Makan Untuk Hilangkan Rasa Stress

11:38:00 PM
Perempuan dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Kejap perut dia nak makan seafood kejap nak makan western dan macam-macam lagi lah. Aku pun sama lah. Boleh dikatakan tiap minggu selera makan berubah-ubah. Makanan yang teringin nak makan pulak adalah makanan yang mahal-mahal. Kelas perut aku ni. Nak makan yang mahal-mahal. Yang murah-murah tak nak pulak. Tak sedar diri duit pun takde. Hahaha.. Bukan takde duit langsung, yang tu tipu laa kan. Ada la sikit rezeki tu melimpah kat aku ni walaupun tak keje ni. Dok goyang kaki je kat rumah ni haa.. Sabar je laa.. Huhuhuhu. Tetapi demi memenuhi kehendak perut aku ni yang memang teringin sangat nak makan yang pelik-pelik, aku pun melabur la sikit belanja diri sendiri makan Chicken Chop Sizzling. Ini semua kerana stress melanda ku. Arghhh.. 

Chicken Chop Sizzling

Sebenarnya kalau ikutkan perut aku hari ni nak makan pizza sebab dah lama sangat mengidam nak makan pizza tapi sering kesampaian. Kebetulannya aku ajak kawan aku kuar hari ni tapi dia pulak takde bajet nak makan pizza. Aku pun ajak je la dia makan kat Restoran Edde kat bandar Tanah Merah. Menu pilihan aku ialah Chicken Chop Sizzling. Aku memang puas hati makan chicken chop kat restoran Edde ni sebab bagi aku sos dia kena dengan selera aku. Bagi orang lain aku tak tahu la pulak. Sos dia takde la rasa lada hitam sangat. Kiranya secukup rasa la bagi tekak aku ni. Dah lapar kan, bedal je la. Janji perut aku puas hati. Harga Chicken Chop Sizzling ni ialah RM10.50 sekali pakej Tea O' Ais. Korang rasa berbaloi ke tidak? Hehehe..

Mesti korang pelik kan kenapa aku pilih menu ni sedangkan aku ni takde duit sangat pun. Sebabnya adalah kerana aku tengah stress. Bila aku sedang stress, keinginan aku untuk makan benda mengarut tu memang tinggi. Nasi memang tak nak lah. Apa yang aku adalah makanan yang sedap-sedap macam KFC, Pizza, chicken chop dan sewaktu dengannya. Walaupun tak dapat nak mengubat dukav lara di hati sepenuhnya, tapi bila dapat makan apa yang kita inginkan sekurangnya boleh la mengubati sedikit kedukaan tu. Huhuhuhu..

Cuma satu je lah yang orang selalu sangat komplen pasal aku ni. Makan banyak tapi tubuh nya kurus kering. Keding. Hahahaha.. Ok lah.. Yang tu memang aku akui sangat-sangat. Aku memang kurus kering dan aku merasakan aku ni semakin kurus. Tapi takpe la kan sebab bukan jenis badan yang cepat naik beratnya. Hihihihi.. 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

9 komen

Write komen
Ummul Azkee
AUTHOR
March 16, 2016 at 11:58 PM delete

Dik ti ngomel psl mkn2 .hehhe

Reply
avatar
March 17, 2016 at 12:15 AM delete

teringat chicken chop..hahaha

Reply
avatar
tenku butang
AUTHOR
March 17, 2016 at 9:09 AM delete

pagi2 dah tertengok gambo ni.. aish.. baru nak diet.. ececececeh.. heeee.. =P

Reply
avatar
Linda Fitria
AUTHOR
March 17, 2016 at 11:06 AM delete

Sangat bermanfaat sekali artikelnya, salam kenal semoga sukses ya gan? :)

Reply
avatar
kisah earty
AUTHOR
March 17, 2016 at 5:17 PM delete

makanan dan wanita berpisah tiada.. hihihi

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
March 17, 2016 at 5:19 PM delete

RM10.50 je siap air....??!! murahnyaaaaaa... hehehehehee.. nanti kalau kak ain gi Kelate, zatie belanja tau.. hehehehe.. :)

Reply
avatar
kak gojes
AUTHOR
March 18, 2016 at 10:34 PM delete

bagusnya zatie kuat makan pun badan maintain aje...

Reply
avatar
March 19, 2016 at 11:51 AM delete

makanan bae paling sejati. hahah

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon