertengok ada orang share tentang seorang pelajar perempuan  yang membantu seekor anjing dari hampir ditembak. Aku kagum dengan keikhlasan dia membantu anjing tersebut untuk mencari orang yang ingin membelanya. Perkara ini telah dikongsi oleh Pertubuhan Aktivis Haiwan-HERO.






Dari FB Siti Hajar AJ4.3.2016 - Jumaat yang sgt bermakna bagi aku & Black.Seekor anjing sesat yang tumpang berteduh tidur dekat toilet dan bertukar tempat di bawah meja lama selepas dihalau setiap hari. Seekor anjing yg sgt takutkan manusia tapi tak pernah menyalak, tak pernah kacau org, tak pee poo dalam bangunan. Cuma tumpang berteduh rehat dan tidur. Lumrah manusia yg takutkan anjing liar, yg akan lari bila nampak Black. Aku pun sama pada mulanya... Until we become friends and I was relieved that Black accepted my touch. Byk luka.. Dan hobi Black mmg suka menggaru sebab gatal. 
Setiap hari akan jumpa Black, borak sorang2, sampai lah terdengar cerita yg anjing ditembak dalam kawasan Utm.. It was wrong.. Just wrong.. Black baik.. Tapi aku tak mampu nak buat semua org terima Black. Then aku post dekat group kucing supaya ada yg sudi adopt Black. Kalau x adopt pun tlg bawak dia dari sini.. Please don't shoot him.😢 Alhamdulillah sekarang Black dah selamat... Terima kasih Mr Ming sbb sudi adopt Black.. Walaupun byk halangan nak pujuk Black masuk kereta, but we did it :') Black yg baik.. Please be happy..Please consider opening your heart to a special needs dog.. Please show the world that all dogs deserve a second chance.. Take care Black. U are a champ :') i miss u ‪#‎mydog‬ ‪#‎precious‬


Secara tiba-tiba mengalir airmata aku bila baca kisah ni. Tersentuh hati aku bila tengok anjing tu. Aku sememangnya akan cepat tersentuh bila baca kisah tentang haiwan terutama anjing atau kucing. Automatik rasa nak nangis. Jangan dikata aku manja pulak. Memang aku mudah tersentuh bila baca kisah haiwan ni. Hehehe.. Teringat pulak dekat anjing kat tempat kerja aku dulu. Macam mana lah keadaan dia sekarang eh? huhuhu..


Gambar dan info dari Facebook Pertubuhan Aktivis Haiwan-HERO.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
Masita Eyta
AUTHOR
March 10, 2016 at 8:52 AM delete

god bless you dear...sy pon sama x boleh tengok or dengar cerita macam ni mesti nangis punya.kalau sy mampu dari segi keewangan teringin nak bukak necessary tuk kucing & anjing yg terbiar tp apakan daya rezeki tu belum datang lagi :(

Reply
avatar
Nabila Syifa
AUTHOR
March 10, 2016 at 11:34 AM delete

pencinta haiwan mmg sayang semua jenis haiwan

Reply
avatar
March 10, 2016 at 1:25 PM delete

tu lah sesetengah pihak pandang oh anjing haram jangan buat baik. no korang salah. semua binatang dijadikan ada kelebihan dan keistimewaan yg tersendiri.

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
March 10, 2016 at 5:12 PM delete

touching...! :(
binatang pun ada perasaan.. janganlah kita mengasari mereka..

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
March 10, 2016 at 9:10 PM delete

Kalau dah sayang..mmg ssh nak lepaskan

Reply
avatar
Umie Yana
AUTHOR
March 11, 2016 at 9:19 AM delete

Memang betul anjing boleh tahu samada orang tu penyayang atau tak.. dia akan ingat orang yang pernah buat baik kat dia..

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
March 11, 2016 at 9:28 AM delete

betul tu..semua ada sifat kasih sayang

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon